Nur Zahra' Hafiya Binti Zulhilmi Permata Hati Pengarang Jantung Ayah dan Ummi

16 July 2009

Alhamdulillah, syukur kami panjat kan pada Allah SWT, Yang Maha Agung, Maha Kaya, Maha Pencipta segala yang di langit dan di bumi. Pada tarikh ini, kami kini bergelar ayah dan ummi kepada zuriat kami Nur Zahra' Hafiya. Terima kasih Ya Allah. Kurniaan mu untuk kami setelah 9 bulan menanti, kini telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah, sempurna sifatnya.

Air mata kegembiraan dan kesyukuran kami mengalir, tidak dapat ditahan lagi. Tiada lain yang ku lafazkan setelah doktor meletakkan Zahra yang masih diselaputi darah dan bertali pusat ke dadaku, melain kan Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! walaupun terasa sudah tiada tenaga lagi ketika itu, semua tenaga yang aku ada telah aku keluarkan untuk meneran sehabis habis dayaku. Wajah Zahra yang tembam, hidung nya iras aku, telinganya telinga abang, mata menatap wajah ku membuat ku rasa amat gembira tak terhingga. Kemudian nurse mengambil semula Zahra untuk dibersihkan sementara aku masih lagi ada yang belum setel seperti luka, darah dan sebagainya. Setelah dibersihkan, Zahra diletakkan di atas atas katil kecik di tepi ku, mata Zahra memandang sekeliling membuatkan dia nampak lebih comel lagi. Berat Zahra 2.92 dilahirkan pada 37 minggu 2 hari dan panjangnya 48cm.Tak sangka kulit Zahra putih!Alhamdulillah. Zahra ada lesung pipit macam kami berdua. Selesai diri ku, abang mendukung Zahra lalu di iqamahkan. Hati aku bertambah sayu.

Abang sentisa ada disebelah ku memberi semangat dan galakan yang sangat padu untuk ku sepanjang aku berada di labour room. Sakit contraction yang semakin lama semakin kerap, semakin sakit membuatkan abang rasa sebak (aku tahu tu,walaupun cuba dia sembunyikan), namun abang sentiasa cuba membuatku ceria, macam macam cerita yang abang storykan, termasuklah kenangan masa bercinta dulu. Tapi sakit tetap sakit, masa sakit datang, suara abang seakan sayup ku dengari. Tangan abang aku genggam sekuat kuat nya (mesti abang sakit), tak cukup dengan tangan abang, besi tepi katil aku tarik untuk tahan contraction.

Doktor dan nurse yang menyambut Zahra di HUKM amat efisyen sekali, kami berdua berpuas hati dengan cara kerja mereka semua. Terima kasih banyak banyak! Antara doktor yang sempat aku ingat ialah Dr Pravin, Dr Fatih, dan ramai lagi. Semua sangat bekerjasama dan bersemangat memberi galakan pada aku "Zurru, push Zurru push, again push, lagi lagi lagi....yes sikit lagi cammon, okeh curi nafas curi nafas, push push"....aku masuh ingat semua tu dengan jelas, walaupun sebenarnya saat akhir meneran, aku sudah terasa berada di alam lain, suara mereka semua memang sayup sayuppppp di hujung telinga...bila terdengar tangisan Zahra, baru aku terasa kembali ke keadaan sebenar. Alhamdulillah. Luka yang dijahit oleh doktor pun sudah tidak terasa. Kuasa Allah besar sungguh.

Mak dan Alif pun tiba di Hospital sebaik saja Zahra dilahirkan. Kesian Mak & Alif naik teksi dari Puduraya. Kerana masa itu kami berdua sedang berusaha di labour room.

Tercapai hajat mak nak 'membelah mulut' Zahra, Alif kini dah jadi Ucu!

4 Comments for this entry:

Kancilbiru said...

tahniah lagi sekali zue dan zol..be a good parents ok..

nizaa
http://kancilbiru.blogspot.com/

3cats said...

Alhamdulillah.. Comel betul zahra. Moga2 dia bertambah sihat dan x byk ragam ye. Tahniah buat zu n hilmi.

Chik chuMeLL said...

alolooooo...comeynya anak menakan ku ini...hehehe...tahniah yong n yob..alhamdulillah,semuanya dah selamat...xsbr nk jupe baby zahra..nk cium dia puas2...

Manja@yah said...

Miz, sabar ye!tungguuuu..
Hawa:thanks atas doa tu, amin.
Nizaa:lepaih ni hang plak ;-)

Enjoy