Pekan Parit (PP) ni memang sangat nostalgia. Dari kecik sampai anak dara dan bergelar ummi teman bertemu dan bermesra dengan Pekan Parit. Dulu masa arwah abah ada, kami memang akan lalu atau kadangkala kami singgah PP utk beli barang untuk di bawa ke kampung Bekor (Daerah Manong). Setelah PMR, dan mendapat result yang agak cun, ummi di tawarkan ke sebuah sekolah di Daerah Teluk Intan, maka tinggallah PP yang tercinta demi menuntut ilmu di tempat yang baru. Namun jodoh teman dengan sekolah baru itu tidak lama, hanya bertahan selama 3 hari hahah!, teman nekad untuk kembali semula ke Sek Men Sultan Muhammad di PP, nampaknye, PP memang tidak merestui pemergian teman ke daerah baru itu.
Teman kembali ke sekolah di PP dengan rasa bangga haha, pedulikan rasa malu yang menebal dek kerana farewell party yg telah diraikan oleh rakan2 di SMSMS 3 hari yg lepas, hadiah2 farewell yg teman terima teman simpan, satu pun teman tak pulangkan kembali kpd rakan2 haha. Teman kembali duduk di kerusi dan meja teman di kelas Sains Tambahan itu. Walaupun di usik dengan lawak2 ganaz kat teman sebab tak jadi bersekolah di daerah baru, namun, itulah kenangan terindah terlawak dan termalu gaban teman yang tak kan teman lupakan...ya...di Parit lah teman menemui kenangan ini.
Kedai jam ini telah mengukir kenangan paling tak boleh teman lupakan dalam bab 'Hadiah Jam Tangan'. Arwah abah yang dulu merupakan seorang posmen di Ipoh ketika teman bersekolah di Parit, telah menghadiahkan teman seutas jam bersalut gold berjenama Citizen sebagai hadiah kejayaan atas keputusan PMR yang baik. Ketika itu, abah bawa kami sekeluarga ke kedai ini, dan meminta teman memilih sendiri jam tangan di kedai ini, tapi teman minta abah yang pilihkan yang paling cantik dan paling baik di mata abah untuk puteri tunggalnya ini. Jam itu masih elok di dalam simpanan, cuma bateri nya saja dah habis. Terima kasih abah...
Ok, di masjid ini pula teman bersama2 dengan rakan2 kelas 1, 2 dan 3 Agama selalu pi bila ada kuliah agama, kalau time outing di hari minggu pasti kami singgah solat di sini, walaupun aspuri tak jauh hanya belakang masjid ini saja, tapi lebih mudah jika solat di masjid ini sahaja. Di belakang masjid ini ada laluan yang tembus ke Kg Padang Bola yang menemukan pintu belakang Aspuri atau pintu belakang SM Iskandar Shah, dan kalau berjalan melepasi padang bola tersebut akan menemukan Sek Men Sultan Muhammad Shah atau nama lama nya ialah Sek Men Pengantar Melayu.
Pandangan jauh dari kawasan bertentangan. Ketika ini preparation utk sambutan Maulidurrasul sedang sibuk dibuat.
Dulu masa kecik2, dan masa anak dara, Pulau Chempaka Sari ni memang best dan tak sah kalau tak pi. Ada jambatan kecil yg menghubungkannya. Namun jambatan itu telah hanyut dek derasnya air sungai ketika air bah, hujan banjir teruk suatu masa dulu. Lama juga Pulau Chempaka Sari tidak berjambatan, rindu rasanya nak meniti jambatan kayu itu. Namun, ketika pulang ke kampung baru2 ini, teman dengar yang jambatan itu sudah dibina semula. Hanya untuk laluan sikal dan pejalan kaki, istimewanya jambatan Chempaka Sari ini ialah, ia menghubungkan terus kampung di seberang sungai. Sungai Perak ni kan ke sungai yg terluas di Malaysia, jadi panjang lah jambatan baru ini. Alhamdulillah, kini rindu pada Pulau Chempaka Sari sudah terubat. Jom kome balik Parit!!
SPL 2: A Time for Consequences (2015)
8 years ago
1 Comments for this entry:
Ciare! banyak kedai yg dah tak de, especially kt kt tepi tebing kedai hujungggg sekali kt pokok besar tu, mungkin sbb tepi tebing tu dah runtuh kot...dulu kedai tu jual barang2 kraf cam keris, kayu2 ukir segala.
Post a Comment