The Car Racer & Good Keeper

14 October 2010

Name Glamor: Zara
Umur: 1 tahun 2 bulan
Kepandaian: Dah boleh bukak dan main game henpon sendiri!

Don't disturb me ayah! I'm driving!

That's my car...Yellow in colour!...
.
Ayah kalau nak call, guna henpon lain ye! tu CSL ade...pakai yang tu...ni Zara nyeer!
So ayah sekarang, terpaksa pasrah...henpon dia dah jadi milik anak dia. If tak jumpa henpon kat tempat yang diletak sebelum tadi, sila tanye anak dara ye!
.
Remote Astro pun baru baru ni HILANG!...puas ummi dah ayah geledah sana sini celah itu celah ini dari pagi sampai petang...tapi tetap tak jumpa...seharian tak tengok tv...terus sangap!
Elok lepas solat maghrib, ummi beri salam...ternampak beg pakaian Zara...zip nya terbuka sedikit...dan ade bende terjuih keluar sikit (seperti barang tu tak masuk betul2)...rupa2 nya ITU LAH REMOTE ASTRO YANG DI CARI2 DARI PAGI!...
.
Very the bertuah anak dara tu! Dah pandai simpan barang...(jangan pas ni dia rendam remote tu sudah! itu semua kisah kawan kawan!)
.
Sama kisah dengan kunci kereta icam baru baru ni...(kisah icam yang 'chicho bicho' itu pun sangat dasyat!...nanti la cerita)...jadi icam minta poskan kedua2 kunci kereta nya itu , kunci harian dan kunci spare.
.
Ayah dah siap2 letak dua set kunci tu atas meja. Sementara tu, ayah g cari kotak untuk dimasukkan supaya senang nak pos esok...jadi ummi pun turut sama tolong ayah cari kotak kecik tu. Bila dah jumpa, ayah pun pi balik kat meja tadi, nak masukkan la kunci...sekali...satu set lagi dah tak de....
.
Ayah tanye ummi...ummi tanye ayah...pelik! mana pegi lagi satu?? tadi baru letak! PASTI!
Tapi kenapa dah takde???
.
Kami pun cari la sana sini...cari kat tempat2 yg kami ade singgah masa cari kotak tu...
Zara pulak busy main kuar masuk bilik...orang busy dia pun busy....sambil mulut nye bising nyanyi lagu dia....
.
Zassss!!!! ummi ternampak sesuatu di tangan Zara.... dia tengah cuba nak cungkil kereta remote ayah dia....apa itu??
.
YA! KUNCI ITU DI TANGAN ZARA!...
.
Ayah dengan ummi punya laaaaaaaa....hai...tahan sabar beb!...sebab kami nyaris nak start gaduh gaduh ayam! anak....anak...! hai...
.
Zara pun buat muka kering dia yang tak berdosa itu...fuhhhh...berpeluh!
Ikuti kisah seterusnya....Zara Yang Rajin Menyapu!

Lepas Jalan, Memanjat pulak...

12 October 2010


Zara demam sejak Khamis last week. Maybe sebab melecet kat pepet tu yg buat sebab dapat demam. Tapi, sejak demam ni pulak...ada satu skill baru yang dia dok ligat!

Betul!!! Memanjat!

Ya Allah...dah laju manjat nye...sampai kan kereta remote control big foot ayah nye pun dia panjat...di pijak nye tayar...peh tu pijak bumbung kereta...kemudian duduk pulak atas bumbung tu....very good dik!

Ni sofa pulak...

Untuk pengetahuan, gambar ni lepas Zara dah berjaya panjat, dan dia baru aje berenti meloncat atas tu...maybe dia perasan ummi dia tengah standby nak tangkap gambar dia..tu yg dia berenti dan menoleh kat kamera tu...

Kaki dia tu pulak...tak lalu diam...dalam rumah pun sibuk la dia nak pakai kasut...kalau kasut dia tu takpe la...ini idok...kasut ayah dgn ummi yang di perusahkan. Dia turunkan kasut kasut ayah ummi dari rak kasut...dan dia sarung kan kaki dia yang kecik tu dalam kasut ummi...dah sudah masuk...dia pun test berjalan dengan kasut ummi...habis la selipar ayah nye, selipar ummi la...bersepah sepah.....selipar Cik Idah pun dia sarungnye...

