~
Appointment kul 9am di unit O&G HUKM. aku dgn abg sampai on time, ngam ngam kul 9am, itu pun dah ramai yg menunggu kat dalam tu.
Memula aku taruk borang merah HUKM dgn referral letter dlm bakul merah untuk pendaftaran.
Peh tu tunggu la sat dlm 10-15 minit, lepas tu derang panggil. Untuk pasangan yang keje swasta cam aku ni, kene le bayar RM30 untuk pendaftaran. Bila dah buat bayaran semua, staff tu bagi aku borang checklist warna kuning (Senarai Semak Pesakit Klinik O&G) beserta dgn nombor giliran. Agak tidak faham mulanya. Sebab dlm checklist borang kuning tu staff tu tick kat kotak "Tinggi, Berat, Tekanan Darah, Ujian Air Kencing", samada aku kene tunggu untuk dipanggil ke atau terus je layan diri g timbang semua. Bila aku perati kat area penimbang tu, org lain terus je timbang, tak de pulak aku dgr nama sesapa dipanggil. Jadi aku ajak abang ke tempat timbang tu, lepas aku timbang, terus aku letak borang checklist kuning tu kat meja org amik tekanan darah, terus aku di check tekanan darah, lalu lepas itu aku terus pegi ke tempat ujian air kencing, sungguh lancar dan smooth sekali. Aku suke!
And then aku tanye nurse tu, ke mana aku kene pegi lepas ni, since kat borang tu ade tulis "No Bilik = 6", jadi aku tunggu la kat bilik no 6.
Tapinye, kat papan nombor tu, nombor giliran sebelum aku semuanye pergi bilik No 11 dulu. Bilik 11 ni bilik Scan. Baru aku perasan kat kertas kuning aku ni ade tulis "SCAN Bilik 11 = Sebelum berjumpa pegawai perubatan".
Ish, aku ni tak payah scan ke? aku nak scan...aku nak tgk baby.
Tp hubby aku ni kata "first time dtg tak de scan kot" eeeeeeeeeee, geram aku. Hubby I ni kalo bab bab suruh tanye memang tahun depan pun tak bertanye tanye.
Jadi aku moncong le sambil menunggu nombor aku tertera.
TING. ENAM KOSONG KOSONG LIMA, BILIK 11
Ha? bilik 11? yey! scan dulu! yey!
Jadi aku dgn abg terus ke bilik 11, buat scan dulu.
Alhamdulillah baby sihat, dah nampak tangan dan kakinye, dia tengah bergerak gerak sana sini, since scanner tu sebelah aku, jadi aku tak berapa nampak sangat(spec aku ni nampak depan je, tepi tak), tp abg nampak la sebab dia duduk depan scanner tu, kata abg tangan baby cam tengah pegang stereng kereta "agaknye dia tengah bawak kereta kot!"kata abg hihihihi.
Selesai di bilik 11, kami tunggu balik di bilik 6, tak lama duduk situ tiba la giliran aku, abg nak masuk jugak, tapi doctor tak kasi sbb ade 2 patient dlm 1 bilik.
Doctor cam biasa dia akan tanye family history ade darah tinggi ke kencing manis ke jantung semua. Ada family kembar ke, semua aku kata tak de. Memang takde pun. Doctor pun alhamdulillah cekap dgn kerja dia. Then aku kene duduk atas satu katil tu dia nak cek ade ke benjolan di perut dan breast. Alhamdulillah takde ape ape. Satu lagi yang aku suka tengok nurse ni, aku dengar doctor panggil dia 'Kak Yong', cekap betul nurse tu, aku rasa dia mesti dah jadi ketua nurse kat O&G tu, tq ye kak yong!
Selesai di bilik doctor aku di suruh ke kaunter 5 untuk dapatkan tarikh appointment baru. Lepas tu, kene ke kaunter 2 untuk buat bayaran RM 10 untuk cek darah (jenis darah, gula etc), tak lama jugak menunggu, selesai bayar aku terus ke Makmal C utk diambil darah. Tapi staff di Makmal C, suruh aku dtg balik lagi 2 minggu utk ambil darah. Aku malas la nak dtg balik lg 2 minggu, nak ambik cuti lagi. Jadi aku pegi balik ke bilik doctor td, aku ckp dgn doctor yg derang suh dtg blk lg 2 minggu, then doctor kata "eh, sy suruh buat hari ni, kenapa pulak kene dtg blk dua minggu?" Kak Yong terus teman kan aku ke Makmal C suruh derang ambik darah aku hari ni jugak "patient ni kene ambik darah hari ni ye, tak kan nak dtg lagi?" baru lah staff kat Makmal C ambik darah aku.
Tetapi, huhu...sungguh sakit dia ambik darah aku, aku kene 2 jarum, 1st tu tak byk darah keluar, yang 2nd tu siap memancut lagi darah aku, ingat kan satu tiub je rupenye kene isi 3 tiub tabung darah tu...huh huh huh, aku bukan nye tak pernah di ambil darah, kat SJMC aritu pun ambik darah jugak, tapi tak sakit langsung, tpi yg ni, sakit nyucuk sampai ke tengkuk. Hadus, ya ampun. Adakah staff itu marah sebab aku mengadu kat Kak Yong? wallahua'lam.
Tetapi overall, aku amat berpuas hati hari ini dengan servis dan layanan para misi dan doctor di O&G HUKM. Selesai semua jam 11.45am, ok la kan utk 1st checkup. Cuma sape yg tak pernah g gomen hospital ni, kene rajin tanye kat nurse dan doctor takut lost. Biasalah, dah ramai ramai gitu mungkin maklumat tak dpt disampaikan face to face. Jadi inisiatif kita sendiri la untuk bertanya, malu bertanya sesat la jalan.
SPL 2: A Time for Consequences (2015)
9 years ago
0 Comments for this entry:
Post a Comment