Salam Tahun Baru 2015!

07 January 2015

Salam Tahun Baru 2015!

MasyaAllah!
Bersawang-sawang dah blog ummi ni!
Tengok tu! last cerita aritu pasal Zahra Hafiya dan masuk usia 3 tahun...sekarang...dan hari ini...
Zahra Hafiya ummi tu dah 6 years young! 3rd year di Little Caliphs Sg Besi, Principle nye Teacher Alwiyah Masbah, ex-senior SMKASAS dulu....Hafiya jadi anak didik Teacher Emy & Teacher Ira masa 4 years, Teacher Malisa masa dia 5 years, and this year dengan Teacher Balqis....serta dibimbing oleh ramai Teacher2 yang soleha. Ni gambar Zahra Hafiya sepanjang di LC.









April 2014 - Kelahiran Cahaya Mata ke 3 Ahmad Hareez Zahwan

Kalau dulu masa anak sulung, setiap masa la nak menghapdet blog. Sehari tak dpt update blog mula la rasa resah gundah gulana...bila dpt anak kedua....masih berblog...tp...mula la slow sikit...mai anak ketiga tengok....teruih tak login login blogger.com ni astaghfirullah! betapa life becomes so busy now hehe...

Ok, mari kita ikuti sorotan kisah ketibaan Ahmad Hareez Zahwan ini. Di lahirkan di Hospital Pakar An-Nur Bangi, kelahiran normal tanpa apa-apa suntikan epidural mahupun induce. Saja ummi nak rasa untuk kali kedua sakit bersalin yang natural (sama cam Qhaira dulu). Disambut oleh Doktor Khamsiah yang disayangi, akhirnya hajat untuk merasa doktor Kham sambut anak ummi termakbul. Dulu masa Qhaira dokto Fatimah yang sambut, kali ni nak merasa doktor Kham pula. Alhamdulillah, kedua-dua doktor ini sangat bagus dan lemah lembut dalam membantu menyambut kelahiran anak-anak ummi. Terima Kasih Doktor! Alhamdulillah.
Ni gambar semasa menanti dimasukkan ke labour room sehingga lah Hareez lahir dan sehingga lah stay di wad sebelum discharge.






Bersama doktor Khamsiah yang tersenyum mesra.

Hareez Day1 kat Wad

Yang bawah ni, gambar Hareez kene jaundice aka demam kuning. Ada la dlm 4-5 hari jugak Hareez duduk wad NICU ni. Ummi pun berpantang le juga kat wad nicu ni. Hareez punya jaundice memang la tinggi. Sampai tahap Hareez kene puasa semalaman, masuk air ikut drip...hai...jadi ummi ni kene hati kuat!


Gambar yang bawah ni pulak, gambar kepulangan Hareez yang disambut rindu oleh Kak Ngah aka Qhaira Irdina. Dia sayang betul dengan Hareez ni. Ni adik Kak Ngah katanye.
 
Gambar ni yang paling ummi suka. Hehehe...suka tengok Zara yang rambut tak bersikat tu (baru lepas mandi tu) Kak Ngah yang kuat merajuk...dan Hareez yang sengih senyum nengok kakak-kakak nye.

Ok lah...semoga ketemu lagi ...moga ada lah masa dan kesempatan ditambah dengan kelapangan keadaan untuk ummi mengepos cerita di blog kesayangan ni.

Daaaa........




Zahra dah 3 Tahun hari ni!

16 July 2012

Alhamdulillah,

Syukur ummi panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana pada hari ini, puteri sulung ummi Nur Zahra' Hafiya
yang dulu di timang timang, di dukung dukung, di kelek kelek, kini sudah berusia 3 Tahun!.


SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI ZAHRA HAFIYA,
SELAMAT HARI JADI!

Semoga kakak akan terus CERIA, terus HAPPY, terus SENANG HATI menyanyi, melompat, main,
menulis, mewarna, menconteng, dan apa saja yang kakak gemari!

Ummi doakan kakak panjang umur, murah rezki, sentiasa di sayangi, sentiasa bijak, sentiasa pandai, cepat belajar, rajin baca buku, rajin mengira, rajin tolong ummi dan ayah, daaaaann, sentiasa jadi best friend adik!

UMMI SAAAAAAYANG KAKAK!, U R MY SUN SHINE!
LOVE YOU ZARA!


Baju Kurung Ready Made (MURAH!!)

02 July 2012

KB menjual baju kurung siap untuk di pakai. Harga RM68 sahaja sepasang (tidak termasuk delivery). Kain Cotton Viscose & Korea hanya RM 38 sehelai (4 meter). Jika berminat, sila private mesej KB ya! atau email ke: zulhasmi@gmail.com 

 Available size : S
 Available size : XL
 Available size : M
 Available size : M
 Available size : M
 Available size : S
 Available size : S
Available Size: S
Kain Cotton Viscose: RM 38 sehelai





Pink 1: Sold to Kak Yan NC
Pink 2: Sold to Kak Yan NC
Orange 3: Sold to Kak Suriani NC
Black 5: Sold to Kak Yan NC
Black 6: Sold to Fiza NC

Kain Cotton Korea : RM38 sehelai

Soft Pinky Flower 2: Sold to Noor Sharizza
Green Butterfly 3: Sold to Siti Norhidayah
Cream 4: Booked by Norazlina Ailin
Pink 5: Sold to Norazlina Ailin

Enjoy