Hari ni ada appointment suntikan dos ke2 Zara utk usia 3 bulan (tapi zara dah 4 bulan).
And, last month 14/10/09 darah Zara diambil utk check G6PD enzyme level Zara samada dah naik atau still low macam dulu semasa Zara di NICU.
And result for the blood test perlu diambil pada 28/10/09, nak dijadikan cerita, ummi terlupa appoitment bertarikh 28/10/09 tu. Jadi HUKM called ummi suh dtg nak citer pasal result Zara on 30/10/09, tu yg ummi amik EL.
Result tu menunjukkan Zara nyer G6PD level is still low...but for futher explanation for any risk or ape ape yg sewaktu dgn nya kene jumpa pakar kanak2 which is on that day (30/10/09) tak de pakar yg available. So ummi amik je kertas result tu sebagai prove yg ummi berada di hospital.
Jadi memandangkan pakar takde, jadi nurse buat appointment date yg baru pada 18/11/09 utk review dan penerangan ttg darah Zara tu, dan juga suntikan utk baby 3 bulan.
Dan hari ini, ummi dan ayah tiba di HUKM kul 9.30am, dpt no 5120 bilik 17, Doctor T.C Khoi.
Zara sangat lah ramah di paed 2, siap tegur auntie2 dengan gelak kuat bila ayah agah...hehehe, budak lain semua tido dlm stroller, Zara pulak aktif bersembang. Tapi lama-lam layu juga mata Zara dan ummi nyusukan dia hingga lena dipangkuan ummi until giliran tiba.
Masuk bilik doktor, and doc bagitau result Zara low..which mean Zara ada kekurangan G6PD or G6PD Deficiency. Pesan doc jangan terlalu risau sbb ini bukan kronik atau bukan sesuatu yg teruk. Ini adalah sesuatu yg diwarisi daripada genetik. Dan disebabkan Zara ada jaundice yg di ditect pada hari pertama kelahiran, maka itu lah petanda seseorang itu mengalami G6PD deficiency. Kenapa Zara ade jaundice pada hari pertama kelahiran? sedangkan ramai yg di ditect pada hari ke2 atau ke3 seleas kelahiran? ini kerana...percampuran darah yg tak match antara darah ayah (B+) + dan darah Ummi (O+), yg mana, anak2 pasangan darah ABO (ayah A+emak O) atau (B+O) dan anak ikut darah ayah memang for sure akan dpt jaundice hari pertama lahir.
Jadi, utk yg ada G6PD ni, perlu elakkan drpd memakan kacang parang dan ubatan herba cina dan juga ubat2 yg mengandungi bahan yg boleh menyebabkan hemolisis (pecahnya sel darah merah). dan juga peruo elakkan drpd terhidu bau ubat gegat.
more info kat sini:-
a) G6PD
b) Masalah kekurangan G6PD
Zara and G6PD Deficiency
18 November 2009
Ceritera kuehbangkit at 9:05 PM 0 Comments for this entry
Today Zara dah 4 bulan
16 November 2009
Hari ni genap Zara 4 bulan. Semalam agak nye nak berubah bulan...tido pun nak berdukung. Nak manja dengan ummi la ye, esok dah keje ye? yelah yelah.
Antara perkembangan Zara dari usia 1,2,3 ke 4 bulan ni ialah...
Dia makin kuat isap jari...ibu jari kanan...kekadang cam tak puas ibu jari, sekepal tangan di isap nye. Tak cukup tangan sendiri..tangan ummi pun diisapnye.
Kuat sembang. Dengan kipas siling pun dia sembang.
Suka perhati kan tangan sendiri...comei ke tangan tu sayang?
Kuat gelak...terkekeh kekeh dia gelak..ish ish ish
Kuat berdiri sampai tak mo duduk dah...lotih ummi
Dah start nak mengiring
Dah pandai ketap bibir bawah (cam org geram tu)
Kuantiti susu ummi yg diminum pun bertambah 2 1/2 oz x 6 botol sehari
Dah pandai tak suka kat buaian...belum letak lagi dah menggelupur
Kuat kentut tu masih ye, dari usia 1bulan sampai skrg
Dah pandai peluk bebe dia yg nama Jirapah.