Semalam, ayah nye bawak Zara ke klinik...nak ambik ubat demam.
Sementara tunggu turn tu, dia punya la tak duduk diam...jalan sana sini...panjat kerusi...tinjat kat kaki bangku la...ish ish ish...saje la tu....nak show off kat orang!

Bila dah jumpa doktor...dah dapat satu beg ubat...dia pun merengek nak pegang sendiri plastik ubat tu.

Masuk aje dalam kereta...mula la dia mengebek beg plastik ubat tu...lepas satu satu dia ambik...dia peratikan ubat tu...lepas tu dia pun pandang ayah...bila ayah tanya kenapa...dia pun terus campak ubat tu satu per satu ke bawah bangku kereta....

hehehe...ape boleh buat...ayah nye sabo aje le!

Kecik kecik dah pandai bagi tau tak suka ubat...siap buang some more...hadoi!


Rindu Syawal

Lihat!...apa yang ada di bawah meja saya?




YER! bekas kuih raya yang baru di beli petang semalam.

Beli dua bekas...dua-dua dah habis makan sorang2..
Abang! sorry...abang makan yang lain yer! hehe


Sekarang dah 4 Zulkaedah ni ha...tapi...masih tak puas makan kuih raya...
especially cornflakes madu!

sangat sedap hingga dah habis bulan raya pun tetap rasa nak makan lagi!

Nape la sikit sangat dalam ni...orang jual ni buat sikit aje...celah gigi aje makan nye!



Kasihnya AyahUmmi...membawa ke syurga

07 October 2010

Hari ni, timbul nya sedikit pertelagahan versi maya...iaitu...melalui sms.
Selama ini, ayah dan ummi mendiamkan diri, tidak bersuara, tidak naik angin, tidak terlalu memikirkan kejadian kecuaian baby sitter terhadap anak ummi...Zara.

Bermula dari kisah Zara jatuh katil di rumahnya hingga benjol dan lebam dahi anak ummi yang baru berusia kurang 6 bulan,
berikutnya kejadian muntahkan polisterin lapik aquarium dari mulut anak ummi, kejadian lebam bibir bawah akibat jatuh di rumahnya, kejadian pepet melecet sebab pakaikan lampin pakai buang yang anak ummi tak tahan, alasannya anak orang lain punya Huggies dah habis, jadi dia pinjam drypers Zara, bila mama budak tu ganti balik Huggies, dia pakaikan pulak pada Zara yang mmg dari new born tak tahan pakai. Ummi lantas berpesan jangan pakai lagi huggies kat zara, dan perlu lekas2 tukarkan pampers once zara yak.

Dan kejadian kantoi 2 kali meninggalkan zara di rumahnya tanpa pengawasan orang dewasa sedangkan dia keluar ke bank selama sejam dan sekali lagi pergi menghantar anak ke sekolah agama. Masa itu darah ummi berderau derau...setiap 5 minit ummi akan menelefon henfonnya yang ketika itu dijawab oleh anak lelakinya yang berusia 9 tahun. Sehinggalah beliau tiba di rumah...memang ummi risau sekiranya apa2 berlaku.

Dan, bila kejadian melecet ni berlaku lagi kelmarin. Kali ni kami tetap tidak sampai hati nak bersuara, sebaliknya, dia lekas2 beritahu yang pepet zara merah melecet sebab dia cuci zara dengan mandian Johnson...kununnye zara tak tahan pakai brand itu.

Ummi tidak setuju dengan kenyataan melecet kerana Johnson, sebab, ummi pernah gunakan jenama itu untuk cuci zara ketika di kampung. Pernah juga guna brand yang lain, Carry Junior dan Pureen...alahmdulillah...elok saje...

Ummi bertanya...Johnson siapa yang dia pakaikan kat zara? sbb ummi dah sedia berikan mandian zara sendiri...Pureen Yogurt...kenapa tak gunakan yang itu?

Katanya, sebab susah kalau tak pakai botol mandian yang ade puncher, senang nak tekan...
Ummi rasa alasan itu kurang ilmiah. Kerana di rumah bila tiap kali zara yak, ummi rasa boleh dah mudah saja gunakan botol yang tidak berpenekan(kena tolak atas), apatah lagi kalau botol berpenekan mmg la mudah juga...tapi...alasan tu tidak menyokong alasan kepada isu meleceh yang timbul ini...

