Big Bear from Abang

31 May 2009


FIL semua ada kat KL ni sempena cuti sekolah. Jadi weekend gini sure ade aktiviti keluarga punye, so kami semua ke Mines dan membowlingkan diri, ops aku tak main, aku tak larat nak join, jadi aku dok tepi tukang tepuk tangan je.

Lepas main bowling semua g makan kat food court, lepas makan time anak2 buah pulak nak main beruang beroda ada yg kecik ade yg besar. Aku ni tak larat nak berdiri jadi duduk je la tepi tepi kaki lima tu...

Tetiba abang hilang dr pandangan, mana tah jalan nye...tapi aku still dlm group family ni...tak lama peh tu abg muncul dgn beg plastik besar...so depan depan family dia, dia bukak palstik tu dan kuarkan sebiji bear besar yg mmg besar...oh...aku sukaaaa...tapi malu pun adaaaaa...cane nak mengekspresi diri ni...nak syok ke nak cover? aku mmg nak sebiji bear, tapi bukan nak yg besarrr...aku nak yg kecik je, yg harga nya tak lebih rm50...waa...abg ...time kasih ye sayang...
aku bagi nama MeiMei(comei) kat bear ni...


Movement

30 May 2009

Hmmm, aku agak querious jugak bila aku rasa pergerakan baby cam tendang menendang, summer sout, agak berkurangan, aku cuma rasa pergerakan baby seperti dia berpusing, goyangan kaki, kepala, badan semua. Tapi kick kick tu mmg boleh dikira dlm minggu ni.
Aku pun search dlm forum...jumpa ni:-

"I'm 30 weeks 5 days, my baby used to be very active and kicking all the time last week. 2 recent days, he's slowing down, today he just moves very softly: 5 movements in 1 hour and sleep(maybe) almost 2 hours. I don't feel any kick like before, just light movements (flutters). Is there something wrong with him? I'm so worried."

"it's fine..as long as you are feeling some type of movement daily everything is okay. As you get further along there isn't as much room in there for baby to move around, so obviously you will feel less movement."

But i still have to monitor it, I will count my baby's movement every hours. How to count? Aku ade jumpa satu website ni, doktor dari seberang, Indonesia. maybe boleh di praktikkan.


30 minggu

28 May 2009

Hari Selasa lepas aku g HUKM checkup utk 30 minggu, kali ni ade scan untuk tengok kedudukan placenta baby. Aku tumpang Yang ke sana, sebab aku malas nak cari parking dan dah start rasa susah untuk drive sekarang. Nak pegi keje pun sama, tp nak g keje kene gagah la, sumber rezeki tu.

Aku smpi kat HUKM seawal 8am, appointment nye kul 10am. Aku bekfas dulu sorang2, dah nak abis makan baru Yang dtg kat meja aku join bekfas sekaki. Selesai bekfas aku jln kaki ke O&G, lepak sambil bace majalah, dan kebetulan ade booth2 jualan kat kaki kaki lima entrance HUKM, jadi aku pi la cuci mata. Nak membeli idok le, sbb duit ngam ngam je kat tangan RM40, kang nak bayar pendaftaran lagi, kot tak cukup. Nape tak kuar duit dulu? sbb ATM nye jauh.Tak larat nak jalan.

Dah kul 9.10 gitu baru aku letakkan kad appointment kat dlm kotak nye. And sambil menunggu tu aku nampak isteri Jai, Iza. Dia ada checkup after 1 week bersalin, nak tengok luka kot.

Tepat kul 10am, nama aku dipanggil utk pendaftaran, bayar RM25 sekali dgn scan. Terus aku g timbang, cek tekanan darah & air kencing. Berat aku 64.5kg hahaha. Memang tak leh control, tu pun aku dah tak makan nasi malam malam. Yang lain alhamdulillah ok.

Lama betul nak tiba giliran aku utk scan, cuak pun ade, sbb kalo uri still kat lower segment, aku akan di tahan wad hari nih...which actually aku dah siap pack beg (just incase). Tapi harapnye jgn la kene tahan, sbb byk bende kau kene buat lagi ni, nak achieve KPI (buddy days, learning days, nak upload knowledge sharing kat CCKP lagi) tapi kalo itu takdir nya, aku pasrah sbb keselamatan baby lebih penting dari semua...

Dah kul 12noon baru tiba turn aku utk scan. Ngantuk dan bosan toksah cakap la. Aku siap tido tido lagi, and siap ade org join aku tido sama lagi haha, berpengaruh jugak aku ni.

