Salam Ramadhan 2011 / 1432

08 August 2011

Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah dipanjangkan umur serta diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun ini. Syukur

Puasa kali ni, tinggal kami bertiga saja di rumah BTS. Cik Idah dah bertugas di SP bulan 4 aritu, jadi sejak dr itu tinggal le kami 3 beranak ni, dengan 2 ekor rabbit Mia Luna, 1 ekor cat Snow dan berekor2 ikan dalam 2 akuarium.

Zara pula bulan ni dah 2 tahun tepat, pertengahan ramadhan kali ni Zara masuk 2 thn 1 bulan.
Dah makin banyak akal dan keletah dia, ummi dan ayah selalu rindukan dia bila berada di opis. Mula la kami berdua ni cuba nak balik awal, sbb nak jemput dia dari umah babysitter.

Genap aje umur 2 tahun, pada 16.7.2011 aritu, termaktublah Zara cukup 2 tahun diberi susu badan. Dan tarikh itu juga lah Zara dah mahu untuk minum susu botol. Sedih juga sbb Zara dah berpisah susuibu (cerai susu). Hmmm...alhamdulillah, doa ummi dimakbulkan Allah utk beri susu ibu pada Zara cukup hingga 2 tahun. Yela, lagipun Zara nak ade adik dah ni, bila dia minta nak nyusu, hadoi la sakit nye rasa, pernah ummi nangis sbb sakit, dan mungkin juge sbb susu pun makin kurang, Zara pulak geram agaknye sedut2 tak keluar, jadi dia gigit le...huwaaaa memang le ummi nangis....huk huk.

Jadi bermula la era susu formula dan perkembangan seterusnya buat Zara.
Kami celebrate besday Zara ke 2 tahun di Putrajaya, ayah dan ummi beli kek tulis atas tu Happy Birthday Zara 2 yrs! ada gambar upin ipin lagi. Zara excited potong kek guna pisau plastik tu, hehe, happy sgt kami rasa. Ye lah, masa umur 1 thn dulu tak celebrate tak ape, ape ke sebab nye dah lupa. Sorry ye sayang.

Ops, Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan pertama ummi berpuasa dalam keadaan pregnant, insyaAllah 5 bulan dah. Beza nya ialah, ummi kena bangun sahur dan wajib makan makanan berat yg lengkap menu nya, ada sayur, ada lauk dan kuah2 la, susu, air milo, air masak, pil vitamin (Obimin dan folic acid) dan kurma. Memang ummi kena masak le sahur, bukan masak nasi aje ye, kalo agak lauk yg ade tu satu menu je, sayur tak de, kene le tumis sahur, buat telur dar-dar, buat sambal tumis ikan bilis ke (ayah kata kalau Cik Idah ade mesti dia makan byk sbb ade sambal tumis ikan bilis, mungkin yg ummi masak tu sedap kot hik hik hik)...ala...simple2 je...jadi le. Tapi seronok.

Dan Ramadhan kali ini juga ummi rasa 'syahdu dalam kebahagiaan' (lain sikit ye dari tajuk lagu Syahir AF), sebab nye, kali ni ummi dapat berterawikh berjemaah di masjid dekat rumah, pergi bersama ayah, Zara ummi hantar kat umah ibu sat, lepas habis terawikh, ayah akan tunggu ummi kat pintu keluar, kadang2 ummi yang tunggu ayah, best sgt rasa cam coupling2 je hehe, lepas tu amik Zara. Kalau tahun lepas, tak dapat nak pi sbb Zara masih fully breastfeed, dan masih bekerja di tempat lama, kadang2 balik lewat sampai berbuka pun dalam bas company, smpi umah dah kul 8 lebih, jadi...sedih sebab tak dapat berterawikh di masjid.

Occay, bab berkembangan Zara. Dia dah banyak cakap sekarang, senang juga bila dia dah pandai cakap ni, mudah utk dia sampai kan mesej pada kami berdua.

"Zara nak ikut ummi pi masjid tak?"
"Nak!"

Tapi bila di masjid, ummi langsung tak dapat solat, even satu rukun pun tak dapat buat, sbb Zara meraung nangis, satu masjid dengar hahaha. Konon pakai tudung sbb nak solat sebelah ummi, tapi dengan ummi2 tak solat haha.

"Zara nak ikut ummi pegi masjid ke nak pegi umah ibu?"
"Nak!...Ibu"

Ok sonang, maknonyo Zara nak poei umah ibu dia. hahah

"Kakak, meh makan sit here!"
"anti anti jap ye" (nanti..nanti kejap ye)

"Kakak! snow ni nak gigit ummi tengok tu!"
"Eno...no no...abab anti ye tu!!!" (Snow! no no, babab nanti dia tu)

"kakak, nak biskut"
"Angan angan....nak tue!" (jangan tu maksud dia jangan bagi dia biskut tu, sbb dia nak yg lain)

Di malam hari time org nak tido, tp ummi bizi buat itu ini, Zara pun panggil
"Ummi...meh meh abum meh" (haha, pandai ye! dia yg suh ummi abum)

Disebabkan feveret kartun dia ialah Upin Ipin and The Gang, tak kire di mana, dia dalam kereta nak tengok upin ipin, kat umah nak upin ipin, bukak laptop nak upin ipin, time nak tido nak upin ipin kat henpon....ada banyak words yang dia belajar juga dari situ. Paling bagus ialah Zara dan start pandai mengira 1,2,3,---10, kadang2 tu skip2 juge nombor dia tu, tp seronok dengar dia mengira. ABC pun dia dah semakin hafal, sbb hari hari pasang video ABC tu. Kalau flash card pulak dia memang suka terabur kan, banyak kali juga bila dah terabur tu dia test ummi

"Ummi, ape tue?" (sambil bibir menjuih panjang ke arah gambar yg dia maksudkan),
Ummi pulak agak-agak aje gambar dia maksudkan, ada gambar buaya dan bear, jadi ummi kata la
"itu buaya!"
Zara pulak cakap "ukan, tu Bear!"