Apakah kerana beliau menjaga 5 anak orang dan 3 anak sendiri yang masih di tadika, darjah 2 dan 3 seorang diri? Apakah sebenarnya beliau tak menang tangan menjaga 8 orang dalam satu satu masa yang menjadi punca sebenar? Mana nak mengejar memasak, menggosok baju anak sekolah, menghidang makan anak2, menyuapkan anak2 orang lain makan, memandikan, menidurkan anak2 yang masih kecil, serta dengan hemah diri (solat, toilet dan rehat). Dan apabila suaminya pulang, beliau wajib berkhidmat untuk suami pula, memasak, memberi minuman dan sebagainya...huh

Perkara melecet ini sebenarnya ayah yang maklumkan pada ummi kerana, petang kelmarin, ayah yang ambil zara dari rumahnya. Dan ketika itu lah, dia memberikan alasan itu kepada ayah, walaupun ayah tidak bertanya...Lalu dia meminta ayah membeli mandian yang botolnya berpenekan...

Setibanya ayah dan zara di kereta, maka kami membincangkan pernyataannya...terasa seperti...kami dianggap sebagai orang yang tidak bijak dalam menilai kejadian dan alasan penyebab kepada kejadian. Bukan masalah nak beli mandian yang baru...itu tak de hal langsung..boleh bila2 saje kami pergi beli, asalkan memudahkan dia...tetapi...pasal melecet itu!

Kalau anak ummi allergy johnson...mengapa allergynya(luka melecet) hanya di tepi bibir pepet anak ummi sahaja? walhal di kawasan organ terbesar manusia iaitu kulit...terdapat banyak kawasan yang berepidermis lembut dan sensitif yang lain...dan kami kenal luka lecet itu seperti
lampin yang lambat diganti tambahan pula kadang kala beliau meletakkan anak ummi ke dalam walker walaupun anak ummi dah gagah tegap berjalan...ya! sudah tentu lapik tempat duduk itu akan menyumbang kepada pergeselan pampers yang basah dan kulit yang lembab...lalu menyebabkan luka ketika anak ummi melangkah kaki di dalam walker untuk bergerak. Ummi tahu anak ummi boleh tahan aktifnya...tetapi...tidak lah sampai ke tahap hyper.

Jadi, perbincangan kami telah menghasilkan satu konklusi yang negative baunya. Iaitu...beliau sering melewatkan atau membiarkan anak ummi dengan pampers yang lembab. Ini dikuatkan lagi dengan kerap nya ummi menunggu lama di luar rumah nya kerana menunggu beliau membasuh yak zara...mengapa bila ummi dah sampai baru nak basuh ye dak? Ummi rasa, ibu2 lain di luar sana juga mesti berfikiran yang sama. Sehingga kan ayah memarahi ummi kerana lambat turun. Jadi ummi mestilah beritahu yang "sorry abang, tunggu ibu basuh yak zara"...dan ayah pun pernah menyoal ummi kembali "hai, baru nak basuh?"

Jadi, ayah yang selama ini cool saje bila berhadapan dengan orang2 yang lebih dewasa, telah pun menyuarakan rasa hati dan menasihati beliau serta berpesan agar tidak berulang lagi..segalanya melalui sms.

Tidak lama selepas itu...ummi yang ketika itu berada di office menerima sms dari beliau...dengan nada merajuk dan marah dan tidak mengakui kesilapan, telah pun memblame ummi kerana kununnya anak ummi ini susah nak di jaga...paling kuat nangis, paling banyak ragam nya, paling kuat berak dan mencabar ummi...menyuruh mencari baby sitter yang lain. Sambil mengatakan beliau orang susah dan mengapa ummi tak percayakan dia. Ummi yang tidak sedia maklum akan sms yang dihantar oleh ayah kepada beliau itu tadi, muskil.

