Hari: Ahad
Waktu: 11.00PM
Cadang nye nak g tengok hari sabtu petang, tapi ape kan daya kene tolong kak ijut pindah rumah.
Jadi rancangan di tukar ke hari Ahad, ingatkan cerita ni kelakar sampai habis cam Kung Fu Hussle, rupenye hujan lebat di tengah cerita...
Permulaan cerita ni pun dah cam nak sedey2 dah, tapi tak le sangat sehingga boleh mencucur kan air mate.
Ingatkan CJ7 ni stand for 'Chow Junior 7' ke or ape-ape...tapi lain plak...makluk asing rupenye
Part paling mencucur kan air mata masa Stephen Chow jatuh dr construction building waaaaaaaaaa
Keme memang nangis tak hengat, terhenjut-henjut badan ni tahan sedu...kerusi keme duduk tu pun
goyang...lelaki ini pulak gelak kan keme aje koje nye...chait!
Esok nye ngantuk kat office diiringi dengan mata yang bengkak, orang ingat gaduh dgn tunang...ceh, tak de lah, ni kes CJ7 punye pasal!
Tak rugi rase nye nengok citer ni even mengharukan...berbaloi!
CJ7 di Jusco Cheras Selatan
20 February 2008
Ceritera kuehbangkit at 12:49 PM 2 Comments for this entry
Majlis Pertunangan
10 February 2008
Tarikh: 9.2.2008
Tempat: Bota Kiri, Perak
Masa: 3.00 Petang
~
Entry kali ini merupakan lanjutan dari entry 'Urusan Perisikan' yang telah berlangsung pada 13.1.2008 dengan di hadiri oleh 3 wakil dari pihak keluarga lelaki ini iaitu Ayahanda, Bonda dan Pak Usu nya. Majlis berjalan lancar dengan di iringi dengan beberapa rangkap pantun oleh Ayahanda. Keme suka sangat dengar Ayahanda menjual pantun, seronok sangat, bukan ape, dah jarang orang nak berpantun-pantun ni.
~
Majlis kali ini pulak keme dah bincang dengan mak nak buat ala kadar aje, pakai ape ade aje. Tak le ajak ramai orang pun. Jadi pada mak keme dah pesan tok usah le buat ape-ape, biar keme yang buat. Keme tak nak nyusah kan mak. Bab-bab hantaran dan gubahan keme buat sendiri aje, ikut idea kepala sendiri. Semerit dengan cadar keme pinjam hehehe...
~
Jadi keme bertolak balik ke kampung pada hari Khamis 7.2.2008 kul 4 pagi. Penuh barang-barang dlm kete. Di sebab kan letih keme lepak kejap kat R&R Tapah, sampai kat Bota kul 8.30 pagi, keme ingat nak terus tido bila sampai nanti, tapi elok je sampai keme tengok dah ade ramai yang datang umah...kata nye deme nak buat dodol. Mak kata tak payah le susah-susah...tapi kawan mak kata "ish, anak pompuan kau tu le sorang, yang hitam dia, yang putih dia, yang baik dia, yang nakal dia, yang putih dia yang hitam pun dia, buat le...sekali aje..." ate...deme pun buat le...keme idok le jadi nak tido...kene le bancuhu air ye dak!...Geng dodol ni di ketuai oleh Opah Yam (baju hijau), Opah Lijah (baju kurung putih), Yong Ja (t-shirt bitu+tudung hitam) dan Nyah Jah (t-shirt biru+tudung biru). Deme ni memang baik dengan keme, dah anggap cam anak sendiri. Kata deme, dodol ni nak buat hantaran utk pihak lelaki ini, owh terharu nya hati ni....terima kasih banyak-banyak.
~
Esok nye pulak (8.2.2008) deme kate nak buat wajik pulak. Buat pemanis mulut pengantin lelaki kata nye..huhuhuh...ikut aje le...Nor pun datang tengah hari tu, nak tolong-tolong ape ape yang patut katanye. Keme memang tak mewar-warkan kat kawan² yang lain. Time basih banyak Nayh!. Malam tu geng dodol, geng wajik, Nor, Mak Andak, Andak, Mak Teh dan anak², Ucu & maksu, Mak Cho, Nyah Jah, Ieda, Kak Umi, Yong Ja, Opah Lijah, Mak Yang Lebor & Ayah Lang Mat datang menggubah hantaran. lewat juga keme tido malam tu. Letih banget!Kalau ikutkan persetujuan masa merisik aritu, hantaran 7 berbalas 9. Ate keme sekarang ni aje pun udah 25, dah orang bagi tak baik menolak, terima aje le..
