A Birthday Parcel for Alif

21 March 2009

Today is Alif's 12 years old birthday. Dah besar dah adik akak ni, tak puas rasa nye tengok Alif main kereta roda kecik warna merah tayar warna kuning, dulu bukan main rayap lagi dia lap kat rumah, maklom la dia kecik lagi masa tu, jadi seronok kitaorg tgk dia happy. Tak puas merasa mandikan dia, supakan dia makan biskut, tak puas dukung dia...tup tup dah darjah 6, nak UPSR dah tahun ni, GOOD LUCK!.

Semalam sebelum berangkat ke negeri Cik Siti Wan Kembang, aku bungkus hadiah utk Alif cepat cepat, lepas tu rush pergi post office nak post parcel guna post laju, dgn harapan hadiah adik ku ini akan sampai pada hari lahir nya hari ni. Tapi dukacita di beritahu oleh pekerja pos tu, alamat kampung aku ni hanya akan terima parcel dlm masa 2-3 hari, jadi sila assume hadiah akan sampai pada hari isnin 23.3.09, huwaaaaa...tak pe lah! asalkan hadiah ni sampai dengan selamat kat Alif sudah.

Selamat Hari Lahir sayang, jaga diri baik baik, belajar rajin rajin, moga cerah masa hadapan, di permudahkan Allah segala urusan di dunia dan akhirat, jangan lupa solat, jangan lupa mengaji, jangan melawan ckp mak, moga Alif membesar dengan penuh kebahagiaan, kematangan dan murah rezki dan juga sentiasa di bantu oleh Allah setiap masa Amin...

Moga dapat result yang cemerlang dlm UPSR, terus boleh masuk sekolah best, dapat result best utk PMR pulak, lepas tu dapat banyak A dlm SPM!amin amin amin!

0 Comments for this entry:

Enjoy