Mengapa dia marah ummi dan memburukkan anak ummi yang tidak mengerti apa-apa? Tidak kah dia ingat yang setiap bulan kami pasti bayar lebih drpd yang sepatutnya kepada beliau? Dan kami pasti ibubapa anak2 lain yang beliau jaga tidak pernah berbuat demikian. Semata-mata untuk meringankan sedikit beban pendapatan keluarga beliau...dan sudah pasti agar beliau dapat menyayangi zara seperti anak beliau sendiri. Namun...bukan maaf yang beliau pinta...tetapi...lain pula..

Ummi selaku wanita yang penyabar...paling tidak suka memanjangkan perbalahan.
Lalu ummi call beliau...
Beliau cancel kan panggilan.

Call lagi...
Tetap cancelkan...

Sehingga lebih 5 kali...
Dan akhiranya, beliau sms ummi...

Jangan call dia...dia sedang menangis...

Setelah waktu rehat ummi hampir tamat....sekali lagi ummi call...

Kali ini, beliau menjawab panggilan...

Ummi beri salam...dan mohon maaf terlebih dahulu..(walaupun sepatutnya dia yang minta maaf kot..hehe, sbb bukan anak dia yang melecet...tapi anak ummi yang luka...hmmm)
Soalan pertama ummi..."kenapa ni kak? kenapa akak nangis? kenapa akak suruh saya cari babysitter lain? nape akak tak nak jaga zara dah?, maaf la kalau zara kuat berak...kuat nangis...menyusahkan akak..."

Beliau dengan nada sugul..menjawab "Eh tak zu...jangan! jangan cari orang lain...biar akak jaga! biar akak jaga zara! akak dah sayang dia!..maaf la kalau akak emosi tadi...mungkin salah akak juga...kadang2 tak perasan zara dah berak, lepas tu letak zara dlm walker...mungkin lapik duduk tu nipis dan kecik...tu yang luka tu!".

Kelegaan terasa...walaupun tidak banyak...

Maghrib tadi...ummi ambil zara...tetapi beliau tidak muncul dan menemani zara di pintu seperti selalu...hanya suaminya saja yang berdekatan dengan zara...katanya beliau memasak di dapur.

Hati ini masih belum lega...ummi tidak mahu bersengketa...namun...itu bukan tiket untuk cuai terhadap anak kami. Badan zara pula dedar aja...hidung zara pula merah seperti di cubit...ahh! jangan buruk sangka lagi...walaupun zara muram saja kali ini...tidak pernah dia muram apabila kami menjemputnya pulang....memang tak pernah...selalunya dia pasti tersenyum riang!

Kami masih muda...masih hijau...tetapi kami jelas dalam bab kebajikan anak kami.

Ketika ini, zara sudah pun tidur...setelah mengambil hatinya dengan bermain selipar, bermain air, main gelak-gelak, lalu menetekkan nya, sambil membacakan surah-surah lazim dan doa hingga tertidur...bunyi bacaan ummi juga agak syahdu...kerana ia dipengaruhi dengan rasa sedih di hati ummi...lalu...ummi cium berkali kali pipi gebu anak ummi ini...kasihan dia...bergenang lalu berlinangan air mata ummi...sedih...kerana ummi tidak bersama dia untuk setiap siang hari kecilnya...

Kasihan...kasihan si kecil ini
berjauhan dengan ayah dan ummi
di siang hari
menumpang kasih
dan budi
orang lain
tiap kali
matahari
masih terpancar sinarnya

pasti dia rindu
inginkan susu ibu
tetapi tiada

pasti dia rindu
senda gurau ayahnya
tetapi tiada

pasti dia rindu
layanan istimewa umminya
tetapi tiada

pasti dia rindu
tidur ditemani ayah ummi
tetapi tiada

pasti dia rindu
mendengar suara
ayah dan ummi
tetapi tiada

pasti dia rindu
disuapkan makan minumnya
oleh ayah dan ummi
tetapi tiada

pasti dia rindu
tiap saat dan masanya
berkeletah dan nakalnya
serta akal dan idea barunya
untuk ditatap ayah dan umminya
tetapi tiada

pastinya ayah dan ummi
berat untuk berjauhan
dengan permata hati
pengarang jantung kami
buah hati kami
busuk wangi kami ini
waris kami
yang masih kecil ini
yang mendambakan kami
tiap waktunya...
dalam meniti hari-hari

bukan kerana apa
demi mencari rezki
untuk kita
agar dikau
cukup segalanya
kini dan selamanya

