Zara dah 10 bulan!

16 May 2010

Hari ni genap usia Zara 10 bulan yang penuh dengan pelbagai ragam dan telatah Zara yang makin hari makin aktif, nak nak pulak sekarang ni dia dah sibuk sangat nak praktis berjalan...naik sakit pinggang jugak la ummi dan ayah melayan dia nak bertatih dari hujung pintu ke ruang tamu baik ke pintu ke bilik keluar bilik..adehh...namun seronok dan bahagia rasanya, terima kasih Allah.

Dan sempena nak meraikan usia ke 10bulan kelahiran Nur Zahra' Hafiya ni, ummi dan ayah bawak jalan2 kat Mines...ayah main bowling dgn ayah ngah dan ummi pulak temankan Zara jadi pom pom girl sorak ayah dr dalam stroller dan juga dari atas bangku kat bowling alley tu...(Zara dah tak mo duduk dlm stroller...boring kata nya! chait!)

Dan ummi dah ayah dah pun call Akim AF7 dan Anum AF8 utk standby kat Mines Wonderland bawah tu utk sesi bergambar dengan Zara.

Nampak nye plan ummi dan ayah berjalan dengan baik sekali bila Abang Akim AF tu terus nak dukung Zara ...well...hati kami berduapun terus nyanyi lagu Akim terbaru "mungkin ini kaahh, yang dinamakan cintaaa, hati gembira rasa....bila kau kata cintaaaa"

Kak Anum pun sama, tak sabar sabar dia nak dukung Zara pulak....ape lagi snap snap snap la bergambar..

Alahai...ayah lom transfer gambar lagi la...
Nanti dah transfer dr Nikon D5000 ayah tu, ummi cilok kasi lekat kat blog ummi ni...haha...

Zara....cepat sikit jalan tu...leh rasmi kasut baru...wuu huuu

2 Comments for this entry:

CeMoNG said...

sejak bila pulak hang berkawan dgn akim & anum AF ni?? :D

Delima Merah said...

mana gambar nya?

Enjoy