Bengangnyee!!

13 December 2007

~
Bersempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor Selasa lepas, semua rakyat dibawah naungan nya di beri cuti umum untuk mereka meraikan hari jadi nya. Namun jangan la pulak buat - buat tak tahu yang kebanyakan rakyat nye mengambil kesempatan untuk bershopping, berjalan-jalan, bersiar-siar, berdating dan juga tido di sana-sini, dan salah seorang daripada nya adalah 'eden'...hehe
~
Memandangkan eden ada urusan di 2 buah pejabat kerajaan di KL, jadi eden ambil kesempatan time-time cuti ni nak menyetelkan hal itu, tambahan pula 'lelaki ini' outstation ke sebuah pulau (sampai hati g pulau tak bawak eden, tp kalau bawak kang bahaya!)...Eden mengambil keputusan utk menaiki kenderaan awam seperti Star LRT dr rumah eden kerana disamping menjimat kan duit minyak dan duit parking, eden juga dapat menjimat kan kederat eden mencari parking yg amat susah nak dpt di KL lagi pulak kereta si 'lelaki ini' panjang. Kereta panjang ni susah sikit, maklom le punggung (opps maaf kalau kurang sopan) panjang...amat lah tidak praktikal nak park kereta itu di jalan yang sesak (alah sebenarnya tak berapa terer lagi nak bawak kete dia, banyak kompelin plak!)
~
Jadi tiba saje di stesen bandaraya eden pun turun la tangga. Memandangkan pejabat itu jauh juga dr LRT, jadi eden terpaksa le berjalan kaki. Bukan ape, sekali sekala kita perlu exercise demi kesihatan ye dak?!, jadi rupenye jauh jugak pejabat tu ye, nak melintas jalan pun susah...maklom le kereta banyak, jejantas pulak tidak relevan utk di gunakan sebab letih tau nak panjat tangga jejantas tu. Jadi eden pilih utk tidak menggunakan jejantas. Itu tindakan bijak eden. Well,terpaksa la tunggu jalan itu selamat utk dilintas dulu baru le boleh melintas. Mau nak dekat 15 minit eden standing in the eyes of the bahu jalan, sempat jugak la eden menyedut gas karbon dioxide dan jugak habuk. Tak pe, penantian itu kadangkala bukan la satu penyeksaan bagi mereka yang sabar kan! Jadi jln lengang je, eden pun melintas le.
~
Tiba je di pejabat itu eden tgk ramai yg sedang beratur. Aih, ape ramai - ramai nih. Eden ingat nak print aje. Tak kan print pun kena kat ruang legar kan. Jadi eden pelik dan terus jumpa pak guard.
~
"encik, saya nak print je...kat mana leh print ye?"
"sana"
Hah, sana mana plak nih...
Owh rupenye kene beratur cam org lain. Mesin tu boleh tolong print kan. Bagus nye. Bila sampai turn, eden pun masukkan Mykad, buat pilihan dan pilih print. Terus keluar ape yang di hajati...
WOW....eden rasa seronok. Lalu eden rasa teruja lalu keluar dari barisan dan pergi ke mesin yang lain dan beratur sekali lagi. Eden nak print banyak-banyak, tapi mesin tu hanya boleh print 1 je. Tu sebab eden gi mesin yang lain pulak (sekurang² tak de le org yg nampak eden beratur kat line yg first tadi tau eden beratur lagi sekali). Sambil beratur tu eden pun melihat-lihat gelagat manusia yang lain, ade yang tak reti nak guna mesin tu, ada yang tak reti tapi buat-buat reti, dan ade jugak yang marah kat mesin tu sebab tak keluarkan ape yang dia nak (ek elleh, dia yang salah tekan tu!). Eden senyum je, tetiba ade sorang mamat sebelah line eden nih usya eden (eden tau eden cute...comel pulak tu, tu sebab mamat tu tengok eden!)...lama-lama baru eden perasan yang mamat tu sebenonye buat muka pelik bila melihat eden sedang tersengih sorang-sorang...(waaa...malu la I!)..tak pe...eden pun ternampak yang mamat tu pakai tali tag "tabung haji" (maknenye dia keje tabung haji la), demi mengcover diri, eden pun buat-buat ramah sambil menserkap jarang...
