Dia memang Comel

29 June 2010

Sepanjang perjalan ke office pagi ni, fikiran aku melayang-layang jauh. Terimbas kenangan-kenangan manis, manis-manis buah, tawar, masin dan pahit-pahit ayam.

Bila diamat-amati setiap peristiwa itu...aku tersenyum tergelak sendiri...mungkin driver kereta sebelah ada yang perasan aku dok sengih sengih sendiri...ish, tak kesah le teman.

Terasa ‘comel’ pulak. Ye, memang comel. Bila berargument tentang perkara yang remeh dan boleh dikatakan tak dek hal punye la. Tapi itu pun nak argue.

Dia memang comel apabila tang merancang tugas tugas yang akan dijalankan setiap hujung minggu, umpama nya, “Okeh, sabtu ni kita round satu Shah Alam, kita cari yang nice dan berpatutan, mesti jumpa”. Dan tiba hari Sabtu tersebut...”krooooooohhhh....krroooohhhh...” dengkur.

Dia memang comel apabila mengarahkan sesuatu. “Okeh, Ayang karang buat tang tu aje ye, yang lain lain leave it to me, by petang siap..beres!”. Dan apabila petang....”Yah, yah hah kena kau ...duss dusss...terajang dia”...oppss...Main PS2 daaaaaaaa...langsung tak siap.

Dia memang comel apabila cuba mengambil hati insan tersayang. “Ayang!! Apalagi buat keje tu? Dah dah duduk sini, jap lagi kan nak berbuka ni!” sambil tangan membancuh segelas air oren untuk isterinya berbuka puasa ganti. Walaupun jarang-jarang, tapi sekali sekala tu terasa so suwit! Time kasih!

Dia memang comel dalam bab bab menyusun atur. “Okeh ayang!,hari ni ayang jaga Zara je ye, abang nak kemas bilik kita ni nak jadi cam bilik permaisuri untuk ayang, jangan kacau abang kemas ye!”. Dan sampai ke malam...”ayang, esok la ye abang sambung kemas...abang nak lawan PS2 dengan Icam ni”...

Dia memang comel dalam mengubah perancangan kepada yang lebih easy gitu. “Petang karang la ye kita g umah Mak Teh? hmm”. Dan apabila petang...”rasanye, next week je la ye kita pegi ye? Baik kita g McD makan!”.

Dia memang comel dalam memastikan kemudahan insan tercinta. “eh eh, tayar MyVi ayang ni 4-4 dah botak! Bahaya la ayang g keje cam ni! Tak pe, ayang bawak Waja abang je la, nanti abang repairkan tayar ayang ni”. Time kasih!

Dia memang comel dalam memastikan kelancaran perjalan insan tercintanya. “Ayang! Tounch n Go ayang tu abang dah topup tau, insyaAllah cukup sampai sebulan tol ayang”. Time kasih.

Dia memang comel dalam bab bab bersukan. Setiap hari dia mesti akan memikirkan kan sukan ape nak join malam ni. Dan biasanya ialah, Badminton dan futsal. Selepas berciciran peluh di court, selama sejam lebih, dia akan pulang ke rumah. “Ayang, nak air sejuk yang manis manis nak banyak banyak ye satu jag tau!” sambil meletakkan baju dan seluar sukan dimana-mana yang disukai. Saaaangat comel bila teringat kan ini.

Dia amat comel tiap kali lepas makan. “Err, ayang nak basuhkan pinggang abang kan?, abang letak sini ye” sambil meninggalkan pinggan di atas meja makan lalu ke sinki dapur mencuci tangan. Ini pun sangat comel bila teringat.

Hik hik...dan selalunya, perasaan marah tu mesti tak berapa jadik tau. Sbb bila nak maraaah aje, ada je la peristiwa lucu yang jadi. Paling tidak pun, baru je nak start marah, terus mulut ni tersasul cakap. “Bosing la cam ni!!”. “Bosing? Ape tue hahahahhaha” dia yang comel itu menggelakkan aku. Terus hilang marah!.

Bosing = Bosan + Boring.

Kadang-kadang tu bila duduk duduk tengok tv sambil bersembang laki bini...pun boleh tersasul bicara. “abang tanye la kat dia...itu kawek dia ke?”...”ha? ape tu?kawek?” kuk kik kuk kik kuk kik seronok sangat dia yang comel itu mengketawakan aku! Cis.

Kawek = kawan + awek.

Kesimpulannya...ini la salah satu sebab kenapa aku suka dia.

2 Comments for this entry:

Cik Benang said...

huuuu... T_T sweet nyer... Kite takder org pun nak buat mcm tu. hihihi...

Delima Merah said...

itulah pengubat hati kita,semoga bahgia selalu.

Enjoy