Award khas utk kawan kawan!

28 April 2010

Entry kali ni khas buat kawan kawan yg aku tegar sentiasa...(tak tau la depa tegar ke tak kat aku huhu). Sempena anugerah yg aku terima drpd Jajagurlz (tikiu tiku tiku soooo muchhh!!muah), jadi beta berbesar hati mencemar duli menganugerah kan anugerah tersebut kepada yg tersenarai dibawah...




Mempersembahkan!!






Taraaaaaaaaaa!!!!

Dianugerahkah kepada:-
  • Ning @ Cemong kuning
  • Miz @ The Great Illusion
  • Janggoat @ Blog Cikgu
  • Kak Safwin @ Sas-Xpin
  • Kak Masni @ Seranggakiut
Sila ambil award ini dan tepek di blog anda!


Di Tag lagi...

Tag oleh Jajagurlz.


SOALANNYA:

Apa nama maya anda?
Kuehbangkit(blogging) & Utadahikaru (forum)


umur anda berapa?
27 1/2 thn


bila tarikh lahir anda?
17/10/1982


anda masih belajar atau bekerja? di mana?
Belajar memasak di rumah & bekerja di Shah Alam


anda single?
Married


kenapa anda ada blog?
Sebab saya suka menulis, nak tulis novel, haram tak start start..jadi berblog je le!


anda kisah tak kalau orang benci anda?
Ha??benci?nape?why?why?owh please dont hate me!

sikap yang paling anda benci di dunia ni?
Sikap pemalas dan takbur.


nyatakan salah satu blog yang paling anda suka baca..
Kalau nak letak lebih dr satu boley?
Cemong Puan Ning
fdausamad Sembang Kencang
Lucadeketiak Gua Nak Rilek Rilek
Jajagurlz The Yong
The Great Illusions Da Miz


upload satu gambar anda (optional)

Cam Zara tak?

secara randomnya......saya menTAG:
-Cemong Pn Ning
-The Great Illusion Cik Miz
-Seranggakiut Kak Masni
-Merapuinsane En Janggoat
-Sas-Xpin Kak Safwin

Allah...lindungilah mereka, amin

27 April 2010


Doaku, Ya Allah, Ya Rahman, Maha Pengasih, Maha Penyayang,
Murahkan rezeki mereka ya Allah, berikanlah mereka tempat berlindung, semoga abang dan adik ini terus hidup dengan penuh kasih sayang. Jangan lah kau pisahkan mereka ini.
di manakah mereka ini, semoga ditemukan dgn manusia yg mengasihani mereka dan menjaga dan memberi mereka makan lalu diberi kasih sayang hingga mereka berdua ini dewasa, Amin..




Reason why...

"Dear Boss,

With regard to the above, I've taken 1 day EL on last week Friday 23/4/2010 due to unexpected circumstances happended to me and makes me unable to come to the office.

Its start on that morning where my Myvi car tyre was punctured, its seems like the tyre was 'bold & corn' (kematu) (i've never change or even cross change all my 4 tyres since 2005, year that i bought the car).


And i decided to take cab after i walk and send my baby to the baby sitter's house which her flat located outside of our apartment area.

However, my husband does'nt allowed me to take cab because the taxi fare will be so expensive (from tasik sltn to bkt jelutong), and he will drive us (me & baby) to baby sitter's house and to VB even though he has an urgent presentation which will starts on 9.00am.

Suddently, we unable to exit from our apartment because, there was a long queue from our block to the gate, we are stucked in the queue from 7.40am-8.20am, and it was raining.
We managed to exit from our apartment on 8.20-8.25am and straight to baby sitter's house. There, we stucked again. I tought there was an accident, however someone told us (an army staff riding a motocycle) there was a landslide at their main gate/entrance and our road become their main entrance for the moment.


My husband really can't send me that time, because he have to attend to their tender meeting and has to present their project documentation. I followed him to his office.
On around 10.00-10.15am, his meeting adjourned. He complaint of chest pain, and cant breath easily maybe due to bad cough and felt like wants to vomit.


I drive him to our panel clinic and the doctor refer him to check further at Pantai Hospital, Cheras(because his cough and cold become worst and the symptoms are likely to influenza A).
There, I have to drive, assist and wait him to do all the procedures X-Ray (chest and head) and blood test. I felt like It was our unlucky day.