zahra hafiya zulhimi
cinta hati ayah ummi
sayang dan kasih kami
tidak berbelah bahagi
jangan lah sedih wahai puteri
kita berjauhan hanya di siang hari
nanti malam
zahra kan bersama kami
dalam dakapan ayah ummi
dengan harapan
zahra happy
dengan senyuman
berlesung pipit di pipi
sama seperti
ayah dan ummi

jangan sayang sedih sedih lagi
ayah ummi tetap selamanya di sisi
ratu hati kecil kami ini
insan solehah, baik budi dan terang hati
kurniaan Ilahi

doa ayah ummi
Ya Allah Ya Rabbi
Lindungi anak kami
dari segala kejahatan
dan kecelakaan
kami takut
kami harap kepadaMu
sesungguhNya Engkaulah
Yang Maha Agung
Pelindung Yang Agung

Amin...

Syukur ummi masih dikurniakan susu, yang masih menjadi pilihan nombor satu anak ummi ni,
Syukur ummi masih bersemangat menyediakan bekalan bubur nasi, sup ayam/daging/sayur, roti dan biskut setiap hari...
Agar...
Kita sentiasa terasa dekat sentiasa...

Saaaaaayang Zara!

Gelang Poh Kong

06 October 2010

Lama betul tak update story mory morning glory dlm blog tercinta ni. Marah betul diri ni bila tak sempat berblog sbb kusyuk sangat buat kerja. Hish!

Ni nak citer ni...

Suatu petang di minggu yang lepas, pada tarikh 28/9/2010, abang telepon...

Abang: yelloo....ayg balik keje naik bas ke hari ni?
Ayang: (itu ayat nak suh naik bas sebenarnya..)if abg tak dpt ambik ayang..naik bas le
Abang: ok! hmmm
Ayang: nape? tapi minta jemput ayg kat LRT ye!
Abang: ok!..hmmmm
Ayang: nape? if susah nak ambik tak pe la...ayang leh jalan kaki...teksi mahal la...RM5
Abang: eh! jgn! kang abang dtg ambik..sian ayang...
Ayang: tak pe...
Abang: ayang ni baik saaaaaaangat kat abang...sedih la...
Ayang: ye ker? ish...byk kekurangan ayang ni...
Abang: hmmm abang ada hadiah untuk ayang...ayg nak tak?
Ayang: hihihihih, ye ke?! syonok nye!
Abang: ayang nak yg mana satu...yang berbalut ke yang tak balut?
Ayang: mesti la hadiah kena balut...kalau tak balut tu bukan hadiah!
Abang: haaih...abang tak de hadiah berbalut...yg ade ni yang tak balut aje..nak??
Ayang: tak nak...tak pe lah..abang ambik je la..

tiba di Ms Jamek, dah kul7.05pm, jalan jem ya amat. Train pulak kul 7.15pm baru mai.
Di sebabkan ramai orang pulak 2-3 hari ni...kereta pun punya banyak atas jln 2-3 hari ni...
jadi...keadaan sangat sesak...orang dah tak beratur dah...

Bila pintu train di buka...semua meluru masuk sampai aku pun tertolak sama, terus masuk train.
Rasa lega bila dah masuk train walaupun berhimpit². Tiba di stesen Plaza Rakyat, masuk pula segroup budak sekolah cina lelaki terus buat bising cam biasa la...semua nak tunjuk belang, nak jadi perhatian, biasa lah...remaja!...org² dewasa yg lain semua dok tengok tanpa suara. Termasuk aku...leka melihat gelagat macam bagus budak² tu, terus aku terlupa nak concentrate nak dengar nama stesen berikutnya. Sebab aku pun tak sure, train aku naik ni ke arah Ampang atau ke arah Sri Petaling. Tulis tadi ke Sri Petaling...

Selepas Hang Tuah, sekali lagi driver buat pemberitahuan
"Stesen berikutnya. #%$&^&**&()&",
(hampeh betul budak² ni! bising la woi!! aku tak dengar!)
"Untuk destinasi ke @@#%%^&&", sila buat pertukaran di platform 2A"
bising lagi budak² ni...korang belajar sivik ke tak kat sekolah??

tak pe dengar versi omputih pulak.
Dah siap² pasang telinga ni...