~
Pagi 9.2.2008, makin sibuk le keme. Dengan nak bentang carpet nye, seperah, ish banyak le. Bila dah pukul 1.30, bermula la aktiviti menconteng muka a.k.a mekap bermula, juruandam nye di import khas dari Ipoh nama nye Kak Ijut. Sepanjang sesi pemakeupkan itu, keme di temani oleh Nor ( short form nye SNH, bukan Siti Nurhaliza, tapi Siti Norhabsah hhehehe). Ate hangat pun ade juge...hish
~
Tepat jam 3.00 petang rombongan pihak lelaki ini pun tiba, ate ape lagi, dup dap dup dap le jantung keme...Rombongan di hadiri oleh Ayahanda, Bonda serta adik beradik, sepupu sepapat lelaki ini juga saudara-mara nya dan di sambut mesra oleh pihak keme terutama sekali Mak Teh. Manakala lelaki ini pula tidak hadir kerana sibuk dengan urusan bermain kereta remote control nya (Boley?!). Makteh walaupun sebelum ini memang langsung tak de nye ndak menangkap gambo, merakam ape tah lagi, namun petang itu Mak Teh di kurniakan anugerah yang beliau sendiri tidak sedari yang beliau boleh merakam gambar, tahniah Mak Teh. Dalam kamera Mak Teh lah terkandung nya rakaman ketibaan rombongan pihak lelaki, rakaman sesi pertukaran tepak sirih, dan juga rakaman ketetapan tarikh majlis perkahwinan.
~
Pihak keme di wakilkan oleh Tok Beso sebagai jururunding manakal pihak lelaki ini pula di wakili oleh Ayah Yoep (pak sedara lelaki ini). Keme sebenonye membayangkan yang Ayahanda yang akan menjadi jururunding pihak lelaki, ye le, dah tentu tentu keme rindu nak dengar pantun-pantun nya. Namun kerinduan keme terubat bila Ayahanda menjual serangkap pantun pada Tok Beso masa dah last-last...masa Bonda dah nak bangun masuk ke bilik keme....
~
Keme pun standby la kat dalam bilik di temani oleh Mak, Mak Andak, Nor, Kak Ijut, Intan dan Alif (sebagai juru rakam henpon keme). Idok pulak keme rase gabra....sebaliknya rasa happy je...Bonda pun masuk dan keme pun menghulurkan tangan, menyalam lalu mencium tangan Bonda dan cuba menarik semula dengan lembut dan sopan tangan keme yang halus mulus lagi gebu ini...tapi...Bonda tidak melepas kan tangan keme ini dan masih lagi static sambil tersenyum, rupenye Bonda lebih arif dalam bab-bab berposing ni maklom le ni dah kali ke 4 dia menyarung kan cincin ni...ate orang nak nangkap gambo...senyum aje le yek!
- Nasi Hujan Panas
- Ayam Masak Merah
- Daging Masak Kicap
- Gulai Nangka
Pihak lelaki ini membawa hantaran lebih dari yang dijanjikan sepatutnya 7 aje, tapi dah jadi 20! terima kasih la banyak- banyak.
~
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar...yang banyak menolong ialah saudara-mara, jirang-jirang dan kawan baik keme. Terima kasih le...
Ceritera kuehbangkit at 7:16 PM 5 Comments for this entry
Wakil aka "Lelaki Ini"
04 February 2008
ha...akhirnya lelaki ini menulis blog, al maklum la empunya blog ini ada masalah sikit untuk update blognye, so dengan serba upaya lelaki ini tolong la, ada la nak ceritakanlah sedikit kenape empunya blog ini tak dapat nak update blog yang disayanginya ini... ish...ish.. sedih lelaki ini, bukan sedih ape... sedih sebab dengar wanita ini merungut...tak leh update la ...tak boleh nak bukak la.... sakit telinga ini mendengor nyer, so untuk lebih memberi penerangan kat sini biar saya sebagai lelaki ini aka system engineer menerangkan sedikit tentang ilmu-ilmu alam cyiber.
