Batuk ada kahak & hingus warna coklat

29 March 2010

Sejak demam batuk selsema aritu, ummi mengalami batuk dan selsema yg till now masih belom sembuh, kalau aritu kerongkong ni gatal sampai nak bercakap tak boleh, gatal bila batuk sampai rasa nak terkencing, tapi kini hanya lah gatal utk batuk dan kahak pekat warna coklat yang keluar, selsema pun sama, tak le meleleh basah aje hidung ni, tapi tiap kali batuk, hingus pun cam sumbat aje kat hidung, jadi perlu ludah kan kahak dan hembus hingus utk kuar kan mukus.

Bila dah ubah warna ke coklatan ni ummi risau pulak...
Jumpa artikel ni kat website mana ntah, utk dikongsikan bersama:-
"Batuk yang berkahak
Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.
~Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.
~Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
~Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru(ha?). Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria
(patutla Dr Mansor tulis bronkitis kat MC ummi).
~Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:
~guaifenesin (Breacol)
~carbocisteine (Rhinothiol)
~ambroxol (Mucosolvan)
~cyclidrol (Mucoflux)
~herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.

Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja(ummi mkn aritu kat office, sekali nak balik, drive kete cam sambil tido...bahaya!). Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Sila lihat generik.htm. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.
Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda. Sila lihat artikel penting di
antibiotik.htm."

Tak nak minum susu ummi dlm botol

28 March 2010

Opps, lupa nak story.
Huh, amat pilu bila babysitter bg tau Zara tak nak minum susu(Monday 15/3/2010). Dia hanya nak makan bubur nasi yg ummi bekal kan dan sulam minum air masak je. That's it! Susu ebm yg ummi bekal kan dia tak mo minum langsung dr botol.

Jadi ummi mintak tolong sesangat kat ibu (baby sitter), minta sudukan air susu ummi tu instead of just bg air suam. Jadi bila time menyusu, ibu kena la bg Zara minum guna sudu dgn penuh kesabaran. Maaf la ibu ye.

Ragam Zara berlarutan sehingga lah one day ummi perasan ade gigi baru tumbuh (23/3/2010). Owh, patut lah Zara macam macam idea dia. Rupenya gigi dia dah tumbuh cam gigi ayah dia..hensem ayah dia...(erk, cane leh ade ayat yg lain macam ni? ni mesti ayah nak tumpang glamor ni ;-))

Ha, tu la dia. Menurut kaum2 ibu yg lain dlm satu forum tu katanya, anak yg breastfeeding yg baru nak tumbuh gigi memang akan ada ragam boikot botol susu, geli gusi agaknya.

Buat masa ni sehingga ke hari ini...Zara masih lagi tak mau minum susu dlm botol...
Jangan lama lama ragam ni ye sayang...

First Tooth Brush & Nuby Breastflow Bottle

27 March 2010

Aha, since dah ade gigi ni, ummi haruslah lebih prihatin dlm menjaga mulut dan gigi my little princess tu. Dan semenjak buat ragam tak mo minum ebm ummi ni, jadi ummi cuba la tukar botol susu baru kot kot boleh menyelesaikan masalah ummi ni.

Jadi kami g Toy's R Us, cari botol susu Nuby silikon lembut betul sebijik cam breast. haha. Cha'a, jgn tak mo minum dalam botol ni tau! mahal ni :-) tak pe, ummi tak kesah, asalkan Zara tak berlapar di rumah ibu.

Dan ummi beli berus gusi dan gigi for baby utk Zara. Nanti kita gosok gigi sama sama ye!Nampaknye Zara suka gosok gigi. Senang la ummi!

Dah tumbuh gigi! Dah boleh merangkak!

24 March 2010

Ummi suker sangat! rupe rupenya dah ade gigi tumbuh kat gusi bawah anak dara ummi tu, rasa seronok sangat, owh my lovely dotter, u are now have your 1st cute tooth! ummi kene jaga betul betul lepas ni. ummi akan cuci gusi dan gigi dia.