Doktor lelaki berbangsa cina, umur lingkungan cam umur aku tgh semak rekod aku, dia pun mempersilakan aku baring atas katil scan. Yer, aku agak tidak yakin dgn doktor ini, kerana dia lelaki dan muda dan agak terkial kial sikit menggodek mesin scan yg canggih (mmg aku akui canggih sbb mesin nye tak sama cam klinik swasta yg aku penah pegi, lebih besar keyboard dia dan lebih banyak kekunci), so I cant wait to know the result, so aku tanye, uri ok tak? dia kata uri ok! what about the placenta's position, is it still lower? dia kata wait aaa, i will show u...tapi tak show pun, dia terus menggodek mesin tu. Aku bertambah risau...owh...aku tanye lagi, hows my baby doc? dia kata baby ok, heart beat ok, kepala dah turun bawah (alhamdulillah!), lame peh tu baru dia bagi tau uri pun dah naik drpd tempat asal nye yg sedikit menutup laluan keluar. Tapi how naik is the naik i dont know, aku minta doctor print kan, dia kata I will print this for u. sambil tu dia bagi aku tisu utk lap gel di perut. Bila aku dah siap turun, dia bagi aku satu printout, tapi bukan ade gambar baby, cuma summary of baby's development..waaa...aku baru ingat nak buat kenangan baby 30 minggu dlm buku aku.

Aku keluar dari bilik scan. Tunggu untuk pemeriksaan dgn doktor pulak. Agak lama aku tunggu, abg pun call..
Abg: dah scan ker?
Aku: dah
Abg: doktor kata ape?
Aku: ok, uri dah naik..
Abg: tunggu tau, sat g abg sampai

Abg sampai kul 12.30, kul 12.45 cam tu tiba giliran aku. Doktor aku kali ni bukan Malaysian, maybe Arabian, cantik bertudung gitu, tp tak byk bercakap, cakap english tak byk, cakap melayu apatah lagi. Tapi aku jugak yg byk bertanya...

Aku: hows the progress doctor..
Doc: placenta is now move to the normal position
Aku: so no need to stay at hospital rite?
Doc: yes!
Aku: alhamdulillah, hows the baby?
Dia kata baby ok, berat baby bertambah, heart beat ok bla bla bla...
Dia suh aku baring nak cek tinggi rahim and nak dgr heart beat baby guna bende alah yg aku penah citer kat entry lepas. Alhamdulillah, baby's movement ok, tinggi rahim 31cm...doc tunjuk kat aku botol vitamin yg 3 serangkai tu mengisyaratkan samada aku nak vitamin lagi tak, aku pun jawab...hmmm no need la doc, I still have enough Obimin at home. And next appointment bulan 7.

Aku dan abg kuar dr O&G HUKM dalm kul 1.00pm, abg suh aku tunggu kat tepi kaki lima, dia pegi amik kete, kul 1.10 baru aku nampak kete abg, sampai umah untuk makan tengahari dah kul 1.30pm, dan azan zohor pun berkumandang, selesai lunch dah kul 1.50, hmm...nasib baik aku tak amik halfday leave hari ni...mmg sah tak sempat.


Ape aku buat weekend ni?

25 May 2009

Hmmm, since next week aku bakal ditentukan samada akan bercuti di hospital selama 2 bulan atau tidak, jadi ada baik nya jika aku persiapkan persiapan awal awal. Supaya nanti tak de la hubby aku kene susun, selongkar, mengemas, membasuh, menyidai dan mengepack barang barang baby dlm beg.

So, aku kumpul kan semua baju baju baby, lampin, mittens&booties, blanket, barut masuk dalam baldi dan rendam dalam baldi...sampai dua baldi, banyak juga barang baby rupenye, yelah sedozen lapin dah sebaldi, 7 pasang baju mittens booties, selimut & barut dah sebaldi. Itu pun kira sikit la tu...kwn kwn kata jgn beli byk...yelah.

Jadi dah rendam dalam 10 minit, aku gonyok sesikit mana patut, then aku bilas dgn tangan...dan akhirnya spin dlm mesin basuh.

Part paling best ialah menyidaikan baju baju tu...rasa ya Allah...subhanallah, maha suci Allah...indah ciptaanNya, dlm badan aku yang kecik ni, ade insan kecil yang Dia ciptakan...aku bersyukur padaMu ya Allah...aku mohon keberkatan, keselamatan dan perlindungan dariNya...moga sentiasa diberi kekuatan utk mendidiknya dgn baik...Amin.

