Camping di Sg Gabai

23 June 2007

23/6/07 Sabtu

Geng2 Jaring(ex-officemate) ajak aku pegi camping kat Sg Gabai Hulu Langat.
Sampi kat sana dlm kul 6.30 ptg,aku,si dia, suraya,kak shida & husband tiba kat camp site dan statrt pasang khemah. Aku sekhemah dgn suraya manakala si dia dok khemah 4 man tent sorang sorang...aku tau si dia suka betul dpt tido khemah beso. Dlm kul 7.30 hari dah gelap,khemah memang dah siap di didirikan,kami hidupkan bara api utk barbeque.
Khemah kami sebelah dgn air sungai yg mengalir laju melanggar batu batu sg yg besar...deras juga air nye...best and relief betul dengar bunyi air sungai tu...pergghh...Alhamdulillah....

Disfunctioning aircondition

21 June 2007

Aku tiba di Masjid Jamek dr Shah Alam pukul 6.40ptg.
Aku naik train Masjid Jamek-->Bukit Jalil jam 6.45ptg
dan tempoh masa perjalanan ialah 30minit. Can u imagine
guys 30minit dalam train tak berhawa dingin?
Semua penumpang berpeluh peluh yang handsome dah
jadi tak handsome,yang muka ada makeup semua cair.
Penumpang memang ramai, padat, masing masing berhimpit himpit.
Aku ke kesabaran aje laaaaaaaaaa....aku dok perati je org org lain
semua senyap tak bercakap sebab tgh tahan rasa panas.
Serius aircond tak ade langsung...ada mamat india nih memang
muka dia nampak sungguh sungguh tak puas hati,baju dia
basah dgn peluh...aku rasa dari gaya dia berpakaian aku tau
dia mesti org kaya...
Depan aku plak ada encik cina nih muka dia daripada warna putih
dah jadi merah...cam udang kena bakar serius tak tipu...
Baju dia tang perut, lengan,ketiak,belakang semua basah tau...aku tau
mamat tu sure menyumpah nyumpah dlm hati...
Yang free hair semua dah basah basah rambut kene peluh...
aku yang sopan penuh tertib nih pun dah senseng lengan baju
tak tertahan rasa panas nye kome...
dlm hati aku...ini baru panas dunia...walaupun memang panas...
nampak tak tahan...semua basah peluh...semua nampak letih
tapi cane dengan panas padang mahsyar?aku tak sanggup nak
bayangkan...aku dgr mamat india yg macam kaya tadi ckp omputih
"i will lodge a complaint when i come out from this train!"
halamak...ini drama best...
so aku pun follow mamat ni turun (sebab kebetulan dia turun Bukit Jalil gak)
laju betul dia turun...aku pun ikut laju..sbb aku nak tgk cane dia marah
cane dia complaint...ghupenye mamat itu hanya la berani menghamburkan
marah nye kat pakcik yg jual tiket...pakcik tu plak buat nohen aje..
iye le..bukan salah dia...dia jual tiket...bukan dia yg drive train tu..
nak aje aku ckp kat mamat india tu "ello sir,u complaint to the wrong person"
****************
habis bab train ade satu lagi peristiw,sesampai je kat parking kereta aku dapati ada
blkg kereta aku kene block dgn waja silver yg memang bijak memparkir keretanya
aku dah tunggu 30 minit dok gostan gohead...tapi tak lepas lepas gak nak kuar
until ade 1 indian couple ni dtg nak guide aku utk reverse..huk huk malu
takpe...akhirnya dpt gak aku kuar...kepada pemilik waja yg bijak itu..
lain kali park betul betul blkg bonet aku hokay!!

LRT okay?!

