Tazkirah Jumaat - Ayat 1000 Dinar

09 July 2010

Assalamualaikum wbt.

Di pagi Jumaat penghulu sekalian hari ini, Ummi ingin mengajak anak-anak semua bersama-sama Ummi mengupas tajuk tazkirah kita yang memberi makna yang besar dan maksud yang mendalam serta mempunyai kelebihan yang baik sekiranya diamalkan.

Baiklah anak-anak yang Ummi sayangi,

Tahukah anda Ayat 1000 Dinar?

Ayat ini dari Surah At-Talaq ayat 2-3 yang berbunyi:-

Maksudnya:- Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Menurut kisah yang Ummi dengari dari Ustaz dan Ustazah Ummi dulu, ayat ini turun setelah ada salah seorang sahabat nabi mengadu dan memohon pertolongan mencari jalan macam mana nak melepaskan anak dia yang telah ditawan oleh pihak musuh. Dan nabi kita berdoa memohon pertolongan dari Allah. Dan tidak lama selepas itu, anak sahabat nabi itu dilepaskan dari tawanan pihak musuh, bukan sahaja itu, anak itu ditemukan dengan seekor kambing lalu di bawa pulang. Lalu turunlah ayat ini. Wallahua’lam (sekiranya tidak tepat, sila tegur Ummi ye!).

Ayat ini memang Ummi dah hafal dan sering membacanya dikala Ummi rasa gentar, tidak yakin, was-was dan rasa sempit. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Pernah suatu ketika, Ummi mewakili universiti Ummi dalam satu rancangan quiz di televisyen bertajuk JUARA MINDA yang ketika itu dihostkan oleh Rosyam Nor dan Betty Banafe. Ummi agak ketaq lutut dalam keayuan. Rancangan ini ada banyak segmen, ada politik, ada sejarah, geografi, hiburan, sukan dan sains. Ummi ni tidak lah berIQ tinggi sangat, ala kadar aje, soalan pulak memang kita tak tahu dari mana sumber nya. Jadi untuk mengelakkan rasa gabura dan cuak serta nerbes, Ummi tak henti henti membaca ayat ini. Dan tiba giliran Ummi, dan 2 lagi peserta U lain naik ke pentas quiz itu, Ummi tetap rasa seram sejuk...namun begitu, Ummi berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan menekan buzzer dengan pantas, dan jawapan Ummi yang main belasah sahaja itu mengena! Dan Alhamdulillah, untuk episod itu, Ummi berjaya menjuarai nya, Ummi telah mengalahkan seorang jejaka hensom (jgn marah!) dari UKM (dengarnya pelajar jurusan undang-undang) dan juga seorang jejaka tak kurang sikit hensom nya tetapi manis dan tampan dari UITM (dengarnya jurusan Masscomm). Sekaligus melayakkan Ummi utk masuk ke peringkat seterusnya iaitu semi final. Hadiah yang Ummi terima ialah set henfon Nokia model executive (tak ingat model ape), beserta talian DiGi dengan prepaid RM300. What do you expect for a first year student at that time somewhere in 2000?) Dapat henpon tu punya la syok! Orang lain dok pakai public phone lagi!.

Di sesi semifinal itu pula, Ummi pasrah, sbb nye bertanding dengan dua lagi jejaka yang terrer la (sebab depa adalah johan episod episod lepas), ayat ini tetap terus dikumat kamit oleh Ummi. Dan kali ini, Ummi menang tempat keDua. Alhamdulillah! Hadiahnya penerbangan MAS pergi balik ke Langkawi serta penginapan 3hari 2 malah di Hotel Awana Porto Malai dengan set breakfast dan dinner. Dan itulah 1st time Ummi naik flight!

Selain itu, Ummi sering amalkan setiap kali Ummi pergi interview selepas grad dari U. Alhamdulillah, diterima bekerja.

Dan selain itu, Ummi amalkan setiap kali final exam semasa di sekolah dan di U. Alhamdulillah, untuk Ummi yang otak tak segenius Adiputra itu, Ummi lulus dengan jayanya Alhamdulillah.

Namun, harus diingat, disamping hafalan ayat ini dan mengamalkannya, kita harus menjaga amalan wajib dan sunat sebagaimana yang diseru olehNya. Bukankah maksud awwalan ayat ini “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah...”

Dan Ummi ini manusia biasa, adakalanya lalai dan leka. Sekirnya apa yang Ummi doakan, tetapi tidak mendapat apa yang dihajati, Ummi akan muhasabah diri...mungkin ada kesalahan yang Ummi telah buat dan harus diperbetulkan. Kalau dulu setiap Khamis malam jumaat aje, mesti baca surah Yaasin. Tetapi sekarang, sentiasa tak sempat. Kalau dulu rajin buat solat hajat, rajin baca Quran, tetapi sekarang...sering saja terlajak dan tak sempat...sungguh ruginya Ummi ini...

Jadi anak-anak, marilah kita sama-sama mengerjakan amal soleh dan jangan tinggal solat ye! Harus rajin mengaji Quran, harus dengar ceramah agama ye! Pesanan ini untuk Ummi sendiri dan anak-anak semua.

Dari itu, renung-renungkan dan selamat ber’amal...

2 Comments for this entry:

Delima Merah said...

memang berkesan sungguh tazkirah hari ini,kadang2 kita terlupa nak menghafal ayat ini,bila ditengok otomatik ingat,itulah bagusnya ayat suci allah subhanahuwataala.

kuehbangkit said...

begitu lah khasiatnya.
minggu depan nak topik ape pulak ye..

Enjoy