Coretan Suami Kuehbangkit

04 March 2009

Salam,

Alhamdullilah.......... sejuk hati seorang suami apabila melihat isteri mengandungkan zuriat kami, semoga sihat hendaknya, walaupun isteriku "kueh bangkit" selalu tidak sihat kebelakangan ini dapat juga aku menjalankan tanggungjawab sebagai suami menemaninya walaupun kerja di office dan di site yang bertimbun, syukur tiada pekara buruk yang berlaku.

Cuma aku risau sejak kebelakangan ini isteriku bagaikan tertekan dengan kerja di office yang bertimbun, dia sering mengadu padaku kerjanya banyak, pada mulanya aku rasa mungkin disebabkan keadaannya yang mengadung menyebabkan isteriku tidak selesa melaksanakan tugas- tugas seperti biasa, aku selalu memberi semangat padanya tetapi andaianku silap sebenarnya.

Rupanya isteriku telah ditambahkan dengan bebanan kerja menggantikan staff yang telah berhenti atau bertukar, aku tidak tahu, aku hairan sekali.... sebuah "bank" (rahsia bank mana) yang punya besar tak ada orang nak ganti ke, hati aku dah panas.... suami mana tak panas dengar citer macam nie, aku kalau staff berenti cepat cari replacement, yang lagi panas tue ganti kerja kerja kerani, yang wife aku tue executive then kena kerja ikut kata executive lain, suruh photostat pergi la photostat, suruh print pergilah print, suruh scan pergilah scan, aku lagi panas, yang kerja dia saper nak buat.

Aku bukan aper, suami mana yang tahan tengok isteri balik letih, tension dan murung jer, adapun senyuman yang hanya luaran, aku tahu hati dia lembut dan sabar tapi dia tak tahan dengan semua tue, aku rasa siapa yang ada isteri sure faham apa yang aku rasa, aku ada minta supaya isteri aku berhenti jika dia tak tahan, insyallah sebagai suami aku mampu menampung keluarga tapi kueh bangkit diam sahaja, aku tahu kerisauan yang ada dalam hati dia, baru nak mulakan hidup banyak rintangannya, aku bagitahu isteri kesayanganku bersabar sayang. Pada masa yang sama aku cakap dalam hati aku. Sebab hatiku yang lebih tidak sabar. Mahu sahaja aku jumpa Wahid Omar. Aku pernah jumpa dia dulu, itu masa projek di Telikom.

Itupun kalau dia ingat aku lagi ke tak, huhuu........ tapi Sale Manager office aku kawan baik dengan Wahid Omar start dari US lagi, so diaorang memang kawan baik dan selalu jumpa, kalau nak minta tolong boleh la tapi tak elok kroni-kroni nie, unsur-unsur rasuah la kiranya. So, malas la nak cerita pasal tue, yang paling utama isteri aku. Aku mohon tuhan permudahkan urusannya, kerjanya, dan selamatkan dirinya serta kandungannya. Bagi yang mengenali kueh bangkit ku mohon dengan tulus ikhlas jaga hatinya, moga allah membalas dengan setinggi tinggi pahala.

Emm........panjang dah aku tulis, tak penah aku menulis panjang macam ini, rasanya last sekali tulis panjang masa SPM, kueh bangkit pun dah tidur, esok insyallah 6.00 pagi dia dah bangun siap dan mandi, harap esok kami dapat subuh berjamaah berdua, mohon semoga allah mempermudahkan urusan duniawi kami. Yang baik datangnya dari allah, yang buruk datangnya dari kedaiffan saya sendiri, kalau ada yang tersilap kata harap dimaafkan, beginilah coretan seorang suami yang keresahan memikirkan isteri yang tercinta.

Harap kueh bangkit tak tahu suami dia post dalam blog dia, kalau dia tahu sure dia delate.
Jangan delate sayang, penat abg tulis luahan hati abang.....

Regard,

Zulhilmi Abdul Rahim
Manager Lotus Support & Services
INTERXS SDN BHD
zulmi@interxs.com.my

1 Comments for this entry:

Lin said...

salam...

sebagai seorg suami, memang patut risaukan keadaan dan memahami apa yg berlaku pada isterinya...saya memuji dgn sikap zul sbg suami yg prihatin ttg isterinya...
bykkan berdoa, baca al-quran,solat hajat, semoga Allah memudahkan segala urusan anda sekeluarga dan isteri and baby yg dikandung.Hanya padanya tempat kita mengadu dan meminta pertolongan...amin..

Enjoy