~
"encik kerja tabung haji kan?!" (soalan cam konfiden jerk)
"eh mana tau ni?"
"hmmm, saya tau, tengok gaya dah tau!" (sambil tersenyum bangga)
"kenapa yer?"
"sy nak tanye, kat sini kat mana tabung haji yang terdekat ek"
"owh, ada, kat area Maju Junction"
"kat mana tu, jauh tak dr sini?kalau jalan kaki lenguh tak?"
"owh..tak, dekat je cik,cik jln kaki sampai Sogo...Sogo tau?"
"tau!" (ek elleh mamat ni, tak kan Sogo pun eden tak tau)
"Pertama tau?"
"tau!" (eh, ingat eden tak tau ker?, eden org Keyel laa)
"kalau gitu, cik jln kaki smpi kat Pertama, depaaan sikit ade traffic light, kat situ ada UniAsia, kat situ la cik!"
"owh, tq ye encik"
~
Turn eden pun dah sampai, nasib baik! kalau tak mesti mamat tu nak amik kesempatan ngorat eden kan...hish...tak nak le makcik!
~
So mesin tu pun print kan sekeping lagi buat eden. Seronok nyee. Jadi kaki eden pun menapak lagi ke pejabat yang satu lagi...letih juge ye ber exercise di bandaraya Keyel nih. Tak pe, eden pun jalaaan la lagi. Sampai je kat pejabat satu lagi, tak jumpa plak pintu nye. Nasib baik ade cleaner indon, dia yang tunjuk jln. Nasib baik urusan nye kejap je.
~
Sekarang nak pegi Tabung Haji plak, eden nak simpan sikit duit. Sikitpun jadi le drpd tak de kan. Bermula dr bangunan DBKL, eden menapak, menuju ke bangunan KWSP, menapak lagi menuju Sogo, lagi ke Pertama, lagi ke Sekolah Pendidikan Khas, Jagi ke Jalan Batu (eden tak pernah tau ade Jalan Batu kat Keyel)....hai...dah jauh berjalan ni, high heel eden pun dah nak patah nih...mana traffic light ni...owh...depaan sikit daa...jauh betoll...mamat TH ni dah auta eden ni....kata dekat...ini bukan dekat...ni nama nye far far away! Lepas tu eden menapak lagi smpi UniAsia...tak nampak pun TH....aik, mana ni!...eden dah mula naik hangin...penat sehhh!...mekap dah cair nih...lutut pun dah gigil-gigil ni...mamat ni kena kan eden le nih!...tak pe sabo...jalan lagi...sampai ke Menara Eon Bank....pun tak de jugak...akhirnya eden penat...penat...ade pulak mamat despatch kat depan Eon Bank...eden pun tanye le dia
~
"encik, tumpang tanye, Tabung haji kat mana yer?"
"Tabung Haji?, tabung haji yang pegi Mekah tu?"
"ye!"
"yang boleh simpan duit tu?"
"yer!"
"adik nak buat ape pegi Tabung Haji?"
"(eden dah penat niey, kang ade yang makan kasut ni!)Saya ada urusan sikit kat situ, kata mana yer?"
"Tabung Haji yang mana adik cakap ni? yang dekat sini ke kat tempat lain?"
"adus (dlm hati je le), yang terDEKAT kat sini, saya dengar kat Maju Junction, tapi kat mana tempat tu encik, boleh bagi tau arah tak?"
"Maju Junction?ade ke Tabung Haji kat situ?"
"yer, ade, cuma saya tak tahu arah je, boleh bagi tau tak?"
"hermm(sambil berkerut-kerut dahi dia), kalau Maju Junction tu sy tau le, tapi dah jauh dah dik"
"tak pe, saya kene patah balik la kan, lepas tu ikut mana ye?"