Biasanya la kan dalam kerja seharian kita tak perasan dalam diam kita ini diperhatikan, pernah tengok citer Enemy of the State lakonan Will Smith, so dalam citer nie semua network atau phone call boleh dimonitor oleh pihak berkuasa, kita tengok macam tak logik tapi sebenarnya ia ada. Ok lah berbalik kepada kisah wanita ini yang tak dapat nak update blog nyer. Saya akan terangkan secara term and regulation dulu.
Pernahkan anda merungut network anda slow, mesti pernah kan? Macam2 perkataan la keluar, kura la, penyu la.... ada yang kata network nie lembat cam sibut ba** la, hu..hu... itu yang anda cakap, bagi pihak admin network dah lali dengan ayat tersebut, so pekakkan telinga la setebal 13.5 inci. kui...kui.... but, jika bos besar yang merungut ( bukan bos badan besar, itu bonzer) kira tahap manager ker, ceo ker, cto ker. So admin network nie tiba-tiba rasa wujud batu karang dalam pundi kencing, takut... bukan aper nanti nak bagi alasan ape? tak kan nak cakap kapal langgar kebel kot, putus kabel kat laut, maunya bos suruh pergi pasang balik, tak meraung tengah laut cari kabel....kah...kah.... tapi bukan begitu ceritanya sebab dia takut. Cerita dia cam nie, bila proposal network dibuat diaorang dah kaji penggunaan, keperluan dan keupayaan kos.
So dalam kajian tersebut dia dah bahagikan kegunaan network, untuk system, untuk email, untuk http request dan sebagainya. So admin nie kena monitor supaya keperluan network ini dapat dipenuhi. Bayangkan kalau hujung bulan HR nak masukkan data dalam sistem gaji pekerja, tapi network slow, alamatnya tak masuk gaji la pekerja...lagi teruk admin network kena marah. kui...kui.....
So, untuk mengelakkan pekara ini dari belaku biasanya pihak network akan pasang network monitoring system, dengan system ini network dapat dikawal. Contohnya katakan network ada 4 MB, so bahagikan untuk system HR 1MB, Server Getway 2MB, Http request 1MB. Biasanya cam tue, so ini bermakna web kita hanya boleh guna 1MB jer, kira cam nie la, ader highwat 4 lorong, setiap lorong ader divider so lorang pertama hanya untuk lori sahaja, lorong kedua untuk kereta sahaja, kira cm tue la, sebab dari akibat tersebut http request atau web tinggal sedikit iaitu tinggal 1MB sahaja untuk buat searching atau sebagainya. kat sini la belakunya kesesakan, sebab aper????? kita berbalik kepada citer asal.
Sebab kita komen network slow, network cam sibut, sebab benda ini la. dekat http dah congest dengan request, contoh yang menybabkan congest adalah user masuk youtube la, webtv la, tv3 la, frienster la, blogspot la dan macam2 lagi tak related dengan kerja utama diwaktu office hour, so bila ada user tengah nak search benda penting kat web slow, kerja jadi lambat sebab ada kawan kita nie tengah streaming video kat web, aduh ...payah kerja jadinya, network admin kena tibai lagi, network slow cam kura, baik ambik kura jadi network admin, pedas..pedas...so untuk mengelakkan pekara ini berlaku kita sebagai network admin mesti menggunakan teknologi... monitor semua http request, tengok request kemana paling tinggi, kalau link itu memang tak related dengan kerja kita block, so user tak boleh bukak...kih...kih...kih..... suka network admin, so untuk cover network admin print la senarai http request yang selalu pekerja masuk, yang lebih mengembirakan network admin adalah dia dapat tengok by user, user ini suka g maner, dia bukak aper....teng..teng...privacies pengguna tidak lagi menjadi rahsia...
Kalau nak tahu network admin boleh tengok live apa yang berlaku dekat monitor pengguna bila bila masa. Jadi, dengan penerangan diatas terungkai la kenaper wanita ini tidak lagi dapat update blog, sebabnya network admin telah memblock access ke blogspot, dengan hati girang lelaki ini ketawa dalam hati...padan muka....kah...kah... saper suruh bukak time kerja. Tapi lelaki ini tahu wanita ini komited dalam kerja, dia buka time lunch dan time orang balik kerja sahaja.. insyallah... kerja elok2, ikhlas dalam berkerja pahala yang kita terima... kekal keakhirat kelak insyallah......amin wasalam.
Ceritera kuehbangkit at 10:18 AM 3 Comments for this entry