~
Dah bertahun bercouple tetiba baru je terbongkar satu rahsia antara lelaki ini dan keme.
Rahsia terbogkar bila one day keme ajak lelaki ini teman kan g Book Fair kat PWTC baru baru ni. Dalam ikhlas tak ikhlas lelaki ini temankan la jugaks...
Keme singgah la kat gerai buku yg jual komik Kartini karya Temabakau (ex senior sekolah keme)...tetiba je lelaki ini excited...dia pun suke juge komik ala ala gini...terus lah berubah keikhlasan hati lelaki ini menjadi mutlak...dia pulak jadi syok mencari sesuatu yg dia suka..keme follow je... tup tup....dia hilang...aih...hilang dalam ramai ni (exist)...siu dah le berpusu pusu org....
Keme cari cari rupenye dia tgh belek belek satu komik yang memang keme cari cari selama ni..tp di sebab kan tak pernah jumpa jadi keme pendam kan aje niat nak mencari... tapi sekarang...lelaki ini sedang membelek dan membeli komik itu...
Keme memang minat dgn komik Aie Aku Hidup Dalam Blues, Aku dan Sesuatu dan dot dot dot.
Jadi itu lah pertalian kimia antara keme dan lelaki ini!