Salam Tahun Baru 2015!
MasyaAllah!
Bersawang-sawang dah blog ummi ni!
Tengok tu! last cerita aritu pasal Zahra Hafiya dan masuk usia 3 tahun...sekarang...dan hari ini...
Zahra Hafiya ummi tu dah 6 years young! 3rd year di Little Caliphs Sg Besi, Principle nye Teacher Alwiyah Masbah, ex-senior SMKASAS dulu....Hafiya jadi anak didik Teacher Emy & Teacher Ira masa 4 years, Teacher Malisa masa dia 5 years, and this year dengan Teacher Balqis....serta dibimbing oleh ramai Teacher2 yang soleha. Ni gambar Zahra Hafiya sepanjang di LC.
April 2014 - Kelahiran Cahaya Mata ke 3 Ahmad Hareez Zahwan
Kalau dulu masa anak sulung, setiap masa la nak menghapdet blog. Sehari tak dpt update blog mula la rasa resah gundah gulana...bila dpt anak kedua....masih berblog...tp...mula la slow sikit...mai anak ketiga tengok....teruih tak login login blogger.com ni astaghfirullah! betapa life becomes so busy now hehe...
Ok, mari kita ikuti sorotan kisah ketibaan Ahmad Hareez Zahwan ini. Di lahirkan di Hospital Pakar An-Nur Bangi, kelahiran normal tanpa apa-apa suntikan epidural mahupun induce. Saja ummi nak rasa untuk kali kedua sakit bersalin yang natural (sama cam Qhaira dulu). Disambut oleh Doktor Khamsiah yang disayangi, akhirnya hajat untuk merasa doktor Kham sambut anak ummi termakbul. Dulu masa Qhaira dokto Fatimah yang sambut, kali ni nak merasa doktor Kham pula. Alhamdulillah, kedua-dua doktor ini sangat bagus dan lemah lembut dalam membantu menyambut kelahiran anak-anak ummi. Terima Kasih Doktor! Alhamdulillah.
Ni gambar semasa menanti dimasukkan ke labour room sehingga lah Hareez lahir dan sehingga lah stay di wad sebelum discharge.
Yang bawah ni, gambar Hareez kene jaundice aka demam kuning. Ada la dlm 4-5 hari jugak Hareez duduk wad NICU ni. Ummi pun berpantang le juga kat wad nicu ni. Hareez punya jaundice memang la tinggi. Sampai tahap Hareez kene puasa semalaman, masuk air ikut drip...hai...jadi ummi ni kene hati kuat!
2 Comments for this entry:
kak eni rindu updates blog kak eni!
teruskan menulis blog! ira sentiasa support kak eni dari belakang hihi.
alongg!hahaha...mak bz uolls!
Post a Comment