20 June 2007

Public transport ni memang selalu buat eden raso maghah...
route kerja:
Bukit Jalil (LRT)-->Masjid Jamek(feeder bus)-->Shah Alam
Setiap pagi aku akan bgn seawal jam 6.15 bersiap mandi manda
bertouch up ala kadar dan kuar dr umah jam 6.50pagi. Drive ke
lrt station tiba dlm kul 6.57-7.00am. kekerapan train LRT adalah
setiap 6 minit satu. Train akan tiba sepatutnya pada setiap
jam 7.00am @ 7.06 @ 7.12 (sepatutnya okay!!)
sekiranya aku berjaya naik train sebelum jam 7.15am aku akan tiba
di Masjid Jamek pada atau sebelum 7.35am dan feeder bus akan
bergerak ke Shah Alam tepat jam 7.35am.

Kes di sini ialah kekerapan train tidak konsisten dan tidak mengikut
jadual. Bertambah berat kes nih apabila setiap hari akan ada train
yang 'TIDAK DALAM PERKHIDMATAN' merentasi diri ku samada
pada jam 7.00 atau 7.06 atau 7.12.Sekiranya aku tiba di platform
pada jam 7.00am dan train 7.00am tidak dlm perkhidmatan situasi
masih boleh dimaafkan kerana train pukul 7.06 akan tiba dan aku
akan sampai di Masjid Jamek on time. Tetapi aku akan naik angin
bila train yg sepatutnya tiba jam 7.06 tiba di platform jam 7.15am.
Ini akan menyebabkan aku hangin tahap dewa sebab aku amatlah
penat berlari hari hari pagi pagi dr tempat letak kereta ke kaunter
tiket dan berlari lagi naik escalator hingga ke platform tetapi train
lalu begitu sahaja dan akan bertambah hangin tahap dewa 20 bila
aku akan lewat tiba di Masjid Jamek dan akan ketinggalan bas
pertama. Nasib akan baik sekiranya bas kedua tiba pada waktunya..
bayangkan apabila bas kedua pula tiba pada jam 8.00am, di mana
aku akan tiba di tempat kerja 40minit kemudian?jadi aku hanya ada
masa 5 minit untuk punch tag kerja dan login softphone. Login time
is 8.45am...
Itu kalau sempat...
Tapi apakah perasaan anda bila bas kedua tiba pada jam 8.15 atau8.30 atau
tak datang langsung?

Kesan nya ialah :-
1) Working adherence aku akan jatuh di mana aku tak akan dpt 100%
ketepatan waktu utk satu hari.
2) KPI (sesapa koje call ctr sure tau ape itu KPI)..maknenye possibility
utk aku dpt duit extra akan jatuh okay!
3) Kalau bus tak dtg langsung,aku perlu ctc TL dan beri tahu aku MC,
sebab antara LATE COMING dan MC, maka MC adalah lebih MURNI
4) Kena pegi clinic pretend sakit,dpt MC kena le kuarkan RM48...boley?

Sekarang ni...kalau sekali tak pe la kan...tapi ini dah lebih dari sekali
dan aku sepanjang 7 bulan bekerja di BANK ini aku dah amik 2 kali MC
disebabkan kes kes di atas. The problem is here, untuk CONFIRM bekerja
dgn bank ini,aku perlu pastikan tiada MC di ambil sepanjang tahun
dan tiada late coming sepanjang tahun. Maka apakah perasaan
anda jika apa yg terjadi bukan salah anda? dan kesan akibat peristiwa
di atas hanya di tanggung oleh diri sendiri...ye lah...bleh ke nak claim
MC dgn LRT? bleh ke nak claim clean record dgn LRT? boleh ker?
aku ish...maka dgn itu...aku dah malas nak letak harapan tinggi
untuk confirm dgn BANK ni...sebab...aku hanya manusia biasa.
i am not robot! bila manusia kita memang tak lepas dari perancangan
yang tidak menjadi atau senang kata...manusia hanya merancang
Allah jua yang menentukan...
jadi...aku berserah pada Yang Maha Esa....sekiranya ada rezeki aku
..insyaAllah...aku akan dpt apa yang di hajati....amin...

Enjoy