Cramp

22 May 2009

Alhamdulillah minggu ni minggu ke 29, anakanda semakin aktif alhamdulillah.
Dan berat badan ummi pun dah meningkat mencecah 63kg, jadi langkah kaki ni agak slow tak boleh nak laju dah.

Minggu ni tahap kepanasan tidak la seperti 2 minggu yang lepas, masih panas kalau tidak berkipas, tapi tidak begitu kritikal.

Tidur malam sudah mula kurang selesa disebabkan rasa sesak nafas cam dada di tekan gitu. Tulang pinggang pun berbunyi kotap setiap kali nak ubah posisi. Sebenarnya lebih selesa tidur menelentang, tapi di sebabkan sukar bernafas, jadi kena lah mengiring kiri atau kanan. Cuma bila mengiring tu anakanda seakan tak selesa (wallahua'lam).

Dan malam tadi, tetiba kaki kanan ni cramp, amat sakit sbb masa tu tgh tidur di buai mimpi and tetiba rasa sakit kat blkg betis hingga lutut, terus panggil abang. Abang ingat aku ngigau kot...

"ayang, ayang naper ni?"
"kakii, kakii!!"
"nape dgn kaki?"
"cramp...cramp"

Terus abang buat cpr kat lutut aku yg cramp tu, maklomla dulu president bulan sabit merah kat sekolah...tak lama peh tu cramp aku ok balik.

Cuma adakalanya masih terasa sakit sikit bila salah duduk or posisi kaki.

tq sayang!

Kenduri doa selamat & kesyukuran

17 May 2009

Memula kisah nya, mak mertua aku pesan kat abang, jgn lupa buat kenduri doa selamat bila dah masuk 7 bulan. Masa tu aku baru 5 bulan. Jadi abang pun cakap la, insyaAllah, lagi dua bulan boleh la buat kenduri tu. Mak mertua cam terkejut, dia ingatkan aku ni dah 7 bln, maybe perut nampak besar kot.

Jadi awal bulan aritu mak mertua remind lagi sekali, and terus discuss nak buat kat mana. dia suggestkan kami berdua bincang dgn mak aku di bota dulu. Kalau mak aku setuju buat di Bota jadi tak payah la di Kuala Kangsar gitu.

Nak di jadikan citer, bulan 5 ni kg aku byk kenduri sabtu ahad, org kg aku pun dah tak ramai, balik balik org tu juge. Jadi mak aku kata, tak payah la buat di Bota, sbb takut tak de org nak tolong makan, dan tak de org nak bace doa.

Abang pun bincang dgn mak nya di Kuala, jadi ayah & mak mertua setuju buat di Kuala Kangsar dgn syarat mak aku kena dtg bersama dgn opah aku sekali. itu tadak hal punye.

Jadi alhamdulillah, kenduri berjalan dgn selamat, nama imam yg bace doa tu Imam Mat Salleh, ramai juga yg datang, alhamdulillah.

Kenduri ni juga untuk menunaikan nazar Yang (kakak abang) yang dah berjaya menamatkan masters nya utk jadi Specialist Endocrine (doktor punye course la), yang selesai pada 1st week of May jugak. Jadi dua perkara di satukan kenduri nya.

Tak de gambar yang di ambil, cuma segar dalam mata dan minda ku je


Checkup 28 minggu

12 May 2009

Ni first time aku amik half day utk buat checkup klinik desa, aku pun tak sure sempat atau tak. Sbb kalau half day aku boleh kuar ofis kul 1.00 ptg,nak makan tengahari lg, solat zohor, dan klinik desa berehat dr kul 1.00 smpi kul 2.00ptg.
Takut ramai org je, nanti dpt nombor besar besar.

Kuar ofis kul 1 lebih sikit, drive laju laju sbb target nak smpi umah kul 1.30, sbb aku dah janji nak dating makan tengahari dgn mak mertua kat umah,aku janji nak beli lauk, tp of cos tak dan nak smpi 1.30 sbb kesas selalu ade speed trap tetiba je polis ade kat depan tahan kete. Jadi aku kene bwk ikut had laju iaitu 80km/j, jadi smpi apartment kul 1.40, beli lauk cepat cepat, smpi di rumah kul 1.50, hidang makan semua, makan dan minum kul 2.05 aku siap makan, solat jap kul 2.20 baru aku leh kuar umah ke klinik desa.

