Ni first time aku amik half day utk buat checkup klinik desa, aku pun tak sure sempat atau tak. Sbb kalau half day aku boleh kuar ofis kul 1.00 ptg,nak makan tengahari lg, solat zohor, dan klinik desa berehat dr kul 1.00 smpi kul 2.00ptg.
Takut ramai org je, nanti dpt nombor besar besar.
Kuar ofis kul 1 lebih sikit, drive laju laju sbb target nak smpi umah kul 1.30, sbb aku dah janji nak dating makan tengahari dgn mak mertua kat umah,aku janji nak beli lauk, tp of cos tak dan nak smpi 1.30 sbb kesas selalu ade speed trap tetiba je polis ade kat depan tahan kete. Jadi aku kene bwk ikut had laju iaitu 80km/j, jadi smpi apartment kul 1.40, beli lauk cepat cepat, smpi di rumah kul 1.50, hidang makan semua, makan dan minum kul 2.05 aku siap makan, solat jap kul 2.20 baru aku leh kuar umah ke klinik desa.
Smpi klinik desa aku tengok soh aje (senyap sunyi), rupenye tak de sorang pun lagi patient yg dtg utk sesi ptg, aku sronok laaa..haahah, tp staff pendaftaran sesi petang amat tidak friendly amat amat amat sangat! aku ni nasib baik maleh nak amik port, kalo tak mau aku bagi tazkirah free sbb tak senyum or greet aku or assist aku ape yg harus aku buat...bila aku tanye jawab cam hampeh...tak pe, lupekan kesah itu.
Jadi since begitu staff pendaftaran nye, aku pun layan diri la g amik nombor, amik strip kertas utk cek air kencing dan terus menuju ke toilet. Sekali ade sorang staff nurse ni panggil, dia kata aku tak sepatutnya amik strip kertas tu bawak ke bilik air, sbb takut nanti kesah nya tak efektif. Then ok, aku buang la yg aku pegang tu. Peh tu dia tanye, awat tak dtg pagi? aku kata mmg biasa nye aku dtg pg, cuma hari ni sy ade kerja, ptg baru sy boleh dtg. Peh tu dia tanye lagi, kenapa tak bawak air kencing dari rumah... hai, ni yg maleh ni, ade ke cun cun dah suci dah solat, dah makeup semua peh tu membawa bekal air kencing pulak...aku pn jwb, mmg so far sy tak penah bwk air kencing dr umah, mmg sy buat semua kat sini. bukan sy je, ramai lagi yg kencing kat sini. ade la sorang 2 yg rajin bawak bekal air kencing dr umah. Terus nurse tu diam. Aku pun terus ke toilet, sekali toilet dia tak de air daaaaa....hahahah, kene lagi aku...patut la tak de org nak dtg petang, sbb ptg ptg tak de air. Jadi sukar la nak mencuci kan.hmmm, cuma nasib baik ade air yg menitik sikit sikit, aku tadah la dgn gayung kat situ...kira aku lepas la dr ujian itu...
Cek tekanan darah, alhamdulilah ok, berat bertambah 3 kilo, nurse tu kata berat aku naik byk, aku tanya ok ke? dia kata, boleh laa. peh tu g cek perut, memula cek tinggi rahim dgn tali tape, lepas tu dia picit picit perut aku (sakit la aww!) lepas tu dia tekap kan satu alat yg agak pelik bentuk nya,tapi aku rasa aku tau apa itu, menurut pembacaan aku, itu alat utk dgr heart beat baby secara conventional. baby mmg bertindak balas, kick kick sbb tau ade org tekan dia nak dgr heart beat dia. Nurse tu kata heart beat baby ok, dia tanya ubat cukup tak, aku kata sebenarnya yg klinik desa bg tak cukup, tp aku ade mintak kat HUKM sbb ubat dah habis. nurse tu pun bg tau sebenarnya derang pun tak cukup stok, jadi aku tak dpt ubat. Dia suh aku beli Obimin... okeh
Habis part tu, aku kene g injet, utk anak first dia kasi suntikan kancing gigi. Jadi aku kene cucuk la. Memula tak sakit, tp bila nak masuk kete nak pegagng stereng masa tu terasa sakit nye sbb muscle aku dah keras kesan suntikan tu, stereng plak nak di pulas pulas la nak reverse bagai. Tapi demi anakanda terchinta, ummi rela...selamat hari ibu!
Moral of the story, kalau dtg checkup sesi ptg byk yg kurang nye, 1st, mood pekerja nya pun dah kurang, derang lebih suka tgk tv citer indon, 2nd, ptg ptg klinik tu tak de air, kene tapaw air urine sendiri, 3rd stok ubat/vitamin pun kurang sbb ramai patient pg dah amik. Cuma istimewa nya sesi ptg ialah, tak de org. Lepas aku kene suntik tu baru ade sorang lg patient dtg. Aku rasa 2 org je kot yg dtg ptg. Overall masa diperuntukkan ialah 40 minit, berbanding pagi mau 2.30 minit.
SPL 2: A Time for Consequences (2015)
9 years ago
0 Comments for this entry:
Post a Comment