Wah! Mak lupe nak bagitau! Lupa nak kasi heboh!
Mak kini dah ber Black Berry tau...BBM sesaje!
Baru la rasa tidak di bawah tempurung lagi! Donia ini luas!
Ate nye...
asei ade oghang update status FB aje...BB keme berbunyi,
orang tuko gambo profile FB pun...BB berbunyi...
Tak payoh bawak laptop ke hulu ke hilior nak nengok FB.
Bawak BB aje udoh boleh nengok FB.
Bukan FB aje! carik Google Map pun senang! hik hik hik...tak payah beli
pamplet cuti-cuti malaysia time berjln2!
Bukan itu aje, segala email.. email gmail, email ofis, email personal semua
dlm BB aje! Reply email pun situ jugok!
Hai, baru le rase bernapas sikit otak ni...
Hidup Kena Sosial!
Hahaha
p/s: cakap aje le tak mampo beli laptop...ye dak
Black Berry The Phenomenon
17 February 2011
Ceritera kuehbangkit at 4:55 PM 2 Comments for this entry
Tunai Nazar
13 January 2011
Alhamdulillah...
Berjaya!!!
Terima kasih Allah.
So, kena tunaikan nazar pulak lepas ni...
Puasa 3 hari sebab dah berjaya menerobos ke 'situ'
Tapi, hari ni nak cuti masak lagi la...mood masak tak mai pulak!
Ceritera kuehbangkit at 2:50 PM 3 Comments for this entry
Rahsia Masak Sedap
11 January 2011
Psssttt...nak tau tak kenapa ramai kata I masak sedap?
Hik hik hik...ramai yang kata cam tu tau.
Tak caye? tanye Encik Zulhilmi, Cik Zara, Cik Idah, Pn Robeiah, Ucu Alif, Ayah Ngah Idi a.k.a Ayah Mok, Paksu Icam, Pn Izut, Pn Siti Norhabsah, ish ramai la, termasuk rakan2 tempat kerja.
Deme sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi juri masakan professional I.
Selain bahan bahan yang cukup serba serbi, namun ada satu perkara yang harus diambil kira.
Iaitu...Jiwa dan Hati yang tenang.
Dengan Hati yang tenang, segala masakan pasti akan sedap, dan kalau tak sesedap masakan Chef pun, percayalah...masakan pasti akan habis licin...pasti makan bertambah. Hik hik hik...
Tapi hari ni I tak leh masak...
Hati tak berapa tenteram...sebab...
Nak kene baca buku...banyak nak kene study ni...kacau...kacau!
Nak gi hiris bawang pun tk sedap hati sebab tak habis study lagi ni...
Otak dah berkarat...nak kene recall balik ilmu ilmu lama ni...
Jadi...hari ni I cuti masak u olls...kire ok la dapat masak nasi dan ayor...
Lauk kang I masak kat kedai...setel!
Lagipun semalam I masak menu dahsyat taw! Ikan Bawal Masak Kari, Tumis Kuchai dan Taugeh taruk tauhu dan fishball sikit serta Ikan goreng rempah...hehe...
Encik Zul kita makan bertambah...itulah rahsia kemontelan perut beliau ;-)
Ceritera kuehbangkit at 4:43 PM 6 Comments for this entry