After a long wait, result came out, and the specialist doctor (Dr Ravindran) said he has a bad sinus (resdung) which cause him uneasy to breath and chest pain, thanks to god its not influenza A.

And he has to take all the prescribe medicine and have to come again for follow up on 30/4/2010. "

Ilmu baru:-
-Resdung boleh menyebabkan kahak terhasil tanpa henti likat dan pekat.
-Simpton batuk2, sakit dada, sakit kepala&selsema bukan saje Influenza A,tapi resdung, sila cek!
-Kuman resdung boleh menerobos masuk ke dalam darah.
-Dari ujian darah pun boleh tahu sesorang tu ade resdung atau tak.
-Dari X-Ray pun boleh nampak kawasan yg kronik resdung, area yg terlindung warna kelabu.
-Pantai Medical punye kantin amat kecik, beli 1 teh O dan 1 teh tarik + sandwich harga RM8.50
-Doktor2 dia tak berlegar2 kejar sana sini, tapi duk dlm bilik2 klinik ikut kepakaran masing2.
-Majoriti 95% patient dan manusia di situ berbangsa Cina.

Ustazah Zara

26 April 2010

Hmmm, cayang dia!



Memoir Gondol "Dari Desa Manong ke Kota Serdang" dah sampai

22 April 2010

Ahah! akhirnya penantian berakhir hari ni, dah 2 minggu (rasenye lah) menunggu 'Memoir Gondol' kat office lepas buat payment. Sape Gondol ni? Siapa Lucadeketiak ni? depa ni school mate masa kat Azlan dulu, sekolah menengah agama kat Sri Iskandar dulu. Tak pernah bertegur sape pun, apatah lagi bersembang kencang, apatah lagi bersembang tak kencang dengan mereka mereka ni. Tapi, glamor tak glamor la derang berdua ni masa kat sekolah dulu. Sebut saje nama Botak, Gondol, Ayan, Pidomat, dan lain lain, pasti 98% di sekolah itu mengenali mereka, dasyat bukan?hik hik hik.

Okeh, berbalik kepada siapa mereka? empunya blog dan empunya cerita ni dulu adalah rakan kelas sebelah iaitu 5 Haitham, SPM tahun 1999. Encik Luca ni dulu kalau tak silap ingatan, memang minat menulis gamaknya dari dulu, dari zaman sekolah lagi siap jadi ahli sidang redaksi majalah sekolah "An-Naqib" dulu. Ada la kisah yg ditulis oleh Botak aatau Gondol (tak sure) yg disiarkan dlm majalah tu amat kelakar dan tak luput diingatan. Kalau tak silap tajuk cerita tu ialah "Cara-cara memindahkan pressure" hihi, ceritanya pasal tertido dalam kelas, bila ustaz marah, dia pegi sebut nama org lain sambil kutuk org lain tu kunun kunun nye cam org tu yang tido bukan dia...hahaha...jadi yang malu ialah org itu bukan dia!

Mungkin dari segi penulisan Botak atau Gondol itu lah yang menyebabkan hati ni tergerak nak order dan memiliki Memoir Gondol ni. Congrats la bro bro sekalian, kerana kini sudah "memiliki buku sendiri"

Peramah juge rupenye

19 April 2010

Zara minggu ni dapat ilham baru. Mulut nye becok aje bercakap “bah bah bah..bubu bu bu....hmmmm..hmm...bo bo ba ba bah bah hu hu”, sambil mulut panjang panjang sebijik cam ayah dia bila ralit buat kerja.

Bila ummi bersembang dgn opah teh dan mak long ira pasal asrama MRSM nye, Zara pun nyampuk bercerita “bah bah bah bu bu ba ya ya”, dia tu.

He he, ummi suka betul dengar Zara bersembang, cam dah banyak mufrodat dan vocab saje lagaknye. Dari pagi membawa ke tengah hari,membawa ke petang, sampai la ke malam, bercakap aje keje nye Zara tu. Ummi suka sangat dengar nye.
Terus kan menjadi peramah cam ummi ye!

Rabun

17 April 2010

Lasik atau pun lebih dikenali sebagai treatment rabun menggunakan laser sudah semakin dikenali dan diketahui umum (mungkin).

