Rahsia Masak Sedap

11 January 2011

Psssttt...nak tau tak kenapa ramai kata I masak sedap?

Hik hik hik...ramai yang kata cam tu tau.
Tak caye? tanye Encik Zulhilmi, Cik Zara, Cik Idah, Pn Robeiah, Ucu Alif, Ayah Ngah Idi a.k.a Ayah Mok, Paksu Icam, Pn Izut, Pn Siti Norhabsah, ish ramai la, termasuk rakan2 tempat kerja.
Deme sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi juri masakan professional I.

Selain bahan bahan yang cukup serba serbi, namun ada satu perkara yang harus diambil kira.

Iaitu...Jiwa dan Hati yang tenang.

Dengan Hati yang tenang, segala masakan pasti akan sedap, dan kalau tak sesedap masakan Chef pun, percayalah...masakan pasti akan habis licin...pasti makan bertambah. Hik hik hik...

Tapi hari ni I tak leh masak...

Hati tak berapa tenteram...sebab...

Nak kene baca buku...banyak nak kene study ni...kacau...kacau!

Nak gi hiris bawang pun tk sedap hati sebab tak habis study lagi ni...

Otak dah berkarat...nak kene recall balik ilmu ilmu lama ni...

Jadi...hari ni I cuti masak u olls...kire ok la dapat masak nasi dan ayor...

Lauk kang I masak kat kedai...setel!

Lagipun semalam I masak menu dahsyat taw! Ikan Bawal Masak Kari, Tumis Kuchai dan Taugeh taruk tauhu dan fishball sikit serta Ikan goreng rempah...hehe...
Encik Zul kita makan bertambah...itulah rahsia kemontelan perut beliau ;-)

6 Comments for this entry:

Cik Benang said...

Ha, apa lagi? Hantar sket kat sini biar I jd juri.
Exam apa u olsss

CeMoNG said...

hah,betul tu..meh sini nak rasa jugak..ye ke sedap nihh?? hihihihihi..

tapi kalo jiwa & hati dah tenang pon masak tak sedap..itu maknanya mmg takde skill memasak lgsung lah ye..:p

kuehbangkit said...

CB @ Mamato: Minggu depan baru I boleh start masak balik. Exam nye esok, tapi cuti punye lama kan... exam Technical Networking.

Ning: Well...dgn hang cek kalah laaahh, hang tu pakar memasak, dari tadika lagi hang dah dpt tender memasak kan kan kan?

Setuju! kalau tangan tu keras, tak de skill...mmg tak kan sedap. Kene berguru la jwb nye.

Delima Merah said...

Sebenarnya pengikat kasih sayang suami adalah pada air tangan isteri.Tapi kalau dah lapar pun cepat je lesap makanan tu,tambah pulak kena dgn menunya,berpinggan2lah makannya.syabas masakan anda sedap....

kuehbangkit said...

betul tu mak! kalau dah lapo bedal aje hehe

CeMoNG said...

yehhh...zurru mmg macam tu..boleh makan tanpa perasaan..hahaha igt lg x? hg salu ckp gitu..:p

Enjoy