"Next station...!@#$%&**&^%$"
"Passengers to @#%^%&^, please just embark here and proceed to platform 2A"

Akhirnya aku langsung tak dgr destinasi train. Tapi cam selalu...confidence level aku mmg tinggi...jadi aku tetap yakin yang train ni ke Sri Petaling.

Train meluncur lagi...tapi cam pelik...nama dia cam tak biasa dengar..Miharja...
sudah!!!! ini ke Ampang!

Jam tangan dah kul 7.35pm! Abang dah sedia tunggu tu!...mampush den!
Sure kene marah kang ni! lambat!

Sampai di Miharja...aku turun...terus call abang...inform...tapi...
Abang relax aje!
Di situ agak kepelikan...
Bab bab lewat ni mmg pantang abang...mana mungkin dia leh secool itu!
Tak pe...let it be...(wah omputih u!)

Terus beli tiket lain, dah la tunggu train ya amat lame nak sampai...bila dah sampai pulak, pintu train tak tutup², tunggu lagi....bila dah tutup...train tu ke Chan Sow Lin...turun di situ dan...tunggu lagi...hingga train Sri Petaling sampai...

Tiba di Tasek Salatan...dah kul 8pm...hadoi! semoga abang tak hangin...

Tab!
Pintu kete di buka lalu di tutup!
Ayang: abang sooooo sorry! tak dgr train tu ke mana!budak sekolah bising.
Abang: tak pe.. (sambil tersenyum...pelik!)
Ayang: lama abang tunggu?(dia tak marah la! alhamdulillah)
Abang: tak juge, sbb jln nak masuk sini tadi jem...banyak betul kereta 2-3 hari ni
Ayang: betul!
Abang: nah...(sambil menghulurkan sesuatu..paper beg kecik)
Ayang: ape ni? (sambil membelek² beg kecik tu di dalam kegelapan malam, di dalam kereta)
Abang: bukak la...sorry lah...abang bagi hadiah tak berbalut...
Ayang: tak balut?...tak pe...asalkan ade beg! ayang suka beg! (terk betul aku ni!)
Abang: bukak la...
Ayang: ish...ape bende ni...ade kotak pulak..hmm...biar ayang teka..ni mesti brooch! time kasih!
Abang: bukan brooch...ayang tengok la...abang beli murah aje...
Ayang: itu yang ayang suka! benda mahal² ni ayang takut (sambil membuka kotak)

Rupe² nye dalam kotak putih tu ade kotak merah pulak...
Dalam kotak merah tu ade bende warna kuning pulak!

Hah sudah!...adakah ini jam tangan?
Di sebab kan gelap...aku terpaksa bukak lampu tengah kereta..

Baru lah den nampak! Abang bagi encik Poh Kong kat aku...
For what?

Ayang: abang!!!! buat ape beli ni? sedih nye...suka pun ada!
Abang: ayang baik sangat kat abang, tak berkira pun dengan abang, jaga Zara, masak utk Zara, urut abang, tolong abang itu ini, buat kerja rumah, kemas dapur, basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju² abang, kemas rumah, cuci toilet, sabar dengan abang...tapi...abang tak pernah bagi hadiah berharga...bagi hadiah biasa² je...sian ayang, tangan tu dah berparut sana sini...
Ayang: (rasa up la kan! dah kene puji! hahah) ish abang ni...tu mmg tugas ayang...
Abang: suka tak? meh abang pakai kan...dia ade 2 design atas bawah! leh tukar²

Design nye mmg corak taste laki². Sebab kalo taste wanita, mesti nak kerawang la, pintal² la. Tapi..tak kesah la! sebab ni gelang pertama dari abang.

Syukran jazilan ya habibi, kalau boleh nak lagi!

Aish! berpantun pulak heheheh


ni la tangan yang berparut sana sini tu, maklom le tak terer masak, tapi tetap nak masak, haaa, ambik, kene periuk panas ni close up kat tang yang clear dari parut...itu la design nye!
Emas 916 pulak dah naik harga, 1gm RM146 hengget! ni aku rasa berat! berapa kilo gamaknye ni?
Resit dia simpan kemas² dalam kocek seluar..
Tak pe...esok pagi nak cuci seluar tu nanti aku seluk! kot² resit masih dalam tu hik hik hik!


Enjoy