Hari ni, timbul nya sedikit pertelagahan versi maya...iaitu...melalui sms.
Selama ini, ayah dan ummi mendiamkan diri, tidak bersuara, tidak naik angin, tidak terlalu memikirkan kejadian kecuaian baby sitter terhadap anak ummi...Zara.
Bermula dari kisah Zara jatuh katil di rumahnya hingga benjol dan lebam dahi anak ummi yang baru berusia kurang 6 bulan,
berikutnya kejadian muntahkan polisterin lapik aquarium dari mulut anak ummi, kejadian lebam bibir bawah akibat jatuh di rumahnya, kejadian pepet melecet sebab pakaikan lampin pakai buang yang anak ummi tak tahan, alasannya anak orang lain punya Huggies dah habis, jadi dia pinjam drypers Zara, bila mama budak tu ganti balik Huggies, dia pakaikan pulak pada Zara yang mmg dari new born tak tahan pakai. Ummi lantas berpesan jangan pakai lagi huggies kat zara, dan perlu lekas2 tukarkan pampers once zara yak.
Dan kejadian kantoi 2 kali meninggalkan zara di rumahnya tanpa pengawasan orang dewasa sedangkan dia keluar ke bank selama sejam dan sekali lagi pergi menghantar anak ke sekolah agama. Masa itu darah ummi berderau derau...setiap 5 minit ummi akan menelefon henfonnya yang ketika itu dijawab oleh anak lelakinya yang berusia 9 tahun. Sehinggalah beliau tiba di rumah...memang ummi risau sekiranya apa2 berlaku.
Dan, bila kejadian melecet ni berlaku lagi kelmarin. Kali ni kami tetap tidak sampai hati nak bersuara, sebaliknya, dia lekas2 beritahu yang pepet zara merah melecet sebab dia cuci zara dengan mandian Johnson...kununnye zara tak tahan pakai brand itu.
Ummi tidak setuju dengan kenyataan melecet kerana Johnson, sebab, ummi pernah gunakan jenama itu untuk cuci zara ketika di kampung. Pernah juga guna brand yang lain, Carry Junior dan Pureen...alahmdulillah...elok saje...
Ummi bertanya...Johnson siapa yang dia pakaikan kat zara? sbb ummi dah sedia berikan mandian zara sendiri...Pureen Yogurt...kenapa tak gunakan yang itu?
Katanya, sebab susah kalau tak pakai botol mandian yang ade puncher, senang nak tekan...
Ummi rasa alasan itu kurang ilmiah. Kerana di rumah bila tiap kali zara yak, ummi rasa boleh dah mudah saja gunakan botol yang tidak berpenekan(kena tolak atas), apatah lagi kalau botol berpenekan mmg la mudah juga...tapi...alasan tu tidak menyokong alasan kepada isu meleceh yang timbul ini...
Apakah kerana beliau menjaga 5 anak orang dan 3 anak sendiri yang masih di tadika, darjah 2 dan 3 seorang diri? Apakah sebenarnya beliau tak menang tangan menjaga 8 orang dalam satu satu masa yang menjadi punca sebenar? Mana nak mengejar memasak, menggosok baju anak sekolah, menghidang makan anak2, menyuapkan anak2 orang lain makan, memandikan, menidurkan anak2 yang masih kecil, serta dengan hemah diri (solat, toilet dan rehat). Dan apabila suaminya pulang, beliau wajib berkhidmat untuk suami pula, memasak, memberi minuman dan sebagainya...huh
Perkara melecet ini sebenarnya ayah yang maklumkan pada ummi kerana, petang kelmarin, ayah yang ambil zara dari rumahnya. Dan ketika itu lah, dia memberikan alasan itu kepada ayah, walaupun ayah tidak bertanya...Lalu dia meminta ayah membeli mandian yang botolnya berpenekan...
Setibanya ayah dan zara di kereta, maka kami membincangkan pernyataannya...terasa seperti...kami dianggap sebagai orang yang tidak bijak dalam menilai kejadian dan alasan penyebab kepada kejadian. Bukan masalah nak beli mandian yang baru...itu tak de hal langsung..boleh bila2 saje kami pergi beli, asalkan memudahkan dia...tetapi...pasal melecet itu!
Kalau anak ummi allergy johnson...mengapa allergynya(luka melecet) hanya di tepi bibir pepet anak ummi sahaja? walhal di kawasan organ terbesar manusia iaitu kulit...terdapat banyak kawasan yang berepidermis lembut dan sensitif yang lain...dan kami kenal luka lecet itu seperti
lampin yang lambat diganti tambahan pula kadang kala beliau meletakkan anak ummi ke dalam walker walaupun anak ummi dah gagah tegap berjalan...ya! sudah tentu lapik tempat duduk itu akan menyumbang kepada pergeselan pampers yang basah dan kulit yang lembab...lalu menyebabkan luka ketika anak ummi melangkah kaki di dalam walker untuk bergerak. Ummi tahu anak ummi boleh tahan aktifnya...tetapi...tidak lah sampai ke tahap hyper.