No wonder la dia demam on and off lately ni.
No wonder la dia tak nak minum susu dlm botol since last week, ummi sgt susah hati
No wonder la dah beli botol susu silicon Nuby cam B ummi pun tak nak
No wonder la banyak ragam dia lately

And, Ahad lepas on 21st March 2010, Zara ummi tu dengan rasmi nya dah boleh merangkak...laju betul. Tak sempat ummi nak tahan sebab tak expect dia nak merangkak. Ingat kan dia nak golek golek je.

TAHNIAH my BABY!


Aku di TAG!

23 March 2010

Buat pertama kali nye aku di tag.
Tag ini dtgnye dari Yong Na. Jadi terima kasih bebanyak sbb kasi experience di tag dan menjawab tag dgn teruja sekali!

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Saya seorang yg teramat busy di rumah, jejak kaki je kat pintu terus semua bende bersimpang siur dlm otak, nak basuh kain, nak sidai kain, nak lipat kain, nak masak ke tak yah? kalau masak nak masak ape, nak layan anak dara yg emakin aktif tu. Kesimpulannya...saya adalah suri rumah separuh masa.

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
saya org nye honest, kalau cantik sy akan puji cantik, kalau tak cantik sy tak kutuk...sy beri komen je la. sy sgt supportive dlm memberi galakan yg baik kepada kawan kawan. sy suka share maklumat penting yg berguna dgn kawan kawan. sy suka kawan dgn org yg lebih dewasa cam geng mak mak semasa sy anak dara. Saya dulu bekas pembimbing rakan sebaya...yg tak sebaya tak de persatuan yg nama nye Pembimbing Rakan Tak Sebaya.

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
(5 jer?ada banyak ni!)
1- rumah landed house 2 tingkat at least.
2-laptop dgn broadband sendiri.
3-buat treatment lasik, takmo pakai spec dah
4-besarkan umah mak
5-nak naik pangkat lebih tinggi so that boleh besarkan anak2 dgn baik amin.

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?

Dato' Seri Zulhilmi Bin Abdul Rahim

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?

1. dia pandai buat desicion yg tepat, eg: parking kete mesti dpt jer

2. pandai buat lawak, menghiburkan

3. dia tak cepat gabra, cool aje, so aku pun tak gelabah

4. Caring and loving

5. paling suka lesung pipit dia, kami berdua ada 2 lesung pipit

BILA TARIKH COUPLE

Tarikh couple aka declare: 9.1.2005
Tarikh nikah: 15.8.2008

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA

tak de, semua manis manis belaka!

LAGU TEMA CINTA ANDA

Wow- Engkau lah yang satu, mustika kalbuku, kasih dan rindu ku owh, hanyalah pada mu

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA

Erm,kot kot leh dpt Honda CIVIC ke ahaha

TAG 10 RAKAN LAIN
1-Miz
2-Kak Lin Mayu
3-Cikgu Mona
4-Sas Xpin
5-Kak Masni
6-Janggoats
7-Ceera
8-Hawa
9-Hasniza
10-manja@yah


Adoi! Malu giler! Mana nak sorok muka ni???

22 March 2010

Teringin nak try Japanese food, jadi aku order la ape ntah nama makanan tu, ada nasi + ayam tempura + air tebu tak de gula + air rebusan ikan jadi sup...ada sepasang chop stick dan sudu utk hirup...waahhh, ini kene makan pakai chop stick ni, apa ada hal! bukan susah pun!

Aku kepit kayu tu, ape lagi, Bismillah. Nasi jepun ni pendek pendek dah gemuk, melekat lekat, jadi senang nak kepit nasi, ayam nye pun senang di kepit utk masuk ke mulut. Abang dia melayu tulen, jadi menu dia ialah nasi campur. Aku pun eksen la sikit kat abang
"ayang terer pakai chopstick tau!"
"yer abg tau, abg makan pakai tangan je, senang..."

Depan kitaorg ade makcik cina tua jugak la, tgh makan kuey tiaw sensorang, dia pun pakai chopstick. Mesti dia rasa kagum melihat aku org melayu pandai pakai chopstick. Mesti dia akan story mory kat kawan2 dia yg dia jumpa malay lady pandai pakai chopstick...hati aku berkata.