Smpi klinik desa aku tengok soh aje (senyap sunyi), rupenye tak de sorang pun lagi patient yg dtg utk sesi ptg, aku sronok laaa..haahah, tp staff pendaftaran sesi petang amat tidak friendly amat amat amat sangat! aku ni nasib baik maleh nak amik port, kalo tak mau aku bagi tazkirah free sbb tak senyum or greet aku or assist aku ape yg harus aku buat...bila aku tanye jawab cam hampeh...tak pe, lupekan kesah itu.

Jadi since begitu staff pendaftaran nye, aku pun layan diri la g amik nombor, amik strip kertas utk cek air kencing dan terus menuju ke toilet. Sekali ade sorang staff nurse ni panggil, dia kata aku tak sepatutnya amik strip kertas tu bawak ke bilik air, sbb takut nanti kesah nya tak efektif. Then ok, aku buang la yg aku pegang tu. Peh tu dia tanye, awat tak dtg pagi? aku kata mmg biasa nye aku dtg pg, cuma hari ni sy ade kerja, ptg baru sy boleh dtg. Peh tu dia tanye lagi, kenapa tak bawak air kencing dari rumah... hai, ni yg maleh ni, ade ke cun cun dah suci dah solat, dah makeup semua peh tu membawa bekal air kencing pulak...aku pn jwb, mmg so far sy tak penah bwk air kencing dr umah, mmg sy buat semua kat sini. bukan sy je, ramai lagi yg kencing kat sini. ade la sorang 2 yg rajin bawak bekal air kencing dr umah. Terus nurse tu diam. Aku pun terus ke toilet, sekali toilet dia tak de air daaaaa....hahahah, kene lagi aku...patut la tak de org nak dtg petang, sbb ptg ptg tak de air. Jadi sukar la nak mencuci kan.hmmm, cuma nasib baik ade air yg menitik sikit sikit, aku tadah la dgn gayung kat situ...kira aku lepas la dr ujian itu...

Cek tekanan darah, alhamdulilah ok, berat bertambah 3 kilo, nurse tu kata berat aku naik byk, aku tanya ok ke? dia kata, boleh laa. peh tu g cek perut, memula cek tinggi rahim dgn tali tape, lepas tu dia picit picit perut aku (sakit la aww!) lepas tu dia tekap kan satu alat yg agak pelik bentuk nya,tapi aku rasa aku tau apa itu, menurut pembacaan aku, itu alat utk dgr heart beat baby secara conventional. baby mmg bertindak balas, kick kick sbb tau ade org tekan dia nak dgr heart beat dia. Nurse tu kata heart beat baby ok, dia tanya ubat cukup tak, aku kata sebenarnya yg klinik desa bg tak cukup, tp aku ade mintak kat HUKM sbb ubat dah habis. nurse tu pun bg tau sebenarnya derang pun tak cukup stok, jadi aku tak dpt ubat. Dia suh aku beli Obimin... okeh

Habis part tu, aku kene g injet, utk anak first dia kasi suntikan kancing gigi. Jadi aku kene cucuk la. Memula tak sakit, tp bila nak masuk kete nak pegagng stereng masa tu terasa sakit nye sbb muscle aku dah keras kesan suntikan tu, stereng plak nak di pulas pulas la nak reverse bagai. Tapi demi anakanda terchinta, ummi rela...selamat hari ibu!

Moral of the story, kalau dtg checkup sesi ptg byk yg kurang nye, 1st, mood pekerja nya pun dah kurang, derang lebih suka tgk tv citer indon, 2nd, ptg ptg klinik tu tak de air, kene tapaw air urine sendiri, 3rd stok ubat/vitamin pun kurang sbb ramai patient pg dah amik. Cuma istimewa nya sesi ptg ialah, tak de org. Lepas aku kene suntik tu baru ade sorang lg patient dtg. Aku rasa 2 org je kot yg dtg ptg. Overall masa diperuntukkan ialah 40 minit, berbanding pagi mau 2.30 minit.


Topik pagi di hot.fm

Topik pagi tadi membuatkan aku tergelak sensorang dlm kete on the way ke ofis, teringat balik kisah lama masa aku bujang dulu bersama dgn 2 org kakak room mate.

Tajuk nye 'tersasul'
Masa aku konvo dulu, aku ada la dpt 2 jambak bunga, satu dari Ucu&mak, satu lagi dr buah hati ku (sekarang suami la), jadi aku gantung bunga bunga tu kat dinding sampai kering.
Bila dah kering Kak Ijut (room mate aku) ni tanye la..

