Checkup 36 minggu awal 3 hari

04 July 2009

Sepatutnya checkup utk 36 minggu ialah pada 7/7/09 (selasa), tp memandangkan cuti aku dah semakin sikit, jadi aku tukar appointment ke hari Sabtu 4/7/09. So that aku tak yah apply cuti dah.

Hari Jumaat aku drive ke ofis, sbb abg akan berlepas ke Langkawi ade kursus sampai Ahad. Ini bermakna aku akan pegi checkup sendirian.

Alhamdulillah abg selamat sampai kul 1.30 ptg dan menetap di Awana Porto Malai, dulu masa aku menang Juara Minda aku dpt hadiah penginapan 3hari 2 malam kat sana. Tetiba terindu plak kenangan dolu dolu.

Malam tu aku tak larat nak keluar makan, jadi aku masak simple Tomyam Sotong, tumis sayur dgn ayam goreng, aku makan berdua dgn akak (kakak hubby ku). Boleh tahan sodap jugak haha.

Sabtu pagi pagi aku bangun, bersiap breakfast semua, aku kuar umah ke Bangi kul 8.15am. Drive tak laju sbb maleh nak rushing, kang adrenalin aku bergiat aktif kan kot naik plak tekanan darah. Akibatnye, smpi ke bangi 8.45am, tu lom jumpa parking lagi tu. Kira aku daftar kul 9.00am.

Lama gak menunggu smpi kematu punggung ni, kul 11.30am baru nama aku dipanggil. Alhamdulillah, baby aktif, heart beat alhamdulillah. Cuma......berat badan aku turun 3kg!, doktor tekejut,
"cane berat awak leh turun smpi 3kilo ni?awak tak makan ke?"
"emm, saya sakit gigi dah seminggu doctor, tak lalu makan"
"habis tu awak tak makan la?"
"eh makan! sy makan bubur Mc D je, tu je senang nak telan tak yah kunyah"
"gigi mana yg sakit tu?"
"geraham belah kiri"
"tak g klinik gigi?"
"dah, tp dentist tu tak berani buat lebih, dia buat filling biasa je, sbb sy dh 3rd trimester"
"ye, tp dia tak bg apa apa ubat ke?"
"dia bg ubat tahan sakit je"
"ubat tahan sakit tu sebenarnya tak membantu sgt kalo sakit gigi nye kuat"

Well, scan baby Alhamdulillah, berat nye bertambah. So next checkup 17/7/09, Jumaat (aku yg request sbb nak elak amik cuti). Bil RM110.00, nurse tu kasi Anmum Infacare, susu tepung utk baby yg baru lahir smpi umur 6 bulan.

Kat kotak tu diajar cecara penyediaan susu botol utk baby. Baru aku tau kene rebus bagai...

0 Comments for this entry:

Enjoy