Hari ni ada appointment suntikan dos ke2 Zara utk usia 3 bulan (tapi zara dah 4 bulan).
And, last month 14/10/09 darah Zara diambil utk check G6PD enzyme level Zara samada dah naik atau still low macam dulu semasa Zara di NICU.
And result for the blood test perlu diambil pada 28/10/09, nak dijadikan cerita, ummi terlupa appoitment bertarikh 28/10/09 tu. Jadi HUKM called ummi suh dtg nak citer pasal result Zara on 30/10/09, tu yg ummi amik EL.
Result tu menunjukkan Zara nyer G6PD level is still low...but for futher explanation for any risk or ape ape yg sewaktu dgn nya kene jumpa pakar kanak2 which is on that day (30/10/09) tak de pakar yg available. So ummi amik je kertas result tu sebagai prove yg ummi berada di hospital.
Jadi memandangkan pakar takde, jadi nurse buat appointment date yg baru pada 18/11/09 utk review dan penerangan ttg darah Zara tu, dan juga suntikan utk baby 3 bulan.
Dan hari ini, ummi dan ayah tiba di HUKM kul 9.30am, dpt no 5120 bilik 17, Doctor T.C Khoi.
Zara sangat lah ramah di paed 2, siap tegur auntie2 dengan gelak kuat bila ayah agah...hehehe, budak lain semua tido dlm stroller, Zara pulak aktif bersembang. Tapi lama-lam layu juga mata Zara dan ummi nyusukan dia hingga lena dipangkuan ummi until giliran tiba.
Masuk bilik doktor, and doc bagitau result Zara low..which mean Zara ada kekurangan G6PD or G6PD Deficiency. Pesan doc jangan terlalu risau sbb ini bukan kronik atau bukan sesuatu yg teruk. Ini adalah sesuatu yg diwarisi daripada genetik. Dan disebabkan Zara ada jaundice yg di ditect pada hari pertama kelahiran, maka itu lah petanda seseorang itu mengalami G6PD deficiency. Kenapa Zara ade jaundice pada hari pertama kelahiran? sedangkan ramai yg di ditect pada hari ke2 atau ke3 seleas kelahiran? ini kerana...percampuran darah yg tak match antara darah ayah (B+) + dan darah Ummi (O+), yg mana, anak2 pasangan darah ABO (ayah A+emak O) atau (B+O) dan anak ikut darah ayah memang for sure akan dpt jaundice hari pertama lahir.
Jadi, utk yg ada G6PD ni, perlu elakkan drpd memakan kacang parang dan ubatan herba cina dan juga ubat2 yg mengandungi bahan yg boleh menyebabkan hemolisis (pecahnya sel darah merah). dan juga peruo elakkan drpd terhidu bau ubat gegat.
more info kat sini:-
a) G6PD
b) Masalah kekurangan G6PD
SPL 2: A Time for Consequences (2015)
9 years ago
0 Comments for this entry:
Post a Comment