Dah lama ummi nak buat lasik ni, since ummi disahkan mengalami rabun jauh yg semakin kronik. Masa tu baru masuk university. England Optical ke Focus Point ke ummi dah tak berapa ingat, penah offer ummi utk buat lasik dgn harga amat rendah utk student yg rabun teruk disamping menjadi bahan eksperimen mesin laser syarikat optical ni. Harga masa tu RM8000. Itu lah harga terendah yg tidak ditawarkan oleh Courts mahupun di Giant. Harga terendah itu adalah harga tercekik buat student cam ummi zaman tu. Nak pi tukar stand hidung kat spec ni pun risau kalau harga cecah RM10, inikan pulak nak serahkan RM8k tu utk bebola mata ni. Setelah ditanya lebih dalam, rupenye itu harga utk sebelah mata, kalau dua dua belah mata sila darab dengan dua ye. Yer! bijak matematik! Total nye ialah RM16,000!.

Ini memberikan motivasi drift utk ummi belajar lebih tamak lagi, dan score CGPA lebih tamak lagi demi mendapat pointer yg tamak juga supaya ummi nanti dapat kerja yang gaji nye tamak juga, so that ummi leh buat savings byk byk utk buat lasik. Dan lenyap lah kerabunan itu.
Kenapa ummi nak hilangkan rabun ni? Rabun ni kan warisan turun temurun dari nyang ke moyang ke atuk ke abah ke ummi? Kan ke itu trademark?

Trademark tak trademark, sbb dlm adik beradik ummi, ummi sorang je yg rabun...jadi itu bukan family trademark, itu adalah “k.u” iaitu kurang upaya melihat dengan jelas.

Tak delah nanti tiap tiap pagi bagun tido meraba raba tergagau gagau mencari spec, nak mandi kolam ke sungai ke laut ke tak de la risau spec karam, nak drive tengahari leh pakai sunglass tak le silau dek panahan matahari, nak mandi mesti best kalau dpt tengok sabun buih buih serta corak corak dinding bilik air tanpa tengok dekat dekat lagi, nak solat tak yah pakai spec boleh nampak sejadah dengan jelas, tak yah nak g kedai spec utk tukar frame kalau senget patah terpijak lagi, skrg ni pun sekali tukar spec ummi keneRM500-RM600 tu pun kanta tak nipis,jadi berat la beban kat hidung ni. Dan boleh la ummi nak merasa pakai maskara dan eye liner hehehe...

Skrg ni kos lasik dah makin murah, brother Kurt pun dah buat treatment tu last month. Irihati jugak ummi tengok dia dpt main futsal dengan bangganye tanpa risau bola kene spec. Dgr nye RM2000 sebelah mata. Rawatannye pun tak lama, tak sampai sejam dah leh nampak dunia yg indah penuh warna warni tanpa spec lagi...owh heaven nyer!

***
***

Ayah...bulan ni kita savings lebih ye...leh sponsore lasik ummi. Ummi nye pointer dulu tak berapa nak tamak la, jadi gaji kerja ummi ni pun tak tamak jugak la...lain la ayah...pointer tak tamak pun gaji nye bertamak tamak drpd ummi heheh ;-)



Bila ayah tiada...(Part II)

03 April 2010

Kelegaan ummi apabila tiba di kampung Aji, Bota terpancar di wajah tidak dapat dibendung lagi. Opah Ruby (letak nama komersial, nama panggilan harian ialah Opah Meah) berlari meluru ke kereta yg ummi parkir di laman rumah. Bukan ummi yang diterpa...tetapi cucu nya yg masih berkrooh dengan pipi dan dahi dicomoti biskut beras yg sudah kering itu ditujunya. Apalagi, Zara pun menangis la bila terkejut dari tidur, ditambah pulak dengan rajuk nya yg masih terbawa bawa dek kerana duduk belakang dlm carseat sorang sorang sepanjang perjalanan, sorry darling...ummi tak de kederat nak angkat cabut carseat tu pindah ke sebelah driver. Alah, sekali sekala Zara jadi boss duk belakang sedap sedap ape salah nye...kan best...hehe!

Jadi, pantang salah sikit, pantang ummi jauh sikit, pantang ummi membelakangi dia sikit pun dah menangis teriak...hai...ini lah dia kesan apabila ayah tiada. Nak berkepit ajer dgn ummi. Ummi nak mandi pun teresak esak nangis nya, kesian betul.