Dia dah pandai tak mo tido kalau ummi tak de kat sebelah
Dia nak ummi nyusukan dia sambil ummi pun tido sama.
Suka tak nak tido kalau di tangan ayah, sebaliknya drpd ngantuk terus cergas dan gelak huha huha.
Alah ayah ni ngaco je ummi nak buat entry...ye lah yelah...hambik la balik lappot ni...ade masa free nanti ummi add lagi..
nitee!
Ceritera kuehbangkit at 11:33 PM 0 Comments for this entry
Zara pakai baju Ef Fa Ro Gy...frog...tomei nyerr!
08 November 2009
Ceritera kuehbangkit at 4:19 PM 1 Comments for this entry
Dukung bayi dalam solat
07 November 2009
Indah kan Islam itu. Itu lah wajib nya solat, sampaikan dalam sakit pun wajib menunaikan solat, apatah lagi bila sibuk menguruskan anak. Bila jumpa artikel ni, baru la aku tau boleh sembahyang sambil dukung baby. Yelah, baby yg semakin bertambah umur ni kadang2 nak berkepit aje dgn ibu nya. Bila nyusukan, lama pulak kebam nye. Bila kesian tgk baby tak puas kebam, kekadang tu tercicir solat, sbb sambil baby kebam..kita pun tertido sama...manusia kan...lemah nya.
Ni untuk panduan aku dan juga sesapa yg membaca kat sini.
"Menggendong bayi dalam solat adalah antara hal-hal yg dibolehkan dalam solat.
Daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah saw pernah melakukan solat dgn membawa Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw. Ketika sujud, baginda meletakkannya; dan ketika berdiri, baginda menggendongnya.*
* HR Bukhari (516), Muslim (543) dan selainnya
[Rujukan: Shahih Fiqh Sunnah Jilid 1 ms 546]"
"Daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya katanya:
"Pada suatu ketika Rasulullah keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar. Beliau membawa cucunya Hasan atau Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian bertakbir. Seterusnya baginda sujud, dan sujud itu sangat lama sekali hingga terangkat kepalaku. Rupa-rupanya aku lihat cucnya itu berada di atas belakang Rasulullah :saw, maka aku pun kembali sujud. Setelah selesai solat para jemaah di belakang bertanya: 'Ya Rasulullah tadi sangat lama sekali anda sujud, hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan.' Ujar baginda 'Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggu nya hingga dia berasa puas bermain'"
(HR Ahmad, Nasa'i dan Hakim)"
Ceritera kuehbangkit at 6:15 AM 0 Comments for this entry
Minum Anmum Lacta untuk pekatkan susu badan
05 November 2009
Alhamdulillah, setakat ni masih berjaya dan champion dalam membreasfeed kan Zara sepenuhnya dengan susuibu.
Tapi susu ummi nampak cam cair sikit. Jadi ummi try minum Anmum pulak, dan hasilnya susu ummi makin pekat warna nya.
Kakak baby sitter tu kata, kalau susu ibu tu cair, anak lambat puas or lambat kenyang. Jadi ummi pun risau la jugak. Bukan ummi tak minum susu langsung...minum...tapi maybe susu tu tak sesuai utk ibu breastfeding ni.
Dan setelah ummi minum Anmum ni, dan bila hasil nya lebih pekat, Zara pun makin banyak minum, kalau sebelum ni Zara minum 2oz x 6 botol sehari di rumah baby sitter, now kakak tu kata Zara cam tak puas minum kalau 2oz, jadi ummi up kan jadi 2 1/2oz x 6botol...
total nya 18oz sehari di rumah baby sitter...
Now up lagi dari 2 1/2oz ke 3oz...mungkin susu ummi makin sedap dengan meminum Anmum Lacta...
Tak pe sayang...ummi akan tetap setia memerah setiap kali ada peluang dan ruang...tetatp berusaha!
Minum 200ml dgn 4skop susu tepung Anmum Lacta
Ceritera kuehbangkit at 4:09 AM 0 Comments for this entry
Ayah Masak
04 November 2009
Ummi blk keje, sampai je rumah kelihatan ayah tengah pangku Zara, eh eh anak ummi pun dah balik..tq ayah! Belum pun ummi duduk, ayah suh ummi hidang makan...ayah dah masak katanya.
