Indah kan Islam itu. Itu lah wajib nya solat, sampaikan dalam sakit pun wajib menunaikan solat, apatah lagi bila sibuk menguruskan anak. Bila jumpa artikel ni, baru la aku tau boleh sembahyang sambil dukung baby. Yelah, baby yg semakin bertambah umur ni kadang2 nak berkepit aje dgn ibu nya. Bila nyusukan, lama pulak kebam nye. Bila kesian tgk baby tak puas kebam, kekadang tu tercicir solat, sbb sambil baby kebam..kita pun tertido sama...manusia kan...lemah nya.
Ni untuk panduan aku dan juga sesapa yg membaca kat sini.
"Menggendong bayi dalam solat adalah antara hal-hal yg dibolehkan dalam solat.
Daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah saw pernah melakukan solat dgn membawa Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw. Ketika sujud, baginda meletakkannya; dan ketika berdiri, baginda menggendongnya.*
* HR Bukhari (516), Muslim (543) dan selainnya
[Rujukan: Shahih Fiqh Sunnah Jilid 1 ms 546]"
"Daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya katanya:
"Pada suatu ketika Rasulullah keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar. Beliau membawa cucunya Hasan atau Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian bertakbir. Seterusnya baginda sujud, dan sujud itu sangat lama sekali hingga terangkat kepalaku. Rupa-rupanya aku lihat cucnya itu berada di atas belakang Rasulullah :saw, maka aku pun kembali sujud. Setelah selesai solat para jemaah di belakang bertanya: 'Ya Rasulullah tadi sangat lama sekali anda sujud, hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan.' Ujar baginda 'Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggu nya hingga dia berasa puas bermain'"
(HR Ahmad, Nasa'i dan Hakim)"
SPL 2: A Time for Consequences (2015)
9 years ago
0 Comments for this entry:
Post a Comment