Jadi, perbincangan kami telah menghasilkan satu konklusi yang negative baunya. Iaitu...beliau sering melewatkan atau membiarkan anak ummi dengan pampers yang lembab. Ini dikuatkan lagi dengan kerap nya ummi menunggu lama di luar rumah nya kerana menunggu beliau membasuh yak zara...mengapa bila ummi dah sampai baru nak basuh ye dak? Ummi rasa, ibu2 lain di luar sana juga mesti berfikiran yang sama. Sehingga kan ayah memarahi ummi kerana lambat turun. Jadi ummi mestilah beritahu yang "sorry abang, tunggu ibu basuh yak zara"...dan ayah pun pernah menyoal ummi kembali "hai, baru nak basuh?"
Jadi, ayah yang selama ini cool saje bila berhadapan dengan orang2 yang lebih dewasa, telah pun menyuarakan rasa hati dan menasihati beliau serta berpesan agar tidak berulang lagi..segalanya melalui sms.
Tidak lama selepas itu...ummi yang ketika itu berada di office menerima sms dari beliau...dengan nada merajuk dan marah dan tidak mengakui kesilapan, telah pun memblame ummi kerana kununnya anak ummi ini susah nak di jaga...paling kuat nangis, paling banyak ragam nya, paling kuat berak dan mencabar ummi...menyuruh mencari baby sitter yang lain. Sambil mengatakan beliau orang susah dan mengapa ummi tak percayakan dia. Ummi yang tidak sedia maklum akan sms yang dihantar oleh ayah kepada beliau itu tadi, muskil.
Mengapa dia marah ummi dan memburukkan anak ummi yang tidak mengerti apa-apa? Tidak kah dia ingat yang setiap bulan kami pasti bayar lebih drpd yang sepatutnya kepada beliau? Dan kami pasti ibubapa anak2 lain yang beliau jaga tidak pernah berbuat demikian. Semata-mata untuk meringankan sedikit beban pendapatan keluarga beliau...dan sudah pasti agar beliau dapat menyayangi zara seperti anak beliau sendiri. Namun...bukan maaf yang beliau pinta...tetapi...lain pula..
Ummi selaku wanita yang penyabar...paling tidak suka memanjangkan perbalahan.
Lalu ummi call beliau...
Beliau cancel kan panggilan.
Call lagi...
Tetap cancelkan...
Sehingga lebih 5 kali...
Dan akhiranya, beliau sms ummi...
Jangan call dia...dia sedang menangis...
Setelah waktu rehat ummi hampir tamat....sekali lagi ummi call...
Kali ini, beliau menjawab panggilan...
Ummi beri salam...dan mohon maaf terlebih dahulu..(walaupun sepatutnya dia yang minta maaf kot..hehe, sbb bukan anak dia yang melecet...tapi anak ummi yang luka...hmmm)
Soalan pertama ummi..."kenapa ni kak? kenapa akak nangis? kenapa akak suruh saya cari babysitter lain? nape akak tak nak jaga zara dah?, maaf la kalau zara kuat berak...kuat nangis...menyusahkan akak..."
Beliau dengan nada sugul..menjawab "Eh tak zu...jangan! jangan cari orang lain...biar akak jaga! biar akak jaga zara! akak dah sayang dia!..maaf la kalau akak emosi tadi...mungkin salah akak juga...kadang2 tak perasan zara dah berak, lepas tu letak zara dlm walker...mungkin lapik duduk tu nipis dan kecik...tu yang luka tu!".
Kelegaan terasa...walaupun tidak banyak...
Maghrib tadi...ummi ambil zara...tetapi beliau tidak muncul dan menemani zara di pintu seperti selalu...hanya suaminya saja yang berdekatan dengan zara...katanya beliau memasak di dapur.
Hati ini masih belum lega...ummi tidak mahu bersengketa...namun...itu bukan tiket untuk cuai terhadap anak kami. Badan zara pula dedar aja...hidung zara pula merah seperti di cubit...ahh! jangan buruk sangka lagi...walaupun zara muram saja kali ini...tidak pernah dia muram apabila kami menjemputnya pulang....memang tak pernah...selalunya dia pasti tersenyum riang!
Kami masih muda...masih hijau...tetapi kami jelas dalam bab kebajikan anak kami.
Ketika ini, zara sudah pun tidur...setelah mengambil hatinya dengan bermain selipar, bermain air, main gelak-gelak, lalu menetekkan nya, sambil membacakan surah-surah lazim dan doa hingga tertidur...bunyi bacaan ummi juga agak syahdu...kerana ia dipengaruhi dengan rasa sedih di hati ummi...lalu...ummi cium berkali kali pipi gebu anak ummi ini...kasihan dia...bergenang lalu berlinangan air mata ummi...sedih...kerana ummi tidak bersama dia untuk setiap siang hari kecilnya...