Ha? Ayah masak? Biar betul? ummi pun berlari ke dapur, nampak periuk ada ayam masak lemak, and kuali ada sayur tumis. Wah, sungguh tak sangka ayah ada bakat memasak. Ni la first time ayah masak sepanjang ummi kenal ayah (kecuali mee maggi) 6 tahun ni.
Overall, ayah ada bakat memasak, walaupun cili api nyer berbelas biji, hangat pijo moncong teman ni he, namun totap sodap. Sayur ayah tu ummi tak sure samada dia terlalu sedap atau ayah masak sayur tu terlalu sikit, sbb ummi tak puas mkn sayur tu!
Ummi respect ayah, pagi2 hantar Zara, ptg prepare makan malam dan amik Zara...walaupun sibuk dengan ‘ladang, cafe dan ternakan ikan’ nye di alam maya, namun keluarga tetap dijaga.
Malam kang ummi urut ye!
Ceritera kuehbangkit at 8:25 PM 3 Comments for this entry
Nak jimat sangat, sudah nye rugi juga
Kisah ni pasal sticker.
Hehehe...mgmt kata each staff yg drive kete akan dpt 1 car sticker, walaupun staff tu dah register more than 1 car. Maknenye, kalau rasa nye nak pakai kereta lagi satu, kene le cabut sticker kat kete tu and tampal kat kereta lagi satu. Jimat la katakan...
Jadi sebelum distribute sticker tu, mgmt kene le menserial number kan sticker tu. Nak jimat kos punya pasal, mgmt buat keputusan utk tulis sendiri pakai pen instead of g cetak siap kat kilang sticker. Nak beli pen pun cam susah sgt, sampai bos turun padang g beli pen tu. Sekali tak boleh pakai pen baru tu. Entah kenapa pun aku tak sure. Udah rugi duit beli pen tu. And, mgmt decided guna balik pen permanent yg dah sedia ada di office. Jadi clerk pun diarahkan tulis guna permanent pen kat sticker tu.
Esok hari nye, semua beratus sticker tu rosak...sbb dakwat pen tu jadi kembang dan tulisan jadi cam herot berot...tak boleh distribute
Ate?
Kene buang la semua sticker yg kos nye beribu tu...
Jimat cermat amalan mulia
Ceritera kuehbangkit at 2:37 PM 0 Comments for this entry
My officemate
hehehe...aku tak kan lupa kakak ni sampai bila-bila. Sebab dia nyer speciality is...naming a person with a new special name...ligat betul otak dia..laju je bagi nama..hehehe
Contoh nye...
1) Wati - nama baru = Wattiniwazzaituun waturisiniin
atau = waaa tiii pu sama lu
2) Nik - nama baru = BioNik
= Nikki
3) Zahariah - nama baru = Zahariuh
4) Ganesen - nama baru = Ganassen
5) Zue - nama baru = Zu Ghairah...(boley?)
6) Mamud - nama baru = Mamamia
7) Mahmudah - nama paggil = Mudah
Heehehe...bila ada officemate cam ni, terasa seronok di tempat keje...gelak dan senyum selalu! keje tak leh stress stress ye dak...kene ade keceriaan sikit! baru hidup sedap!
Ceritera kuehbangkit at 2:17 PM 0 Comments for this entry
Mesti Senyum ;-)
Ni la Zara, tiap kali lepas menetek, dah kenyang, dia mesti tersenyum walaupun mata tertutup rapat tido. Ummi take it as a 'thank you' from you my girl. Aku perhatikan sejak dalam berpantang lagi. Dia mesti tersenyum walaupun tengah tido di pangkuan setiap kali dia kenyang menetek.
Baru baru ni, ada akak ofis bagitahu perbezaan 2 org anak dia yg tak nyusu badan dgn anak dia yg baru lahir ni yang dia fully breastfeed kan ialah, baby dia mudah tersenyum, ceria dan manis je wajah nye, cute gitu!
Hmmm...patutla Zara pun ceria jer selalu, gelak kuat, murah senyuman, itulah salah satu daripada keistimewaan dan khasiat susu ibu.
Kembali tidur..ok tata cayang...ummi na pegi keje ni...kang ayah hantar pi umah ibu yer!bai love you!
Ceritera kuehbangkit at 7:35 AM 0 Comments for this entry