Tapi, baru ummi tahu Zara ni pencinta haiwan. If one day Zara jadi doktor veterinar, ummi tak la surprise sangat, sbb mmg dr dia umur 8 bulan lagi sifat kecintaan dia sudah terserlah apabila ekor Itam (kucing Ucu Alif) nye di tarik oleh Zara...ummi terkejut betul. Tak cukup dengan itu, mengelejat ngelejat melompat lompat Zara dalam walker bila tiap kali Itam lalu lalang dihadapannya. Kalau Itam lepak atas meja, laju aje Zara memandu kereta nye ke meja dan melepuk lepuk muka Itam sambil terkekeh kekeh ketawa, haiyooo....ummi pun tak berani nak mesra mesra dgn kucing camni yang oii!

Selain itu, rumah Opah Ruby ada akuarium, ada la beberapa ekor ikan yang ummi tidak tahu nama nama mereka. Zara punya keterujaan semakin menjadi jadi dengan menepuk nepuk dinding akuarium tu sambil bersembang say Hi kat derang..”bu bu bu bub bub bub baa baa baa bu”. Ummi ni nasib baik kuat, kalau tak, mau tersenget senget ummi di buat nye bila Zara asyik melompat lompat tengok ikan ikan tu melibas libas ekor beraksi ‘summer south’ dan terjun tiruk dalam tu.

Bunyi cip cip cip mengalihkan perhatian Zara. Owh, ade anak anak ayam kuning kuning warnanye baru menetas sedang bersiar siar dgn mak mereka. Zara terus kalih kan kepala dan terus memerhatikan anak anak chicken tu...hek hek hek hek Zara gelak noty, terus di tolak nye badan supaya ummi turun kan dia ke lantai luar umah opah. Ada gaya cam nak kejar. Jalan pun lom pas lagi, ade ati nak kejar ayam, tapi tak pe...ummi pegang ketiak Zara dan Zara pun melangkah laju menuju ke keluarga ayam tu. Eheh eheh heheh...suke betul dia.

Fuhh...letih ummi dibuatnya...melayan karenah Zara yg sangat kepochi itew. Letih drive pun tak sempat ilang, tambah dengan nak berkepit dgn ummi je. Hai...sayang sayang.

Bila malam tiba, Zara cam tak leh tido...serius memikirkan something...bila nek je dua tiga teguk...terus dia angkat badan nak bangun...seolah olah mencari sesuatu...ohh...cari ayah yer? Sian dia...ayah kat Vietnam...ayah g jalan jalan kat sana. Sayang tido lah..

Lagu ‘I want nobody nobody but you’ berkumandang dari N73 ummi...nombor panjang jer, “Zara! Ni ayah call...cakap la dengan ayah..”, ummi pegang kan henpon letak di sisi mulut nya.

“ba ba baaa,bu bu bub bu bub be”, aih, pandai nye sembang kat telepon dgn ayah.

“Zara tak tidur lagi ker?rindu ayah tak?” soal ayah.

“ba bab babb babb ba”, ngadu la tu!

“sayang jgn nakal nakal tau, tido cepat..sian ummi”, pesan ayah.

“mmm bu bu ba ba ba ba”, babai la kot kat ayah.

Bila dah habis sembang itu ini, ummi tekan butang merah utk end call. Sambung nyusukan Zara balik...kali ni, baru la dia nek lama.

Hmmm...dah pandai dia tu, tahu aje ayah tak de kat dia...nanti kita amik ayah same same ye!
Bila nampak Zara cam dah nak lena, ummi bacakan Surah Al-Fatihah, Al Ikhlas, Al-Falaq, An-Nass dan Ayatul Qursi ke telinga Zara diikuti dgn doa tidur...begitu la setiap malam sejak dari lahir hingga ke hari ini, tak pernah miss amalan sebelum tidur. Semoga Zara cepat hafal surah basic juz amma ini. Dan menjadi amalan Zara hingga dewasa nanti, Amin. Ummi cuba terapkan amalan amalan dan juga sunnah Nabi kita kat Zara sedikit demi sedikit.

Krooh...Zara dah lena...sweet dream sayang...mimpi kan ayah dan ummi yer. Good Nite!



Bila ayah tiada...