Kak Ijut : eh, ko nak buat ape dgn bunga kering ni?
Aku : naper?
Kak Ijut : bukan boleh buat ape pun, buang je lah?!
Aku : hei, ade ke buang pulak...
Kak Lin : Hei jangan buang!!!, tu samivellu tertinggi tu!

Aku dgn Kak Ijut berpandangan sesama sendiri, sambil memikirkan ape ke bende samivellu tertinggi tu. Selang beberapa saat peh tu kami berdua gelak punya kuat tak hengat sebab dah dpt tangkap ape yang Kak Lin nak sebut sebenarnya...hahahaaha
rupe rupenye dia nak sebut "SENTIMENTAL VALUE" hahahahahahahhaha

Mana lah Kak Lin sekarang...sihat ke dia?

25-27 minggu

10 May 2009

Aku mula berbest friend dgn kipas kat umah. Kalo dulu aku tak heran dgn kipas, kipas tak on pun aku rasa nyaman sejuk je...kalo tido plak, walopun kipas tak on, aku tetap pakai selimut. Kira macam aku ni tahan la kalo tak de kipas, tidur ku tetap indah sokmo...

Tapi bila dah memasuki minggu ke 25 aku start rasa angin kipas besar cam kat restoran Syed yang ada dlm bilik aku ni cam tak cukup sejuk. Tidur mula berpeluh peluh. Tak tahan rasa bahang nya.

Bila masuk minggu 26, aku rasa masih panas malah lebih lagi dr last week, aku sampai import kipas duduk bilik belakang masuk bilik aku ni, tuju kat aku sorang...lega sikit rasa nya, boleh la tidur.

Masuk minggu 27 pulak, hai, kipas dah dua pun tak cukup sejuk lagi untuk aku. Kalo last week kipas dah dua aku dah boleh tidur lena walaupun berbaju kelawar labuh ketika tidur. Ini tak, baju kelawar itu tiba tiba aku rasakan amat tebal sekali, tak boleh, tak boleh, aku dah tak boleh tidur pakai baju kelawar dah.Kena cari yg lebih nipis dan pendek.

Kat ofis pun sama, tapi kebetulan tempat aku tu dekat dgn cermin dinding yg bertinted, jadi bahang panas tu terasa la. Cuma kali ni, bila lepas lunch je aku mesti basahkan badan. Baru sejuk sikit. Nak mandi segan pulak, walaupun bilik mandi ofis ni cantik dan canggih, tp tak biasa pulak rasa nye nak mandi kat ofis.


Senarai Idaman

09 May 2009

Memula disahkan je aku dah start teringin nak makan apam balik rangup kecik...
dulu mase rajin naik bas ofis, aku suka singgah beli kat abg tepi jalan kat Masjid Jamek, la ni dah tak naik bas, aku jadi rindu nak makan apam balik yg cam tu...
ade lagi yang aku idamkan...cam kat bawah ni...

~Apam Balik Rangup = √ Abang belikan kat Sg Besi
~Nak rasa sejuk angin Genting = √ Abang bawak
~Pau Kacang = √ Beli kat RnR Tapah & restoran mamak
~Goreng pisang crunchy Kg Sayong = √ Ayah mertua belikan
~Breakfast kat Mc D = X
~Buah Ciku = X
~Kueh Kacang Hijau = √ Beli kat tepi jalan kat ofis
~Cucur Udang sedap dgn kuah cili = √ Beli kat tepi jln kat ofis
~Nasi Ayam cam kat Pudu Raya @ Sg Besi = X
~Rendang Kerang mak punya = X
~Kueh Bengkang Ubi warna kuning = X
~Bee Hoon goreng mak buat = √ Mak buat masa balik kg aritu
~Roti Tempayan = √ Nak dan beli masa g kelantan umah Icam
~Bubur Kacang Hijau sedap = √ Beli kat restoran Sri Bunga
~Biskut Marble = √ beli kat Giant Shah Alam, tp tak sedap aaa

Kat sini aku tak jumpa lagi orang jual bengkang...kat kampung aku ade la makcik tu, tp tiap kali aku blk kg je, dia plak tak sehat nak berniaga...belum rezeki lg kot..

Rendang kerang mak pulak aku tak dpt lagi sebab, aritu blk kg, mak kata kerang kat market dah habis...ade kepah je, mak tetap buat rendang, tapi tak ngam laa...

Enjoy