"adik tahu tak kat mana bangunan paling tinggi kat sini?"
"(mamat ni memang betul-betul nak kene sepuk ni, eden dah tahap bengang nih!!)Tak tahu, saya tak tahu!"
"kalau tak tahu susah nih dik, ermm...adik tahu bangunan yang ade gambo Pak Lah?yg mcm bendera tu?"
"mana laaaa saya nak tahu, semua tempat ade gambo Pak Lah"
"Betul jugak ye...kalo cam tu adik pegi blkg bank ni, tgk yang mana bangunan paling tinggi"
~
Waaaaaaaaaa....mamat ini mempersenda kan diri ku!!!!
Sudah nye eden malas nak dgr cakap-cakap mamat ni (walaupun begitu, mata eden tetap mencari bangunan paling tinggi) rupenye dah jauh eden terlajak berjalan. TH tu rupenye kalau eden jln melalui main entrance Pertama dekat laa sikit....hish..bengang nye eden!

moral: jangan mudah percaya kepada Mat Despatch, posman tak pe!
~~~~: tak payah le exercise....buat penat je!!

Ouch!!

12 December 2007

~
Pada suatu hari, ada seorang lelaki ni kan, dia nak pegi beli robot transformers kat Berjaya Times Square(BTS). Hari tu ialah hari Ahad. Sudah tentu ramai yang pergi ke sana. Jadi lelaki ini tidak mahu berada lama di BTS kerana nanti parking fee akan meningkat. Kalau 1 jam bersamaan RM3.00

Lelaki ini pun pergi la membelek robot itu di kedai yg menjual. Bila sudah berpuas hati lelaki ini pun membayar dengan lekasnya(betui ke tatabahasa ni). Dengan cepat lelaki ini mengajak buah hati nya ke lif. Tiba-tiba si buah hati pula ingin membeli roti Aunt Annie's, kerana bau nya yg semerbak. Maka lelaki ini merungut-rungut suruh cepat, takut lebih dari sejam.

Si buah hati pun lekas-lekas la beratur dan membayar duit roti (kesian awek dia). Sesudah itu, lelaki ini pun bergegas mencari lif untuk turun ke basement. Tetapi malangnye, tidak ade satu lif pun yg berhenti di tingkat itu. Habis tu lelaki ini pun membara la. Jadi dia terus menarik tangan buah hati nya ke tangga kecemasan. Si buah hati pulak pakai high heel, jadi agak slow le berjalan nye. Lelaki ini semakin marah, lantas dia terus membuka pintu tangga kecemasan dengan rakus nya dan menonong turun ..tinggal la si buah hati di belakang sambil memfollow.
Tiba-tiba lelaki ini naik kembali..lalu bertembung dgn si buah hati yg sedang menuruni tangga.
"kenapa bang?"
"tangga ni sampai tingkat bawah ni je, peh tu pintu kunci!" sambil memoncong kan moncong nye.
"laaaa, tu laaa kan dah cakap td tunggu je lif!"

Lalu lelaki ini terus menderu semula ke lif, bersama si buah hati yang penyabar...tak lama lepas itu ting!!...lif tiba.
Terus lah mereka turun ke basement. Oopss, lupa pula nak bayar tiket autopay.

Disebab kan lelaki ini sedang hangin dan marah-marah, lalu dia terus melulu memberaturkan diri. Si buah hati pula setia menunggu di tepi barisan. Lalu lelaki ini memasukkan tiket ke dlm mesin, tertera RM3.00, si buah hati pun menawarkan sekeping note hijau RM5 kepada lelaki ini(dengan niat memujuk), namun demi ego dan macho, lelaki ini buat dono je kat si buah hati...tidak mahu menyambut RM5 itu lalu dengan angkuh nye mengeluarkan duit nya sendiri berwarna merah iaitu RM10. OK! si buah hati pun simpan le balik RM5 itu (owh tak nak yer?!, tak pe!)