Habis nasi nasi aku makan, ayam tempura pun habis di makan, tapi air tebu tu erkk aku tak lalu le, sup ikan dia pun aiyerkk, tak hirup pun, cukup la rasa hujung sudu je.

Sekali auntie cina tu pun aku tgk dah habis makan juga. Aku pun hirup minuman teh tarik yg aku order, biasa jer, tak kaw pun.

Sedang aku hirup teh tu, auntie cina yg aku yakin mengagumi aku tadi datang ke meja kami.

"eksekius me young lady, let me show you how to use chopstisk"
(sambil mengepit ngepit chopstick yg dia guna tadi...aku terus kebas otak....)
"errr, aha yes err" terus kelu tak terkata...
"use your third finger to hold this one, and the other finger to hold this one, yes..like that"
sambil dia tgk jari jari aku...
"keep on practice ya, babai!"

Sekali dia ajar daaaa! dia ajar aku kepit kayu tu depan depan orang beb! kat tgh tgh food court tu beb!. Mak Aih! aku rasa nak letak muka bawah meja....kemaluan aku bertambah bila aku toleh meja belakang aku....semua cina beb...ada la dlm 6-7 org yg tgh tengok aku dan senyum ikhlas kat aku....mak!!

Abang? abang pulak buat muka cam tak kenal aku...huwaaa...Zara? dia langsung tak layan aku or senyum, dia dan dan tu menyibukkan diri mengisap tuala kecik dia...semua tak kenal aku...

Siot jer!

Entry ke 200!

19 March 2010

Tengok balik dalam blog dashboard, dah 199 post dah dlm blog ni.

Dan ceritera kali ini menjadikan total post menjangkau ke angka 200! Org lain dah beribu, ada jugak yg tak aktif, kueh ni baru ratus.

Ok, nak citer pasal trip my husband yg kata nye tukar ke Medan tu. Semlm ada lagi berita baru! Kali ni tukar lagi destination nye...tak jadi Medan sbb kata nye gunung berapi nye cam tak menentu..ish..merbahaya betul (ntah la benar ke tidak nya).

Jadi, tukar ke Ho Chi Minh, Vietnam. Ape yg ade kat sana ye? Tempat membeli belah kah?
Cam susah je nk cari halal food kat sana...jadi aku dah pesan kat cik abang, bawak stok maggi hahaha.

Sape yg penah pi Ho Chi Minh ni? Kongsi kongsi lah cerita dgn kita...boleh la serba sedikit buat panduan dan persediaan.

Semoga happy lah perjalanan nye tu. Sebab yg ni, memang tak pernah terlintas dlm hati nak pi hehehe. Tapi kalau di offer pergi ape salah nye ye dak?


Cancel Bangkok g Medan

16 March 2010

Amat jeles dan sedih...sedih banget bila dpt tau trip my hubby ke Bangkok di cancel sebaliknya tukar ke Medan Indonesia..which is, I memang teringin benar nak ke tanah seberang. Sebelum company abang plan nak ke Bangkok, mmg kitaorg dah ushar and plan nak book flight ticket ke Bandung.

Sekali ade perkhabaran utk trip ke Bangkok tersebut. Jadi, cancel la dulu plan ke Bandung tu.

And now...walaupun bukan Bandung, tetapi...mak tetap nak merajuk sbb tak dpt pi Medan dgn pakwe ku...

Kepada yang berkenaan dgn trip tersebut...sila maklum yang saya anti u ollss...huh

Terima kasih la...

15 March 2010

Terima kasih la sesangat kat en abangku, tak tau la cane hidup ni jikalau dikau tiada di sisi.
Walapun dalam malas malas beliau...beliau tetap membantu menolong daku meringankan beban tugasan ku setiap hari.

Dalam tak sedar, dalam rasa letih membuat itu ini utk keluarga...sebenarnya, kalau tiada bantuan abang...tak de nye sempat dan mampu daku selesaikan dan lakukan semua kerja kerja seorang ibu dan isteri.

Setiap pagi, daku kelam kabut menyiapkan botol2 susu Zara, beg pakaian dia, gosok baju suami, diselangi dgn interruption dari rengekkan anakanda yang dahaga...of course...kekadang terlajak kuar umah utk pergi kerja...risau dtg lambat.