02 April 2010

Memikirkan yang ummi tinggal berdua dgn Zara weekend ni, ngenang kan nanti ummi nak ke dapur basuh pinggan pun Zara akan menangis kesukaan, dan ummi nak ‘membuang’ pun tidak indah apabila Zara memanggil manggil ummi dengan tangisan umpama di cubit cubit itu,dan juga ummi nak memasak pun tidak dapat apatah lagi bila nak turun naik membeli makanan, dan dibuatnya ada kecemasan, maka ummi rasa ummi bersetuju lah dengan cadangan ayah, Opah Bota dan Opah Sayong utk blk Bota. At least meriah sikit hujung minggu kita. Zara pun boleh berkenal kenalan dengan Hitam kucing baru Ucu, chicken little 3 ekor dan ayam ayam opah di kampung kan. Wah, ummi pasti Zara akan suka dan gembira.

Jadi, seusai menghantar ayah ke LCCT, ummi pun drive ke Tasik Sltn dengan penuh hati2, dan Alhamdulillah, sepanjang perjalan dr LCCT ke rumah, Zara baik aje, bermain dengan bear panda dan rabbit dia sampai tertidur lena. Ummi memandu pun rasa tenang dan lapang.

Tiba di rumah, ummi letak Zara dalam walker, dan ummi start ngemas, packing barang2 masuk dalam beg dihiasi dengan rengekan Zara nak ummi peluk dia aje...huh, perpeluh! Bugdet kul 10am nak bertolak, tapi sudah nye campur dengan nekkan Zara, campur dengan Zara boring dalam walker, campur dengan Zara nak berdukung, campur dengan Zara nak ummi temankan dia main gedebuk gedebak...dah kul 1.00pm. Dengan beg beg yg lom bawak turun masuk ke kereta lagi...sungguh mencabar. Sudah nya, ummi decided nak Zohor dulu di rumah. Elok lepas tu pun Zara dah cam ngantuk nak tido, ape lagi, ummi nekkan dia sampai dia tertido lena siap dengkur lagi...ummi letak dia dalam buai. Lekas lekas ummi turun bawah, sumbatkan beg beg dan walker dlm kete, naik umah balik, mandi, solat zohor dan...makeup ape patut, hah ...baru lega perasaan. Mental harus lapang bila nak berjalan jauh ni...kalau kelam kabut nanti, kepala stress, pening la, itu la ini lah...payah...

Bila dah solat, ketenangan itu hadir dengan sendirinya. Ummi angkat Zara dengan cermat, takut dia terjaga pulak nanti. Ummi kunci pintu rumah, grill semua, tekan lif, turun ke G, kereta ummi dah siap siap park depan lif, dan letak Zara dengan cermat dalam car seat. Alhamdulillah...

Ummi tutup pintu belakang rapat rapat, kemudian ummi ke kerusi driver, betulkan cermin sisi betul2..kerusi kasi adjust ikut keselesaan...dan ummi baca doa naik kenderaan. Amin.

Perjalanan di mulakan tepat jam 1.30pm. Zara masih tidur. Ummi drive tak laju, 110km/h je ikut peraturan. Tiba di NKVE, terasa syaitan sudah mula nak bergayut di kelopak mata...tu nak suruh ummi ngantuk la tu. Tak leh jadi, ummi harus benti mana2 yg ade drive thru utk ummi beli air yg tak perlu ummi turun dr kereta. Tapi malangnya, tak de satu pun RnR yg ade drive thru sebegitu, semua nya ummi kene turun. Cane ni?...

Melepasi RnR Tanjung Malim, Zara dah terjaga. Mula mula dia ok, tegur tegur hai hai kat ummi dia. Pas tu dia main balik bear panda dia..lepas tu dia huwaaaa...dia punya nangis memang tak kasi chance kat mata ni nak ngantuk. So tak payah cari air atau RnR utk menyegarkan mata, tangisan dan teriakan Zara ni pun dah lebih dari cukup utk buat kantuk ni lesap.

Ummi terus ‘chacho’ memandu, serba tak kena jadi nye bila memandu dlm keadaan anak melalak cam rockers. Ummi terpaksa bentikan kereta di bahu jalan,menekan punat lampu kecemasan...dengan lori balak lori trailer bas bas ekspres melepasi kereta kami dengan laju nya...ummi keluar dari kereta...meluru membuka pintu belakang menerpa carseat Zara...menutup kembali pintu kereta lalu mengunci nya dari belakang...Zara ummi angkat letak di riba....memeluknya...memujuk nya...hingga berenti tangis nya..lalu ummi nek kan dia supaya dia tenang kembali dan tertido...

Zara kembali tenang...dia dah boleh gelak gelak bila di agah...ummi letak dia kembali dalam carseat...dia merengek semula...ummi beri mainan lain utk mengalihkan perhatian dia...namun tetap sama...ummi pun bawa Zara ke seat driver (sbb Zara suka pegang stereng)...sekali...

