Tak pernah pernah perkara seperti ini berlaku sepanjang aku berada dalam alam perkahwinan ni.
Dan hari ini, aku rasa amat berbahagia sekali apabila setibanya aku di rumah, aku dapati kain baju yang baru aku basuh pagi tadi telah pun kering dijemur oleh suami ku, bukan setakat dah kering jer, tapi siap berlipat lagi tu! Wah! ini memang sejarah ni! pertama kali hubby ku membantu aku dalam menguruskan hal rumah tanpa pengetahuan ku.
Bukat itu saje tau, hubby ku itu siap kemas rumah lagi gitu, meja makan kaca tu licin berkilat dilap oleh beliau, susun atur hiasan di rak dalam bilik juga teratur kemas, begitu juga barang barang yg ada di ruang tamu, sangat tersusun. Tak ku sangka yang hubby ku itu ada bakat dalam mengurus dan mengemas rumah. Terima kasih sayangku! ayang rasa happpppppppppy sangat!
Ni ada pantun untuk abang...
Terbang rendah si burung kedidi,
Anak harimau sakit gigi,
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh nak lagi ;-)
SPL 2: A Time for Consequences (2015)
9 years ago
1 Comments for this entry:
kalau rajin lain macam mesti ada something tu. hehehehe
Post a Comment