Di situ lah abang...tugasan harian nya menghantar dan mengambil anakanda ku ke rumah baby sitter. Bukan aku tak boleh nak hantar Zara, boleh tu of course boleh...semua boleh...tapi...ternyata ...aku tidak mampu melakukan kesemuanya. Aku tak mampu nak dukung sebelah tangan sambil menjinjing beg beg Zara seorang diri, sekejap boleh la seminit dua, kalau sepanjang jalan tu, alamatnya, tersenget senget la badan ku, org tengok pun kesian, maklum la, anakanda ku itu semakin hantap...di situ lah peranan abang yang gagah...beliau memang ternyata mampu dan boleh melakukan nya seorang diri, tak senget pun badan dia. Stamina kuat, bahu kuat...itu lah bahu seorang suami...kuat dan mantap mendukung peranannya sebagai ketua keluarga...

Terima kasih sayang...ayang sayang abang!



Result SPM keluar hari ni!

11 March 2010

Hai, masih aku ingat lagi perasaan berdebar debar cuak nerbes gabra happy surprise risau takut semua ada masa dpt tau result SPM dah nak keluar.

Kenangan tu tahun 2000 (SPM 1999), aku ni dah siap tepon kwn kwn ala ala janji nak jumpa kat sekolah nanti, walaupun dalam hati ni takut kalau dpt result teruk, malu dgn kawan2.

Bila dah janji gitu, aku pun call abah (arwah), masa tu abah tgh keje, abah mmg janji nak blk awal kira cam half day la. Kul 10 kami semua dah siap bersolek, mak la yg paling teruja, aku ni dalam teruja teruja masih jugak ketaq kepala lutut huish...berpeluh! Sekali dah kul 11am abah taaaak jugak sampai, ye lah, abah la driver kami nak ke sana ke sini, sekolah aku nuuuun kat Seri Iskandar, idok jauh mana, tapi nak tunggu bas susah, lagi pun nak le mengambil result ditemani dgn ahli keluarga.

At last, aku nampak kelibat abah atas moto EX5, baru sampai kat gate, terus darah ku menyirap ke atas kepala rasa nak pitam sebab gabra teramat sangat, tapi masih terkawal...dan abah pun memberi salam...Assalamualaikummm....Akakkk!!! Tahniah!!!! Abah dah ambik dah result akak!!!Tahniah dapat Pangkat Satu!!! sambil abah memeluk aku dan cium dahi aku...

Aku jadi blurr...ape cerita ni? Abah g ambik result aku? Kan janji abah nak amik aku dulu kat umah baru g tgk result sesama?? semua pertanyaan itu hanya bermain di dalam hati aku aje..sbb tak nak mengecewakan abah yg tgh excited seronok tgk result aku...slip result tu beralih tangan. Aku pun belek belek result tu.. Senyum...ada senyuman...dan senyuman ku makin lebar...Alhamdulillah...

Terima kasih abah, terima kasih mak atas doa untuk akak...
Walaupun terkilan tak dpt jumpa kawan kawan yang aku kira mungkin kali terakhir berjumpa sebelum masing masing melanjutkan pelajaran, namun, aku tetap gembira kerana...abah dan mak gembira dan puas hati dgn kejayaan aku itu, setelah berhempas pulas study bagai nak rak, tak tgk tv, tak kuar ronggeng (tak penah dpt keizinan langsung utk keluar berjln2 dgn kwn kwn).

Antara kenangan manisku ;-)

Hasil double pumping

08 March 2010

Fist time buat double pumping kat office setelah 5 bulan (beli masa Zara umur 2 bulan)usia Spectra ni kat aku.
Belah kiri dpt 4oz belah kanan dpt 3oz selama 10minit pam. Ade niat nak tunggu lagi 5 minit, tp risau kot ade orang lain nak guna bilik ni.

InsyaAllah esok ye!

Sebelum ni perah sebelah sebelah, lama la sikit, kasi penuh botol belah kiri dulu and then baru alih ke sebelah lagi. Hasil pun lebih kurang 6-7oz sekali.

