Berpantang di Kampung

03 August 2009

Jumaat pagi 24/7/09, aku dan abang ke NICU nak tengok Zahra. Sampai je kami kat situ, nurse bagi tahu Zahra boleh balik hari ni. SB nye dah turun 249. Tapi ade banyak surat doktor yang nurse tu bagi pada kami. Surat untuk diberikan pada Klinik Kesihatan (sbb aku akan berpantang di kampung, jadi klinik desa terdekat ialah poliklinik kesihatan Bota Kiri), surat discharge doktor yang terkandung cronology Zahra sejak lahir hingga hari ni. Surat appointment pediatrik Zahra, ujian pendengaran untuk tesis doktor, buku appointment Zahra, buku appointment aku. Semua nak kene ingat date. Kebetulan masa nurse tu explain kat aku, abang tak de sekali sbb abang pegi buat bayaran. Jadi menggelupur sikit la aku nak ingat bebanyak, kalau abang ada senang, dia kuat ingatan. Aku ni dah la masa tu tengah nyusukan Zahra, nak kemas beg dia lagi, nak pakai kan baju dia sambil nak dengar pesanan2 nurse tu. Siap pesan suh bagi Zahra makan folic acid guna picagari la bagai. Wah, tu lah tugas ibu untuk anak nya.

Walaubagaimana banyaknya pesanan, hati aku tetap berasa lega sbb tak perlu lagi berulang ke NICU dan tak perlu lagi rasa pilu bila tengok Zahra kene amik darah. Dan aku boleh memulakan sesi berpantang dengan lancar insyaAllah. Mula berpantang setelah seminggu bersalin. Tapi, checkup untuk kuning Zahra tetap perlu di teruskan di Klinik Bota Kiri. Tak pe, yang pasti Zahra tetap berada di sisi aku. Tak perlu wad.

Petang jumaat, kami tiba di rumah dan mula ngemas barang2 yg perlu di bawak balik kampung. Mak mertua yang belum pernah jumpa Zahra pun sampai dari Temerloh (rumah Yang), dapat la mak tengok Zahra walaupun dah hari ke 8.

Sabtu pagi kami (aku, abang, Zahra, mak dan Alif) bertolak ke kampung. Sampai do Bota Kiri, kami masuk rumah mak kejap, dan 1/2 jam lepas tu aku, abang dan Zahra ke Sayong. Sebab ayah mertua dah dendam nak tengok cucu baru. Jadi kami tido satu malam di Sayong. Zahra agak meragam malam tu, mungkin sebab perjalanan jauh dan jugak tido di tempat baru. Mak mertua pun buat kan tuam untuk Zahra (tali pusat) dan jugak belah mulut Zahra dengan kurma dan air zamzam sambil mendoakan Zahra menjadi anak yg solehah.

Ahad kami betolak le Bota Kiri semula. mak dah siap kemas bilik kami, dah turun kan langsir kami yang berwarna kuning gold, sapu bilik dan juga tukar cadar katil. Terima kasih mak.

Isnin kami semua ke klinik bota kiri untuk check kuning Zahra. Alhamdulillah, turun, kat sini derang kira nilai parameter yg kecil compared tu HUKM. Kalau kat sini kiraan SB Zahra ialah 12.3 (220 kalau HUKM) cane kire tu? sila darab dengan 17 untuk tahu parameter yg besar. Rupa2nya, untuk di ishtihar kan bebas kuning, SB mestilah bawah 10 (atau 170 ikut HUKM). Petang abang balik semula ke KL. Aku sedih, Zahra pn sedih sbb berjauhan. Selama abang di kampung, abang lah yang tolong mandiakn Zahra, tuamkan, bedak kan, pakai kan baju, tukar kan pampers, dukung, agah ish, macam macam. Zahra pun suka betul bila dengar suara ayah dia yg kuat tu. Dengar je suara ayah dia, mula la bulat matanya, kadang2 dia senyum. Suka la tu dengan ayah ye?! Nan ti ayah balik kl, ummi buat semua ni sendiri. Tak pe, mak ada ;-)