“Tuk tuk tuk”, bunyi tingkap pintu driver di ketuk dari luar..

Ummi gabra...ummi tak lekas buka pintu, sebalik nya ummi tgk kat side mirror...rupenye lori plus ronda dah mai...

“tuk tuk tuk” kedengaran sekali lagi...

“ye encik?” ummi turun kan tingkap sikit...

“cik kenapa ye?kereta rosak ke?”

“err tak, anak saya nangis...ni nak pujuk dia la ni” balas ummi.

Sambil dia mengintai isi kereta ku “cik drive sendiri ke?berdua dgn anak jer” pekerja plus bertanya.

“yer...haah”

“kalau cam tu cepat cepat sikit pujuk anak tu, jgn lama lama kat area ni, bahaya. Kami tunggu di belakang”

“Terima kasih encik” ummi tak keruan di buatnya...tarik nafas dalam dalam...bisik kat telinga Zara...please sayang...tolong ummi...jangan nangis nangis dah...

Zara diam, seumpama faham pesan umminya.

Lalu ummi cepat letak Zara dlm carseat kembali, pasangkan seatbelt nya, dan ummi beri dia main calculator elektronik hadiah cenderahati perkahwinan Abg Lan (yg ummi plan nak bagi Ucu Alif pakai), Zara terus happy bila dapat pegang benda baru yang dia tak pernah tengok sebelum ni. Fuhh....

Ummi kembali ke seat driver dan memandu kembali, sambil tangan ummi lambai keluar dr tingkap, sebagai isyarat terima kasih kepada abang abang PLUS tu...baru kejap ummi masuk gear 4...Zara menangis lagi...hadus...tak tentu arah di buat nye...ummi memandu lebih laju lagi utk cepat sampai ke RnR seterusnya...maka sepanjang perjalanan ke hentian dekat Behrang, Zara nanyi lagu best berair mata utk ummi. Sampai di Behrang, ummi singgah tepi gerai utk beli air dan berger utk lapik perut yg dah lapar disamping teriakan Zara tu...dan terus ke tempat duduk belakang, pujuk Zara kembali. Cam biasa, terapi terbaik ialah dengan nekkan dia. Zara kembali ok, kali ni ummi beri dia pegang dan makan biskut beras bayi yg memang ummi dah spare dlm handbag ummi. Suka sesangat la Zara tu kalau dpt biskut tu. Dapat la ummi drive dgn aman hah, lega...

Perjalanan di teruskan...kali ni sampai di Tapah biskut Zara tu dah habis di makan. Ummi singgah sat utk beri lagi sekeping biskut kat dia...dia suka...daripada lagu rock tangisan syahdu bertukar kepada lagu wonder pets versi biskut beras keriangan.

Pemanduan diteruskan sampai lah ke exit Gopeng. Sampai sini ummi dah lega...sbb dah kira cam nak sampai Bota, walhal jauh lagi ada la dlm 1jam perjalanan lagi...

Tiit...bunyi kad touch & go disentuh...(Smart tag tak de...susah betol nak kene bukak pintu kete proton yg tak leh turun habis tingkap nye...)melepasi tol, dan lampu traffik pulak merah...ummi freekan gear dan menarik nafas lega...aik...senyap aje...tak de bunyi pun...lantas ummi menoleh ke belakang...ke seat Zara...tidur...Zara tidur kembali dengan pipi dan dahi habis comot dengan biskut beras dia tu...ummi tengok tangan nye masih tergenggam baki biskut yg melekat...sian anak ummi tu...

Lampu bertukar hijau. Ummi masuk gear satu dan kereta meluncur...dengan aman ke arah Batu Gajah, terus ke arah Siputeh, terus ke Tronoh...Taman Maju...Bandar Universiti...Seri Iskandar dan Bota Kanan...

Alhamdulillah...kami selamat sampai...Elok tiba di Bota...Zara pun terpisat pisat dan terjaga.
Oppss lupa, sebelum tiba di Gopeng tadi, ummi ada terima panggilan telefon dari ayah, mengatakan dia dah selamat tiba di Ho Chi Minh Airport, masa itu Zara punya nangis amat la dasyat. Risau ayah nye...

Alhamdulillah selamat sampai kami semua nya.

Enjoy