Ni hasil paling banyak yg pernah diperah, it was on 4/12/2009. Alhamdulillah, syukran ya Allah.

Tahniah Along!Terpilih ke MRSM Form 4

Akhirnya impian Along nak masuk MRSM termakbul!

Kak Eni pun turut berdoa, biarlah Along terpilih ke MRSM...nasib baik Along pertimbangkan pendapat Kak Eni utk tidak menerima tawaran ke Sek Teknik tu...dan Along bijak membuat pertimbangan yang sewajarnya.


Along...tahniah dapat 8A PMR last year and good luck for your SPM...tak lama tau..pejam celik dah Form 5...dpt masuk MRSM hati kene kental dik...hati kena tabah...tak semua org dpt..jadi, kuat kan hati, walau macam mana masalah sekali pun, walau macam mana sukar nak menyesuaikan diri, walau macam mana kuat nya cabaran dalam menonjolkan diri di kalangan orang yang terbaik....Along mesti kental jiwa raga!...nasihat akak untuk adik. Percayalah, pengalaman seseorang itu lah yang paling mahal...tak kan dapat di jual beli...tapi hanya dapat dikongsi cerita nya sahaja. Moga Angah, Udin dan Ika pun dpt menurut jejak langkah Along...

Kepada Mak Teh dan Pak Teh, tahniah dari Eni juga...besar pengorbanan Mak Teh dlm memastikan kejayaan anak anak nya...

Syabas dari Kak Eni, Abang Zul & Zara!!!Dalam website Mara

Offer letter





Cukai oh cukai

Sekali nampak notis pemberitahuan pasal new PCB (potongan cukai berjadual) deduction formula for 2010. Terus otak ligat berfikir...aku dah ada PCB ke belum? Masak!! kunun nak declare zakat sekali dgn pcb bersama dgn abang...plan nak amik cuti g pusat zakat dank ira ape semua senang sekali zap jer...sekali...tak pegi pegi...sampai la ni...sampai dah ada anak...apa cerita??

Ni tengah bace dan study Nota Penerangan PCB wah wah...amat tidak paham formula nye...sungguh fizik dan kimia sekali...(abang...sila kira ya...)

sape nak tumpang bace..sila sila lah klik dan bace..tak paham kalu...sendri mau ingat daa

http://ekl.hasil.gov.my/pcbcalc/NOTA_PENERANGAN_JADUAL_PCB_2010.pdf

KL Bird Park dan Demam

07 March 2010

Lepas bg Zara ubat montot tu, kejap aje kebah demam tu...Lepas Zara bangun dari tidur dalam kul 1pm gitu, badan dia panas balik, lagi kuat ade...nape anak ummi ni, demam sebab sakit ubat masuk ikut itu ke?maafkan ummi ye...tu le, Zara tak mo makan ubat...nampak picagari je nyorok kan muka kat ketiak ummi...cane ayah nak masukkan ubat tu?

Nampak aje muka ayah...dia ingat ayah nak bagi ubat...terus jebik mmoncong tu...terus tak mo kawan ayah...hai...pandai nyer!

Ummi nek kan Zara balik, Zara terus tido balik, ummi enjut enjut buaian tu, sampai Zara betul betul lena. Tak pe lah...malam kang ummi bagi ubat ye...ptg ni skip.

Bangun petang tu kul 3.30ptg, kurang sikit panas badan dia tu. Jadi untuk memujuk balik anak ayah yang merajuk tu...ayah kata nak bawak Zara tengok burung...burung ape? murung murai! Idea tu dtg masa ummi angkat Zara dr buaian dan dukung dia ke tingkap, ade sekor burung merpati hinggap kat grill umah...Zara suka tengok burung tu..tapi daaah terbang...Zara cam tercari cari burung tu...well...dah tobang ler...

