Kau Hero Hidupku

26 May 2011

Episod 1

Waktu itu aku masih lagi menjalani latihan praktikal di TTDI bersama 6 rakan secourse dan seuniversiti. Dan ketika itu juga, di bulan praktikal terakhir itu, seorang mamat dari UUM mai untuk praktikal juga, jadi aku pelik...punya la jauh UUM tu...nun kat Kedah, awat la company ni tang TTDI ni yg dipilih.

Jadi mula la terdetik di hati aku...aha! adakah ini jodoh untukku? aku memang suka...suka perasan. Best perasaan perasan tu. Aku memang layan. Jadi, memandangkan dia budak baru kat situ, aku la yang start tegur mamat UUM tu...banyak la soalan aku tanya...dia pun ok ja, jawab dengan baik semua soalan2 aku. Jadi aku target untuk mengnali dia lebih jauh lagi, maksud aku pada ketika itu...aku nak tau la apa expertise dia dlm IT ni...terer sangat ke dia? elleh!

Hari-hari berikutnya berlalu, semakin mesra la kami ni bersembang, sebab aku memang peramah, kira memang orang kalau first time kat tempat tu, dan aku tegur tegur mesra, insyaAllah orang tu mesti akan rasa selesa di tempat itu.

Bila time lunch, aku memang tak pernah miss untuk ajak dia makan bersama sama berjemaah. Team aku ade 2 orang lelaki, Yus dan Lee. dan depa berdua ni pun nampak boleh masuk dengan mamat ni walaupun pada mula nya nampak cam penyegan.

Hari berganti minggu, aku rasa cam sebagai kawan, tak best la kalau kita tak de no handphone dia. Jadi, nak minta straight to the point...tetiba rasa malu pulak haha. Makanya, aku cuba cara yang sentimental. Mamat ni dia bawak moto g praktikal, selalu parking kat bawah opis. Aku ni pulak membonceng moto sorang kakak housemate yang praktikal bersama. Kira aku dengan mamat itu ada persamaan la...opps, bukan setakat 'ada persamaan' aje, tetapi ada baaaaaaanyak persamaan. Antaranya, hasil siasatan aku berdasarkan no IC dia kat attendance report mula-mula lapor diri dulu, dia ni berasal dari Perak. Sama la dengan aku. Dan maklumat lanjut aku korek tanpa pengetahuan, dia adalah orang Kuala Kangsar, iaitu tempat asal arwah Abah, iu kira sama lagi. Naik moto pun, sama jugak. Menyewa pun sama tempat (kelana Jaya). Hati aku semakin gembira mengenali mamat ini.

Ops, berbalik kepada kisah nak dapat no phone tadi. Memandangkan aku rasa aku ni ada keserasian dengan mamat tu, jadi, kegatalan aku menghasilkan tindakan kreatif. Aku tulis surat, aku tulis kat situ, "Aloo, bagi no henpon boleh? ni no henpon kita!....dari, Zurru". Aku lipat kecik-kecik surat tu, lepas tu aku selit kat padlock (mangga) moto yang menguncikan rantai moto dia.

Dari jauh, aku dengan kakak housemate aku tu usha, tengok kot2 ade makhluk lain pulak yang rampas surat tu. Alhamdulillah, mamat tu turun dr opis, menuju ke moto dia, dan dia membongkokkan badan untuk membuka padlock itu, tup tup, surat tu jatuh...dan dia ambil, lalu membacanya. Yes! Yes!, terus aku ajak kakak housemate aku start enjin moto dan rempit balik umah.

......................... to be continued...mamat tu dah sampai nak jemput balik umah!

1 Comments for this entry:

Cik Benang said...

wow! Cepat publish episod 2!

Enjoy