Sejak demam batuk selsema aritu, ummi mengalami batuk dan selsema yg till now masih belom sembuh, kalau aritu kerongkong ni gatal sampai nak bercakap tak boleh, gatal bila batuk sampai rasa nak terkencing, tapi kini hanya lah gatal utk batuk dan kahak pekat warna coklat yang keluar, selsema pun sama, tak le meleleh basah aje hidung ni, tapi tiap kali batuk, hingus pun cam sumbat aje kat hidung, jadi perlu ludah kan kahak dan hembus hingus utk kuar kan mukus.
Bila dah ubah warna ke coklatan ni ummi risau pulak...
Jumpa artikel ni kat website mana ntah, utk dikongsikan bersama:-
"Batuk yang berkahak
Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.
~Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.
~Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
~Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru(ha?). Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria(patutla Dr Mansor tulis bronkitis kat MC ummi).
~Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:
~guaifenesin (Breacol)
~carbocisteine (Rhinothiol)
~ambroxol (Mucosolvan)
~cyclidrol (Mucoflux)
~herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.
Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja(ummi mkn aritu kat office, sekali nak balik, drive kete cam sambil tido...bahaya!). Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Sila lihat generik.htm. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.
Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda. Sila lihat artikel penting di antibiotik.htm."
Batuk ada kahak & hingus warna coklat
29 March 2010
Ceritera kuehbangkit at 10:38 AM 3 Comments for this entry
Tak nak minum susu ummi dlm botol
28 March 2010
Opps, lupa nak story.
Huh, amat pilu bila babysitter bg tau Zara tak nak minum susu(Monday 15/3/2010). Dia hanya nak makan bubur nasi yg ummi bekal kan dan sulam minum air masak je. That's it! Susu ebm yg ummi bekal kan dia tak mo minum langsung dr botol.
Jadi ummi mintak tolong sesangat kat ibu (baby sitter), minta sudukan air susu ummi tu instead of just bg air suam. Jadi bila time menyusu, ibu kena la bg Zara minum guna sudu dgn penuh kesabaran. Maaf la ibu ye.
Ragam Zara berlarutan sehingga lah one day ummi perasan ade gigi baru tumbuh (23/3/2010). Owh, patut lah Zara macam macam idea dia. Rupenya gigi dia dah tumbuh cam gigi ayah dia..hensem ayah dia...(erk, cane leh ade ayat yg lain macam ni? ni mesti ayah nak tumpang glamor ni ;-))
Ha, tu la dia. Menurut kaum2 ibu yg lain dlm satu forum tu katanya, anak yg breastfeeding yg baru nak tumbuh gigi memang akan ada ragam boikot botol susu, geli gusi agaknya.
Buat masa ni sehingga ke hari ini...Zara masih lagi tak mau minum susu dlm botol...
Jangan lama lama ragam ni ye sayang...
Ceritera kuehbangkit at 8:25 PM 0 Comments for this entry
First Tooth Brush & Nuby Breastflow Bottle
27 March 2010
Aha, since dah ade gigi ni,
ummi haruslah lebih prihatin dlm menjaga mulut dan gigi my little princess tu. Dan semenjak buat ragam tak mo minum ebm ummi ni, jadi ummi cuba la tukar botol susu baru kot kot boleh menyelesaikan masalah ummi ni.
Jadi kami g Toy's R Us, cari botol susu Nuby silikon lembut betul sebijik cam breast. haha.
Cha'a, jgn tak mo minum dalam botol ni tau! mahal ni :-) tak pe, ummi tak kesah, asalkan Zara tak berlapar di rumah ibu.

Nanti kita gosok gigi sama sama ye!Nampaknye Zara suka gosok gigi. Senang la ummi!Ceritera kuehbangkit at 5:51 PM 0 Comments for this entry