Ate nye...sampai di taman burung .... Zara cam tak happy je...diam aje...tapi bila ada sekor merak jantan lalu ala ala nak show off gitu...terus Zara toleh usha burung tu...bila merak tu kembang kan ekor nye yg cantik tu...Zara pun kusyuk la menengok nye...sambil dukung tu ummi jalan bagi Zara tgk burung2 yg lain. Sekali dia merengek...dahaga kot...Ummi nek kan dia..tyerus la tido siap dengkur lagi...haiya...nampak nye kene le ummi pangku Zara yg tgh tido dibuai mimpi bermain dengan merak (agaknye la!), alhamdulillah...idok pulak ummi lenguh...habis tawaf kat zone 1, Zara pun terjaga kat zone Flamingo...ade la kolam ikan kat situ..suke bebno dia nengok ikan...siap berlejeh lejeh air liur nye basah tangan ummi...ayah siap berpeluh peluh mendukung kamera...hahahaa.

Masuk kat World of Parrot...sini best...Zara dengan berani nye hulur tangan nak suh parrot tu usik tangan dia (dia tiru ade couple tu bagi parrot tu makan kat tangan, bird pun berebut la kat tangan hahaaha), hu hu kata Zara...panggil bird...owh alhamdulillah..Zara dah sheronok, harap sihat la demam nye.

Tapi...
Demam Zara malam tu masih panas...ingatkan dah tengok burung hilang la demam tu...tapi masih...ayah dengan ummi terpaksa juga masukkan semua ubat, ubat batuk&selsema, ubat kahak dgn antibiotik, sian Zara muntah...muntah kan ubat dan kahak (pekat berlendir), sekurang2 nya kata org kalau muntah tu panas nye keluar, dan kahak dia yg bergelora dlm dada tu pun keluar sama. Ummi yg demam terus jadi bentan demam...tak tau dah ummi ni demam ke tak, yg pasti tekak ummi masih perit dan gatal berair mata. Kalau ummi ikut kan gatal tekak nak batuk ni...mau terkencing...

Gambo nye ummi upload kemudian nye...nak suh ayah transfer dulu dr memory card nye.
To my little princess, get well soon ye...as soon as possible, amin.

Perkembangan Zara(as at todate):-
- Makin kuat makan, minum susu ummi masih 3oz @ 100ml sekali minum
- Dah pandai angkat montot utk merangkak, tapi cam lebih suka nak berdiri dan berjln
- Time mandi, dia dgn sendirinya mengelunjur cam org dewasa mandi dlm tab
- Kerap yak setiap hari mesti yak, paling byk 3 kali sehari.
- Makin susah nak pakaikan baju dia,sebab she cannot sit still, nak mengiring sana sini
- Kalau duk dlm walker, makin laju, cam nak race kete je, pandai nak boloskan walker dia kt tempat sempit (sangat tak sangka dan terkejut bila dia leh lepas dgn 2-3 kali cubaan nak ke dapur even dan letak meja kasi sempit sikit laluan tu, sbb meja tuu bergerak ade roda hahaha)
- Kalau masuk kete ayah, dia nak duk kat stereng, so that she can hold the stereng kuat kuat cam ayah drive hai anak ummi
- Suka nampak bola, nampak je gelak 'haahah', bila dpt pegang bola di golek golek nye tepuk tepuk bola...
- kalau ummi lipat kain dia pun suka gelak 'hahaha'...sebab dia ade intention nak langgar stack baju tu dgn walker dia...grrrrr
- ubat? is the no no no to her
- bila nampak orang dah siap cantik bersolek bertudung, berseluar baju elok..dia unjuk tangan nak ikut sambil tolak walker...cam aritu ayah nye dukung dia dgn berkain pelekat, sekali ayah yeop sampai of course la ayah yeop nye elok kemas berseluar panjang, kemeja berkolar, rambut elok aje...Zara merengek nangis bila ayah yeop blah tak bawak dia, dan bila ayah yeop dukung dia baru dia senyap...tinggal la ayah nye hahaha
- Sure akan fall asleep bila duk dlm car seat keta ayah bila ayah drive...best kot sbb berair cond
- Laptop? dia pun nak jadi cam ayah nye...nampak laptop dan mouse yg berkelip kelip tu..dia pun nak sama...jgn dia pun addicted to FB sudah....ummi babab nanti..biar ayah dgn Cik Idah je pegang title tu ye!hepp
- Kalau tengah nek, tangan dia mesti akan gosok gosok dan garu garu kepala sendiri sambil tangan sebelah lagi usap usap tangan ummi...sampai la dia tido...



