LRT okay?!

20 June 2007

Public transport ni memang selalu buat eden raso maghah...
route kerja:
Bukit Jalil (LRT)-->Masjid Jamek(feeder bus)-->Shah Alam
Setiap pagi aku akan bgn seawal jam 6.15 bersiap mandi manda
bertouch up ala kadar dan kuar dr umah jam 6.50pagi. Drive ke
lrt station tiba dlm kul 6.57-7.00am. kekerapan train LRT adalah
setiap 6 minit satu. Train akan tiba sepatutnya pada setiap
jam 7.00am @ 7.06 @ 7.12 (sepatutnya okay!!)
sekiranya aku berjaya naik train sebelum jam 7.15am aku akan tiba
di Masjid Jamek pada atau sebelum 7.35am dan feeder bus akan
bergerak ke Shah Alam tepat jam 7.35am.

Kes di sini ialah kekerapan train tidak konsisten dan tidak mengikut
jadual. Bertambah berat kes nih apabila setiap hari akan ada train
yang 'TIDAK DALAM PERKHIDMATAN' merentasi diri ku samada
pada jam 7.00 atau 7.06 atau 7.12.Sekiranya aku tiba di platform
pada jam 7.00am dan train 7.00am tidak dlm perkhidmatan situasi
masih boleh dimaafkan kerana train pukul 7.06 akan tiba dan aku
akan sampai di Masjid Jamek on time. Tetapi aku akan naik angin
bila train yg sepatutnya tiba jam 7.06 tiba di platform jam 7.15am.
Ini akan menyebabkan aku hangin tahap dewa sebab aku amatlah
penat berlari hari hari pagi pagi dr tempat letak kereta ke kaunter
tiket dan berlari lagi naik escalator hingga ke platform tetapi train
lalu begitu sahaja dan akan bertambah hangin tahap dewa 20 bila
aku akan lewat tiba di Masjid Jamek dan akan ketinggalan bas
pertama. Nasib akan baik sekiranya bas kedua tiba pada waktunya..
bayangkan apabila bas kedua pula tiba pada jam 8.00am, di mana
aku akan tiba di tempat kerja 40minit kemudian?jadi aku hanya ada
masa 5 minit untuk punch tag kerja dan login softphone. Login time
is 8.45am...
Itu kalau sempat...
Tapi apakah perasaan anda bila bas kedua tiba pada jam 8.15 atau8.30 atau
tak datang langsung?

Kesan nya ialah :-
1) Working adherence aku akan jatuh di mana aku tak akan dpt 100%
ketepatan waktu utk satu hari.
2) KPI (sesapa koje call ctr sure tau ape itu KPI)..maknenye possibility
utk aku dpt duit extra akan jatuh okay!
3) Kalau bus tak dtg langsung,aku perlu ctc TL dan beri tahu aku MC,
sebab antara LATE COMING dan MC, maka MC adalah lebih MURNI
4) Kena pegi clinic pretend sakit,dpt MC kena le kuarkan RM48...boley?

Sekarang ni...kalau sekali tak pe la kan...tapi ini dah lebih dari sekali
dan aku sepanjang 7 bulan bekerja di BANK ini aku dah amik 2 kali MC
disebabkan kes kes di atas. The problem is here, untuk CONFIRM bekerja
dgn bank ini,aku perlu pastikan tiada MC di ambil sepanjang tahun
dan tiada late coming sepanjang tahun. Maka apakah perasaan
anda jika apa yg terjadi bukan salah anda? dan kesan akibat peristiwa
di atas hanya di tanggung oleh diri sendiri...ye lah...bleh ke nak claim
MC dgn LRT? bleh ke nak claim clean record dgn LRT? boleh ker?
aku ish...maka dgn itu...aku dah malas nak letak harapan tinggi
untuk confirm dgn BANK ni...sebab...aku hanya manusia biasa.
i am not robot! bila manusia kita memang tak lepas dari perancangan
yang tidak menjadi atau senang kata...manusia hanya merancang
Allah jua yang menentukan...
jadi...aku berserah pada Yang Maha Esa....sekiranya ada rezeki aku
..insyaAllah...aku akan dpt apa yang di hajati....amin...

3 Comments for this entry:

Ceera said...

tu la masalahnya kalau naik public transport nie zue... lrt ok lagi, cuba kalau komuter, lagi hangin okey... suka hati dia ajer nak datang kul bape... pastu delay pon suka2 hati dia dan rosak pun suka2 hati dia... sangat la sakit hati dan jiwa kalau naik komuter... sampai phobia nak naik komuter... tak suka tak suka tak suka...

kuehbangkit said...

aik...
itu mcm kesah dr pengalaman jerk!
memang masak kalau naik public transport eera...

Ceera said...

Memang la pengalaman... sebelum naik keta gi opis.. ira hari2 naik bus and komuter. 2 jam perjalanan... sangat la sedih masa itu... huhu

Enjoy