Hish, ummi pulak yg dikenakan! rumah mmg letih la nak kemas sebab dia mmg suka pepak kan. Ummi angkut yg ni masuk bakul, dia pulak gi kumbahkan raga satu lagi kat dalam bilik, bila kat bilik ummi masuk kan balik, rupenya dia dah ngangkut bawak ke ruang tamu mainan yg lain. Huff, mana2 la Zara. Kalau kita amik yg dia tengah main dia marah nye kite, adoi!

Zara makin ceria bila Snow ada. Snow ni Persian Cat, cepat beso dan panjang badan dia, walaupun umur baru 3 bulan, tapi beso juge le badan dia, Zara pulak tak takut langsung dengan Snow ni, di tarik nye ekor, di peluk nye, di cium nye, di baring nye atas Snow tu, macam2 la, dan paling seronok bila Zara main kejar2 dengan Snow, konon2 nye Snow tengah kejar dia la, Zara akan lari lari sambil gelak kuat dan cakap "eeee tak apat tak apat...eno tak apat!".

Suka baca buku tu memang dah lama Zara suka baca buku. Alhamdulillah sampai sekarang ni dia masih suka baca buku (ala, baca bahasa dia la!).

Bedak! ya Zara sangat suka main bedak, habis putih melepak pipi dengan baju baju sekali. Tak cukup pipi sendiri, pipi ummi dengan ayah di bedakkannya. Lepas tu dia sendiri akan puji "antik antik!"

Kalau makan pulak, kita bagi dia apa yg dia suka terus dia cakap "acih! dap dap" (terima kasih, sedap sedap!).

Aritu kami pergi kedai buku, saje beli kan buku mewarna dan stationery utk Zara, tiba di kaunter, cashier tu pun dah kire semua terus bagi plastik barang tu pada Zara, Zara pun cakap kat orang tu "ACIHH"...tapi orang tu buat dek je, senyum tak, ape pun tak...sekali Zara cakap kuat kuat "AME laa, AMEEEE" sambil buat muka tak puas hati dan geram geram, jadi terpakse le ayah nye cakap kat orang cashier tu, suh sebut sama-sama, bila orang tu sebut sama-sama baru la Zara senyum, idok le ketat muka nye. hehe

Owh feveret ayat dia opah Bota dah banyak kali kene,
"pi arr...pi arr" (tepi laa...tepi laaa) sambil tangan membuat isyarat ke tepi kat org yg menghalang laluan dia.

Banyak lagi perkembangan dia, setakat kasut tu dia memang dah pandai pakai sendiri, dah boleh di harap kalau ummi minta tolong,

Kalau mewarna, menulis dan menconteng tu sangat dia feveret. Sampai habis Tuci (rabbit bear dia) yang kaler putih badan merah tu di contengnye, bila ayah marah, terus nangis sambil amik tisu basah lap2 balik kat muka Tuci tu....hmm...

OOOOOOO, ni paling best...paling best! Zara sekarang ni dalam garang2 dia, sentimental juga dia, aritu tengok Upin Ipin pun dia menangis meraung, ummi dengan ayah punya la tekejut! ingat kenapa la dia meraung, rupenye dia sedih kesian kan Apin (nama kucing upin ipin) yang kene tinggal kat umah sebab Upin dan Ipin g sekolah..boley?! haha. Baru ni pasang citer Madagascar, pun meraung juga sebab dia kesian kan Alakay yang kene culik dek pemburu sambil di kejar oleh ayah lion tu, paling dia meraung bila ayah Alakay kene tembak dan jatuh! Zara punya la berjujuran air mata "iyan iyer huk huk huwaaaaaa, ayah iyer ati!! huwaaa"
(kesian dia, ayah dia mati) hahahah...adoi, ummi pun naik sebak tengok dia nangis cam tu.
Pasang pulak citer omputih Hachiko, tu lagi la, baru 10 minit play the movie, dia dah teresak-esak nangis kesian kan Hachiko yang ditinggalkan di stesen keretapi dalam cage dan dia pulak jatuh tergolek sampai cage dia ranap, dan Hachiko kuar dari cage tu...pergh...itu memang Zara meraung...hai banyak lagi la sentimental value Zara ni, tak cukup dakwat nak tulis! hehe.

Ummi dan ayah bersyukur, Zara cerdik orangnya, bijak, walaupun dia kecik aje, tapi dia kecik kecik cili padi, walaupun kecik tapi dia berani! garang pulak tu! ummi dan ayah doakan Zara menjadi anak yang solehah, cerdik pandai, terang hati serta dimudahkan urusan hidup di dunia hingga akhirat..amin.

Enjoy