Virtual Banking Annual Dinner

17 April 2009

Dinner malam ni buat kan rooftop ofis aku.
Registration start kul 7.00-7.45, lepas tu VIPs. Tapi aku tgk ade jugak staf biasa yg register lepas kul 8.30. Ape yang penting...Door Gift tu.

Aku tak balik umah lepas habis keje td, aku bersiap kat office je, lepas solat maghrib baru aku start makeup kan diri. Kak Faiz dgn Kak Nik naik dulu sbb derang dah siap. Boleh tahan jugak derang berdua ni melaram, Kak Nik pakai baju ala arab sungguh, plus dgn selendang Dato' Siti berjuntaian dgn kilauan bulat cam anting anting kat tepi tepi selendang dia, tambah pulak dgn anting anting telinga dia yg pergghh besar. Mmg nampak arab. Kak Faiz plak siap bermakeup gitu you, baju ikut tema siap beli baru tu! aku je yg pakai baju sedia ada, Tak kose plak nak membeli, pakai nye sekali. Registration bertempat di tingkat 5 (cafe), lepas dah sign baru dapat kotak besar door gift tu. Then baru naik ke roof top.

Performance of the nite mmg best, semua sporting belaka, yang paling meriah sorakan nya bila team eChannel menari, penari nye lelaki tau semuanya, tp pakai baju seksi wanita, buat aksi yang mengghairahkan...org lelaki ape lagi...pewiitt tak sudah la...
Kak Linda pun pakai tudung firaun + jubah hitam bersulam benang warna emas corak bunga, lawa!
Byk lagi performance yg best, sambil makan sambil tgk performance.
Tapi aku rasa panas kat atas tu, makeup aku pun dah cair. Niat nak tunggu smpi kul 12 demi lucky draw aku batalkan sbb dah rasa letih semacam. Kang kalo letih sgt tak larat pulak nak drive balik sorang.

Jadi kul 11.00 aku turun dan balik. Itu pun aku nyaris tumbang kat dlm lif masa nak turun, maybe sbb letih + panas + ngantuk dan lain lain la.

Sampai rumah je aku rasa nak pitam sbb ngantuk giler. Nasib baik abg tak tido lagi. Dia la yang bukak hadiah door gift tu,
"ni hadiah lucky draw ke?"
"tak lah, ayang tak larat tunggu, letih"
"laaaa, ingat kan dapat la LCD TV 32 inci tadi"
"tu hadiah door gift je"

Sambil abang bukak kotak hadiah tu aku dah telelap, tido...

1 Comments for this entry:

iNsaN BiaSa said...

yong...best x doorgift tu..??

Enjoy