Postponed Appointment

06 March 2010

Bangun pagi tadi siap siap masak air utk mandikan Zara, sempat pam dpt la 5 1/2 oz, alhamdulillah dan Zara pun merengek...alahai...rupenye dia yak. Ummi nak lekas ni. Kene siap mandi kan Zara, semua dan ummi pun nak mandi ape semua lagi sbb ade appointment gigi kul 10am ni.

Sekali rasa badan Zara...panas...ai...demam balik ke anak ummi ni. Aritu dah sihat dah demam dia...cuma tinggal batuk je. Ni mesti jangkit dgn ummi ni sebab semlm ummi demam, makan ubat semua...Zara pulak nyusu badan...haiyooo...tak pe...relak and cool..jgn stress ummi.

Ummi mandikan Zara dgn air suam...siap kan pakai baju dan beri ubat batuk selsema demam kat dia...pandai...Zara dah pandai ngamuk bila nak beri ubat...pandai dah tutup mulut bila nampak picagari...ummi dah berpeluh...panas dan kelam kabut nak cepat.

Pujuk Zara balik dgn netekkan dia dulu...sekali terus tido...alamak...cane ni. Abang pulak suh beri ubat masa Zara tido tu...ummi pun picit la picagari tu masuk mulut dia yg tgh tido tu....dpt masuk kan 2.5ml je, lg 0.5ml tak sempat...sbb Zara dah terjaga dan merengek...

Ok ok sayang..dah dah...ummi tidokan Zara ye...sayang tido ye dlm buai...jgn nangis ye...cepat sihat tau!

Lepas tu terus la ummi g mandi..jam dah kul 10.30am, dah lewat...tak pe...lom kul 11 lagi...bila ummi dah siap mandi, Zara pulak dah terjaga..haiyak...ummi angkat Zara dan pas kat ayah, sambil tu ummi bancuh nestum Zara nak beri dia makan (ayah la suapkan)...

Ummi pun pakai la tudung, nampak nye ummi kene pegi sendiri la ke klinik...Zara duk umah dgn ayah ye...kat luar panas...

Tidak ye puan puan...Zara ku terus tak mo makan bila nampak ummi nye dah siap cun utk keluar...dia nak ikut....jam puak dah kul 10.45am....maka nya......

Call klinik mintak tukar appointment date....

Since Zara tak mo makan ubat ni. dan kebetulan Mak Yang nye ada kat umah ni, ummi pun beri ubat demam yg masuk ikut ponggong tu kat Mak Yang, biar Mak Yang yg masukkan, biar doktor yg buat, ummi dgn ayah tak reti nak masukkan takut Zara sakit.

Dan the moment Mak Yang masukkan tu, Zara punya la meraung nangis...aduhai....sian anak ummi...sakit ye?ubat tu besar...dia nye montot tu tecik la sangat..selesai masukkan ubat...ummi angkat Zara, calm kan dia...netekkan dia balik...terus tertido dengan sedu sedan dia tu...sian dia..

huh....ni baru lepas rasa badan dia...dah kebah dah...cepat betul kesan ubat tu...

Zara....cepat sihat ye! tak mo demam demam dah ye!


RCT (Root Cernel Treatment)

04 March 2010

Hmm....gigi geraham kecik ni dulu dah ditampal dgn temporary filling mase pregnant 9 bulan aritu. And now that filling dah tertanggal sendiri...ada la lebih kurang 2 bulan dah. Terasa lapang je kat situ. Tiap kali makan, sure ade yg numpang lepak kat situ...kena la cungkil dgn toothpick.

Jadi sebelum start rasa ngilu, sebelum start rasa sakit cam masa preggy aritu (owh...tidak tertahan sakit nye beb!), baik aku g tampal dulu.

