Memoir Gondol "Dari Desa Manong ke Kota Serdang" dah sampai

22 April 2010

Ahah! akhirnya penantian berakhir hari ni, dah 2 minggu (rasenye lah) menunggu 'Memoir Gondol' kat office lepas buat payment. Sape Gondol ni? Siapa Lucadeketiak ni? depa ni school mate masa kat Azlan dulu, sekolah menengah agama kat Sri Iskandar dulu. Tak pernah bertegur sape pun, apatah lagi bersembang kencang, apatah lagi bersembang tak kencang dengan mereka mereka ni. Tapi, glamor tak glamor la derang berdua ni masa kat sekolah dulu. Sebut saje nama Botak, Gondol, Ayan, Pidomat, dan lain lain, pasti 98% di sekolah itu mengenali mereka, dasyat bukan?hik hik hik.

Okeh, berbalik kepada siapa mereka? empunya blog dan empunya cerita ni dulu adalah rakan kelas sebelah iaitu 5 Haitham, SPM tahun 1999. Encik Luca ni dulu kalau tak silap ingatan, memang minat menulis gamaknya dari dulu, dari zaman sekolah lagi siap jadi ahli sidang redaksi majalah sekolah "An-Naqib" dulu. Ada la kisah yg ditulis oleh Botak aatau Gondol (tak sure) yg disiarkan dlm majalah tu amat kelakar dan tak luput diingatan. Kalau tak silap tajuk cerita tu ialah "Cara-cara memindahkan pressure" hihi, ceritanya pasal tertido dalam kelas, bila ustaz marah, dia pegi sebut nama org lain sambil kutuk org lain tu kunun kunun nye cam org tu yang tido bukan dia...hahaha...jadi yang malu ialah org itu bukan dia!

Mungkin dari segi penulisan Botak atau Gondol itu lah yang menyebabkan hati ni tergerak nak order dan memiliki Memoir Gondol ni. Congrats la bro bro sekalian, kerana kini sudah "memiliki buku sendiri"

0 Comments for this entry:

Enjoy