Selasa perlu ke klinik sekali lagi untuk tengok penurunan. Kalau tak turun kene refer Hospital Manjung which is aku tak nakkkkkkkkkkk sangat. No more refer refer, no more ward! Mak drive kan ke klinik . kesian mak, sebelum bertolak mak dah siap reverse kereta untuk kami masuk , sekali 2 bijik tayar kereta wira mak lepek. Tak jadi mak drive wira tu, mak pun start kan kete Nissan Sunny yg sudah veteran tetapi sangat berjasa tu. Kami selamat samapai di Klinik Bota Kiri. Alhamdulillah, SB Zahra turun lagi hari ni 11.5 pada hari ke 11 kelahiran. Ada masa 3 hari lagi untuk Zahra turun bawah 10. Sbb kuning ni rupa2nya, duration paling lama ialah 14 hari. Aku makin giat memastikan every 2@3hours Zahra akan nyusu. Aku tak tido tak per, asalkan kuning Zahra turun maximum!

Rabu, SB Zahra turun lagi. kali ni 9.7, alhamdulillah. tapi nirse tu suh datang balik hari Jumaat, kalau maintain turun, Zahra diishtihar bebas kuning, tapi kalau ade peningkatan, perlu refer doktor @ Hospital Manjung.

Jumaat, alhamdulillah, SB Zahra turun ke 8! jadi tak yah datang klinik lagi!

Sepanjang aku di kampung ni, aku sudah mula berurut dengan bidan kampung yang telah didaftarkan di bawah kementerian kesihatan bermula hari Selasa sampai isnin 3/8/09 (7 hari berturut turut) dengan charge yang murah RM25 sekali urut, mandi air akar kayu, bertungku dan minyak urut. Kalau KL aku tak tau la. jadi RM25*7=RM175. Kenapa 7 kali? sbb beranak anak sulung seelok2nya 7 kali berurut, anak kedua 5 kali, anak ke tiga 3 kali urut. Gitu katanya. Makcik No ni kata, org dlm pantang kene makan makanan berkhasiat. Jangan makan nasi putih dan ikan bilis bakar hangus je. Kene makan ikan masak kari ke, sayur masak air ke, ayam boleh makan, minum air milo. Wahhhhhh, seronok nye!!! sbb kedua-dua mak dan mak mertua aku tak kasi makan yang berkuah, tak leh makan ayam, tak leh makan bergoreng, air kene air masak suam sahaja. No milo, no kopi. no nescafe no no no! kene makan nasi putih panas dan ikan bilis berlada hitam sahaja. dan akibatnya, kuning Zahra naik masa 2 hari di benarkan keluar dari NICU, kenapa? sebab lada hitam! lada hitam panas, jadi kuning cepat naik menurut makcik bidan yang dah arif sbb sentiasa follow kementerian kesihatan punya taklimat. Tupasal aku pelik kenapa 2 hari itu, kuning Zahra naik. Mesti ada something yg aku makan tak kene. Mak aku pulak terus tukar menu pantang aku daripada nasi putih dan ikan kering semata kepada yg lebih lazat dan sedap. baru la aku rasa pandangan aku bercahaya, sbb aku tak boleh makan nasi tak berkuah, mesti kene basah, aku tak boleh kalo tak makan sayur, aku tak leh kalau minum air masak semata-mata 24/7, mesti nak ade air gula sikit cam milo ke untuk tenaga. Tq la cik no!




Zahra discharged from NICU

Khamis 23/7/09 Zahra kami bawa ke Premier HUKM utk check sb kuning nye. Dalam surat referral HUKM tu mmg dah stated kalau SB rebound >260, kene bawa balik NICU. Kami berdua harap sangat kuning Zahra turun hari tu.

Petang dalam kul 4.30, doktor Linda Premier HUKM call abang, bagitau result kuning Zahra naik ke 290. Dengan berat hati kami bawa Zahra semula ke NICU.

Tiba di NICU aku susukan Zahra kenyang kenyang dengan harapan SB Zahra turun.


Enjoy