Aku ajak la abg g klinik area umah aku tu lepas blk keje semlm. Bawak la Cha Aa sekali.
Doktor pun cek cek tgk, dia kata gigi tu tak leh di selamatkan lagi...pilihan yg ada ialah cabut atau buat rawatan akar...halamak...root cernel ni tak murah beb sebab dulu gigi geraham belakang belah kiri aku ni pun dah di root cernel kan. RM400 jugak la masa tu...sian mak, tp masa tu ade duit faraid. Tak le nyusahkan mak sgt masa tu hihi.
Sempat snap gambar harga.

Terus tanya doc, how much is the cost for RCT...dia kata approximately RM250-300 ikut size..tp dia kata, maybe around RM260. Aku pun habaq la OK...set my appoitment (aku tau...RCT ni mmg 2 kali visit, first visit utk kasi cuci itu gigi, kasi bersih...dan letak ubat dlm itu gigi), 2nd visit baru dia leh siap keseluruhannya...hai...harap tak le sesakit gigi geraham besar ni dulu...Ya Allah...jangan la rasa sakit (katanye dia akan bius).

Jadi malam tu...aku kena RM40 hengget utk kos X-Ray gigi...sebelum tu doc tanye "are u pregnant"..hai...as at last week I'm not...but this week...hahahah....aku tak tau...

Berniaga

03 March 2010

Lately ni, hati teruja sekali nak cuba jual something online...tapi bila di muhasabah dalam dalam...masih tak jumpa apa bende aku cuba nak jual...masih tak jumpa jawapan kat mana nak dpt bekalan? mahal ke modal? duit ciput ni...ade ke bende yang supplier boleh bagi dulu, kita cuba jual, bila dah terjual baru kita bayar? ada ker?

Cuba muhasabah lebih dalaaam lagi...tak terbeban ke nanti? walaupun hanya untuk suka suka dulu? harap nye tidak...aku tertarik bila ada kawan aku jual lengging@ baby tight RM10 sehelai...walhal aku beli kat stall kecik kecik tu pun sehelai RM18...hai...kalau aku jual ni, untung beb...sape supplier nye? aku segan nak tanye dia..ye lah...tu market dia..

Aku harap dpt sokongan dan dorongan hubby...dia pun 24 jam tak leh berenggang dgn awek dia...aku ni isteri...tapi awek dia lebih dia selalu dampingi...adakah aku jeles? hmm...ntah...jeles jugak! takpe la...awek tu pun bukan buat jahat pun...awek dia duduk je atas meja...sentiasa bersambung dgn wayar...kat situ lah dia gelak, kat situ lah dia buat keja, kat situ lah dia harvest, kat situ la mengomen fb...hai...memang trend...memang dah zaman sekarang ni zaman itu...aku kene redha la. Nasib baik aku pun ade awek kan Zara kan!

Jadi dengan itu, boleh la hubby aku membantu aku berbisness online...hahahahahahaha
boleh ye honey? TQ in advance!


Bercuti

01 March 2010

Baik punya plan aritu...nak g Bandung beramai2...alangkah terangkat tanpa jejak nye diri ini kalau aku dpt jejak kan kaki ke sana...leh aku beli telekung yg cantik cantik, bagi mak satu, mak mertua satu, mak andak, mak teh, opah, mak cho...cik ina, ish...ramai nyer...

Leh beli kain pasang, jual ke...wah wah...boleh beli baju, jaket, kasut...ape lagi yg best ek kat bandung...wah...sorga...sorga...

Aii...aktiviti nye membeli aje la jwb nye...

Tapi...

Terpaksa lupa kan dulu...sebab?

Company hubby pulak nak buat trip ke Bangkok...(ok gak tu kan?)

Tapi...hanya untuk staff...kalau nak bawak anak bini, u hv to bear the cost...sorang RM1150, campur anak lagi...tak pe la...tak yah la...biar hubby je la pi...aku tak yah la...susah aje.

Tak kan nak pi Bandung tanpa kekasih hati kan? And kalau dah pi Bangkok dah berhabis kat sana, apa pulak nak di belanjakan kalau jadi g Bandung nanti?...beli ayor Bandung aje je jawab nye...itu pun kalau wujud tajuk air bandung kat sana...

Sudah la...berangan all people can...tapi tuhan menentukan...

Enjoy