DAH DAPAT KAKI!

12 July 2010

Ha! Ni Ummi nak canang kegembiraan Ummi ni! Alhamdulillah pagi semalam tarikh 11/7/2010 bersamaan usianya 11 bulan 3minggu, dengan rasminya anak dara Ummi yang nama nye Zara tu dah boleh berjalan tanpa apa apa sokongan dah! Ahhaha! Ummi sangat terkejut dan teruja dan terexcited terlebih semasa beliau berjalan dgn laju nya dari muka pintu bilik masuk ke dalam bilik dan meluru ke arah Ummi yang ketika itu Ummi tengah cari towel nak mandikan dia...

Terus lah Ummi mendakap dia bila dia sampai kat Ummi! Jauh juga, ada la dlm 7 langkah...y elah...for the first time she’s stepping without any support, kira jauh la tu kan.

Jadi nye aktiviti seharian semalam ialah, memberi galakan kepada beliau utk berjln. Seronok aje lah dia tu! Gelak sesaja setiap langkah. Gayat lagi kot. Tapi diapun suka nak berjalan. Tak main la slow slow ye Zara? Memang laju je langkah nye sambil ngenyih (ngonyen kata orang perak)!

Lepas ni senang la ayah dan Ummi, tak de la nak dukung dia selalu...tak de la letak dalam walker dah...takde la...err...ape? tak leh letak dlm walker dah? That means....dia akan dengan mudahnye masuk ke dapur dan segala ceruk? Haa?? Habis lah! Ummi dan ayah harus lebih berhati-hati lepas ni! Kena jauhkan dan tinggikan bende2 merbahaya so that anak dara uchuk tu tak leh capai!

Syabas sayangku! Welcome to the walking world!

2 Comments for this entry:

Delima Merah said...

Tahniah zara,opah dan ucu turut gembira dgn berita ini.Bertambah kerja ibunya nanti nak kjar Zara.banyak lg ideanya nnti,kan zara ,zara kan budak bijak....

kuehbangkit said...

trima kasih opah!Raya nanti boleh main kejar kejar dgn opah dan ucu pulak! heheh

Enjoy