Kasihan...kasihan si kecil ini
berjauhan dengan ayah dan ummi
di siang hari
menumpang kasih
dan budi
orang lain
tiap kali
matahari
masih terpancar sinarnya
pasti dia rindu
inginkan susu ibu
tetapi tiada
pasti dia rindu
senda gurau ayahnya
tetapi tiada
pasti dia rindu
layanan istimewa umminya
tetapi tiada
pasti dia rindu
tidur ditemani ayah ummi
tetapi tiada
pasti dia rindu
mendengar suara
ayah dan ummi
tetapi tiada
pasti dia rindu
disuapkan makan minumnya
oleh ayah dan ummi
tetapi tiada
pasti dia rindu
tiap saat dan masanya
berkeletah dan nakalnya
serta akal dan idea barunya
untuk ditatap ayah dan umminya
tetapi tiada
pastinya ayah dan ummi
berat untuk berjauhan
dengan permata hati
pengarang jantung kami
buah hati kami
busuk wangi kami ini
waris kami
yang masih kecil ini
yang mendambakan kami
tiap waktunya...
dalam meniti hari-hari
bukan kerana apa
demi mencari rezki
untuk kita
agar dikau
cukup segalanya
kini dan selamanya
zahra hafiya zulhimi
cinta hati ayah ummi
sayang dan kasih kami
tidak berbelah bahagi
jangan lah sedih wahai puteri
kita berjauhan hanya di siang hari
nanti malam
zahra kan bersama kami
dalam dakapan ayah ummi
dengan harapan
zahra happy
dengan senyuman
berlesung pipit di pipi
sama seperti
ayah dan ummi
jangan sayang sedih sedih lagi
ayah ummi tetap selamanya di sisi
ratu hati kecil kami ini
insan solehah, baik budi dan terang hati
kurniaan Ilahi
doa ayah ummi
Ya Allah Ya Rabbi
Lindungi anak kami
dari segala kejahatan
dan kecelakaan
kami takut
kami harap kepadaMu
sesungguhNya Engkaulah
Yang Maha Agung
Pelindung Yang Agung
Amin...
Syukur ummi masih dikurniakan susu, yang masih menjadi pilihan nombor satu anak ummi ni,
Syukur ummi masih bersemangat menyediakan bekalan bubur nasi, sup ayam/daging/sayur, roti dan biskut setiap hari...
Agar...
Kita sentiasa terasa dekat sentiasa...
Saaaaaayang Zara!
SPL 2: A Time for Consequences (2015)
9 years ago
3 Comments for this entry:
tersirap darah baca....
amboiii... igt zara tu tmpat lps geram ke apa? punching bag? naka patung? ishh.. ishh..
kalau hawa la kan, dh cari babusitter lain. ye la, bukan senang tp mcmana nk keje dgn senang hati kalau dah tahu hal2 mcm tu jd..
sian zara... aunty doakan zara jd anak yg tough ye...
itu la dia nya hawa!
we all pun dah pesan dan ingatkan kakak tu. If still ade bau bau tak best...we all tukar cari nursery pulak!
Ya Allah kesian zara di perlakukan begitu eni... yong berair air mata baca.. + geram.. walaupun yong takde anak tapi yong dah lama jaga budak2 dari yong tadika lagi mak dah mengasuh budak.. jadi yong dah tahu betapa anak2 yang mak jaga tu ibarat darah daging sendiri ini adalah kerana bila ibu bapa dorang hantar je ke rumah mak adekalanya sampai ke malam baru diambil ape nak buat dah ibu bapanya terikan dengan tuntutan keje.. kami sgt2 faham.. sampai adekalanya mera pun tidak mahu pulang kerana sygkan mak. bukan ape bayangkan kalau dah hari2 seharian di rumah kami maka anak2 itu tidak kekok langsung dan mereka merasa kami seperti keluarga mereka sendiri. Mungkin pengasuh zara tidak mengetahui ape itu kasih syg.. sebagai seorg ibu kepada anak. Yong rasa better eni cari pengasuh lain je. Bcoz benda mcm nie pernah terjadi pada kawan yong mula2 dia sabar sahaja lama kelamaan peluang yang di bagi tidak dihargai pengasuh kerana meninggalkan anak kawan yong bersama anaknya berumur 9thn untuk dijaga dan pengasuhnya berjalan2 keluar entah kemana... bila panggilan yang diterima anak kawan yong telah jatuh dah biru sgt2 sehingga terpaksa dibawa refer ke pakar dan terdapat retaknyer tempurung kepala anak kawan yong tue.. pikir2kan la yang terbaik buat zara eni..
Post a Comment