Ada orang tu kena bisul...
Lokasi bisul tu amat sulit...
Shhhhh....rahsia...
EBM yang dibuang
19 September 2010
Sedih nye rasa, kesemua yang diatas ni dibuang begitu saja setelah lebih 6 bulan tersimpan dalam keadaan sejuk beku di dlm freezer. Hasil penat lelah dan segala kegigihan memerah di office tidak diberi atau sebenarnya tak diminum oleh Zara.
Sejak dia refuse botol susu masa umur 7 bulan, dan gigi pulak nak tumbuh masa tu, Zara tak nak langsung menjamah EBM (susu ibu). Dia hanya nak yang fresh dari 'ladang'. Balik aje dari kerja, Zara pasti menerkam 'ladang' itu.
Kesudahannya, EBM itu terperuk tersimpan dlm freezer sampai nak letak ayam daing pun dah tak muat, sebabnya sayang nak buang susu badan yang sangat berharga itu. Tak dapat dibeli di pasar beb, harus punya minda yang concentrate nak kan susu produce banyak, masa yang banyak juga diperlukan untuk memerah hasil 'ladang' itu.
Namun...setelah hampir 7 bulan menyimpannya, dan mungkin sudah tidak elok utk diberi kepada anak perempuan ku, jadi...ummi membuang nya dengan penuh kehormatan...
Semoga, untuk anak-anak ummi yang seterusnya nanti, susu ummi akan terus cukup utk 2 tahun usia mereka. Amin.
Ceritera kuehbangkit at 1:29 AM 1 Comments for this entry
Raya 2010 Bota Kiri & Sayong
18 September 2010
Di pagi Hari Raya Aidilfitri pertama di Bota Kiri, Perak
Dari kiri: Wancu (Ma asiah), Faizal Daniel, Nur Shafiah Manirah, Zurru, Zahra, Yahya (Andak)
Di pagi Hari Raya Aidilfitri kedua di Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak.
Ceritera kuehbangkit at 8:30 AM 0 Comments for this entry
Salam Aidilfitri untuk Semua!
08 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
Dari kami sekeluarga. Zurru & Zulhilmi dan Zahra Hafiya
p/s: esok baru start cuti raya
Ceritera kuehbangkit at 5:12 PM 0 Comments for this entry
Yey Dah Dapat Kad Raya Dari Abang!
Kesyahduan semalam terubat dengan pantasnye tika abang menghulurkan beg kertas warna pink berisi sampul kad ungu besar dan sekotak hadiah...wah! nak kad raya tapi dapat extra!
Terima kasih abang...sesungguhnya Raya kali ini semakin bermakna apabila menerima kad raya dari buah hati, 'bantal peluk' dan room mate terchinta...
Dapat CD lagu raya lagi, leh pasang kat kete menjadi halwa telinga sepanjang perjalanan balik ke kampung nanti.
Ceritera kuehbangkit at 2:12 PM 0 Comments for this entry
Si Kecil Melaram Kasut Raya
Ceritera kuehbangkit at 1:42 PM 0 Comments for this entry
Kad Raya
07 September 2010
Sedih...
Abang tak post post pun kad raya untuk ayang...atau mungkin posmen saje tak nak hanto kad raya ayang dari abang...
Dulu masa cintan cintun...bapak kad raya pun ayang dapat...
Ini...dah beranak satu ni...anak kad raya pun tak nampak bayang...
Hati yang pilu menjelang Syawal...
Ceritera kuehbangkit at 9:11 AM 0 Comments for this entry
Gadis Cilik Bergaya!
06 September 2010
Meh meh! Zara makeupkan nak?
Oppss! sila abaikan ketidakcunan span ini ye (ummi tak beli baru lg!)
Alah! foundation ni tergolek kat kaki lak!Ceritera kuehbangkit at 2:29 PM 1 Comments for this entry
Baju Raya Zara yang Glamor
Tahun lepas, ummi gagah la nak jahit baju raya zara yg baru umur 2 bulan itew.
Tapi tahun ni, kasi kelainan sikit, ummi jahit manik blomm hehe.
Khas untuk Zara yang uchuk itu.
Semoga Raya 2010, di usia 1 tahun ni, dengan dah pandai berjalan ini, dan yang dah ada kasut Bubble Gummers ni, akan bertambah meriah dan gembira la Zara tu hendaknya.
Okeh...ummi nak siap kan sikit lagi ni...tengkuk tu kang ummi buat corak ade Love Love sikit..baru la kasih sayang...
Next entry ummi pos pasal Zara yang dah sibuk nak pakai pasut sendiri hik hik hik!
Ceritera kuehbangkit at 12:45 PM 2 Comments for this entry