Demam

10 June 2010

Last week friday balik kampung. Terpaksa amik cuti sbb babysitter nak cuti jugak, nak pi kenduri anak buah dia. Terpaksa la.
Smpi kampung rasa rindu kat mak terubat. Duk umah je tak g memana, sbb nak jimat minyak heeheh.
Ptg bawa Zara main di laman rumah mak. Naik beskal. Lepas tu Zara pun dapat selsema. Malam dia tak leh tido.
Aku pulak dah start sakit sakit badan...tanda nak dpt demam.

Sepanjang mlm aku tak tido betul, Zara selang berapa minit selang sejam sure akan terjaga. Maybe tak selesa tempat baru.

Sabtu, aku dengan rasmi nye dpt demam. Mengulit Zara yg demam sama. Kali ni dia dapat batuk pulak.
Aku pulak, hingus dah berjejeran.

Ptg sabtu balik kuala kangsar. Cuaca agak panas perit walaupun dah kul 5ptg. Abg cam biasa, lepaskan gian g menjala. Aku terpaksa ikut mak mertua ke pekan Talang, sbb tak de sape kat umah.

Sabtu malam, Ya Rabbana, sakit betul tulang belulang ni. Dengan berjaga malam sbb Zara semakin tak leh tido. Hidung dia sumbat dek hingus, dia pulak tak pandai bernafas ikut mulut.

Ahad pagi, aku harap demam akak beransure hilang. tetapi tidak! Aku ajak abang g klinik, badan dah gigil2 anak pun sama, dah 'mete' je, kalau tak tu dia la yg aktif panjat sana sini.

Sekali klinik tutup daaaa.... terpaksa bertahan.

Isnin pagi, g klinik Sabariah Kuala, tu dia! dia punya patien yg menunggu bapak punye ramai, smpi terkeluar-keluar org menunggu. Aku dah tak tahan. Zara pun boleh tahan merengek nye. Tak selesa.

Ape leh buat? tunggu je la...abang ajak pusing pusing kat situ tgk tudung la, baju la kain, tapi otak aku mmg tak fokus, nafsu nak tengok baju pun hilang, langsung tak berselera. Tunggu lagi smpi kul 12pm, masuk balik dlm klinik, tunggu lagi, kali ni aku dah rasa nak pengsan dan muntah! Pandangan dah jadi kaler ungu! huu

Tiba giliran, mmg terus pekap dahi, doktor pun glabah "awak pregnant ke?"
erk? ntah la...tapi sy demam ni, anak sy pun demam tu kat luar..

selesai.
Balik umah mertua, aku tidokan Zara, kat ruang tamu, dan abg ambilkan ubat dan air masak utk aku. Thanks sgt! Dan dan tu trus aku tido kat ruang tamu jugak (tak pernah aku tido kat situ, mesti dlm bilik aje, maklum le solehah! haha). Kul berapa ntah terjaga, tak fikirpanjang, aku angakt Zara, bwk masuk bilik, sambung tido. Penangan ubat.

Selasa, balik bota sat, dan mlm tu balik KL. Kepala berat denyut denyut. Zara pulak sian sangat, nak menetek pun tak leh, dah 2 hari, hidung sumbat, siap dada penuh kahak, bila tido satu umah dgr bunyi dia bernafas.

Smpi KL, bilik cam tak cukup udara. Tido kat hall. Punya la payah nak tidokan Zara. Dgn aku yg badan longlai ni...fuhh... Allah je lah yg beri kekuatan. Tgh2 mlm, Zara tersedak sbb rasa lemas tak leh nafas, dia terus bangun tak nak baring...aku dukung dia nak turun, dan turun dia nak berjln...tengah malam kul 1.30pagi nak berjalan...ya Allah, Zara nak jln sangat la tu.

Berlarutan hingga kul 3.50am, tengah dia tido, dan aku pun baru nak mimpi, sekali Zara punye jerit cam histeria...aku angkat tepuk2 segala, lagi kuat dia jerit...siannye dia tu...

Kul 4.30 baru dia tido balik. Hish, ni mmg nak kene bawak g hospital ni esok.

HUKM semalam. G bahagian kecemasan, doktor cek segala, Zara kene amik darah 2 tiub. Siap 2-3 org doktor tolong Zara betulkan balik pernafasan dia. Depa titiskan solvent kat hidung Zara, tetap berbunyi kuat, nurse pun siap dtg tanye, awat kuat sgt? dia mmg nafas cam tu ke? hu hu

Balik dr HUKM, Zara tido, saaaaaaampai kul 8mlm. Sian dia letih, Qada tido yg terganggu beberapa hari ni. Ummi pun sama, tido, tp kul 6 dah bangun, masakkan pasta Zara. Dia mesti lapar sgt2 tu. Mana ade minum sgt, baru sedut sekalidua dah lemas. terus tido keletihan.

Hari ni, subuh tadi, Zara demam balik. Aku lekas2 bangun bancuh susu dia (kot2 dia mau minum) alhamdulillah, dia minum habis, memang dia dahaga sangat la tu.

Aku? tetap demam batul selsema sakit kepala segala. Bentan demam gamak nye ni.




1 Comments for this entry:

Delima Merah said...

semoga zara dan ummi sihat sejahtera lepas ni,kesian keletihan

Enjoy