Tiba-tiba....
Kprengggg...ting ting ting...bunyi duit syiling 50 sen terpelanting-pelanting keluar dari mesin, lalu menarik perhatian orang ramai yang sedang Q di mesin itu, juga mereka yg menuruni escalator! OWH malunye rasa si buah hati, tidak sanggup rasanye mengutip duit syiling yang bertaburan di lantai...bayangkan 14 keping syiling 50 sen bertaburan, tak ke banyak tu?!

Maka glamourlah si lelaki ini sambil mengutip duit syiling dengan "macho"!...walaupun si buah hati tidak membantu mengutip duit tersebut, namun si buah hati tetap setia menunggu di tepi. Selesai mengutip, lelaki ini terus berjalan laju menuju escalator ke basement bawah sambil merungut-rungut , langsung tidak di tunggu nye si buah hati yg sedang menahan gelak (kalau gelak lagi laa dia hangin kan?!)..tak pe...si buah hati pun cepat-cepat follow, namun lelaki ini cepat tiba di pintu kaca basement dan terus menolak pintu itu dengan sepenuh tenaganya (maklum la, takut si buah hati dpt kejar, lagi pun boleh la lelaki ini meniggal kan awek nya di BTS!- niat lelaki ini di dalam hati)

Sekali kannn...

Bubbb!...terhantuk pulaak... hik hik hik!!! kesian lelaki ini, pintu tu tendang balik ngeh ngeh ngeh!
Tu la, lain kali bace! Pintu tu bukan tulis "PUSH" tapi dia tulis "PULL" yang di tolak kenapa?? memang le tak boleh bukak! kan dan kene!

Malu lagi sekali...

moral: jangan lah anda sekali-kali berniat utk meninggal kan awek anda, dan jangan cepat angin ok! ;-)

Alamak, terbang pulak!!

10 December 2007

~
Time-time hujan gini sesuai le kalo gi Giant kan, leh mkn makanan yg lain sikit kat sana.
Bila dah sampai tak tau plak nak order ape, jadi beratur la kat popia stall, popiah dia lain sikit besar!
Bila dah sampai giliran, tetiba rasa nak makan yg lain pulak.
"eh, tak pe la...tak jadi order!'

Terus pegi kat YeeMee+telur stall, order kan sekali utk office mate yg demam, mesti dia suka.
Memandangkan hari hujan di luar, jadi aku bawak payung sekali kat stall tu....bila je YeeMee tu siap di masak, susah pulak rasa nye nak bawak dua dua plate tu....jadi aku bayar dulu sambil membawa YeeMee aku, officemate nye sat lagi aku ambilkan...

Sampai di meja makan, office mate terus bangun dan amik plate dia sendiri. Meja kat situ memang dicantumkan panjang panjang, jadi ruangan amat la terhad...lagi satu di situ hanya ada sudu&garfu plastik...besi besi tak main k!

Meja sebelah aku diduduki oleh 4 org, 3 pompuan 1 laki (biasala, mesti pompuan lebih ramai dr laki skrg!), derang memang nampak slumber, sembang topik yg kelakar la jugak dan adakalanya aku pun rasa cam nak tumpang gelak bila terdengar derang sembang, namun aku mampu untuk mengcover dan mengontrol nafsu gelak ku, tidak seperti officemate aku, dia memang dah tersenyum-senyum sikit lagi je nak tergelak.

Namun tidak lama selepas itu, sedang aku mengontrol pipi ku dari tersenyum tergelak sebagai respon kepada kisah lawak si meja sebelah tiba-tiba uuuppss...
garfu aku terpelanting kat budak pompuan meja sebelah daaaa....sebab sangkut kat yeemee yg ala-ala melekat kat plate...habis tu apa lagi....derang tak tahan nak gelak...sampai kan 2 drpd nye terus bangun dengan alasan nak pegi toilet...hampehhh!!
"eh, terpelanting pulak, mee ni melekat" cover ku sambil tersenyum...

Enjoy