Batuk ada kahak & hingus warna coklat

29 March 2010

Sejak demam batuk selsema aritu, ummi mengalami batuk dan selsema yg till now masih belom sembuh, kalau aritu kerongkong ni gatal sampai nak bercakap tak boleh, gatal bila batuk sampai rasa nak terkencing, tapi kini hanya lah gatal utk batuk dan kahak pekat warna coklat yang keluar, selsema pun sama, tak le meleleh basah aje hidung ni, tapi tiap kali batuk, hingus pun cam sumbat aje kat hidung, jadi perlu ludah kan kahak dan hembus hingus utk kuar kan mukus.

Bila dah ubah warna ke coklatan ni ummi risau pulak...
Jumpa artikel ni kat website mana ntah, utk dikongsikan bersama:-
"Batuk yang berkahak
Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.
~Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.
~Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
~Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru(ha?). Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria
(patutla Dr Mansor tulis bronkitis kat MC ummi).
~Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:
~guaifenesin (Breacol)
~carbocisteine (Rhinothiol)
~ambroxol (Mucosolvan)
~cyclidrol (Mucoflux)
~herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.

Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja(ummi mkn aritu kat office, sekali nak balik, drive kete cam sambil tido...bahaya!). Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Sila lihat generik.htm. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.
Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda. Sila lihat artikel penting di
antibiotik.htm."

3 Comments for this entry:

Angin Selat Melaka said...

As'kum.

Kalau begitulah jadinya, maka elok skali dapatkan rawatan efektif yg ada di sini:

Ubat menghapuskan batuk dan hingus pekat

Semoga sembuh hendaknya. Tq.

Aku Bernama Hanisa said...

Salam..sis, saya pun sedang alami masalah yang sama. Saya batuk yang agak teruk, dan kahak tak lepas selama 3 minggu. Lepas saya kena masuk gas, baru kahak keluar, sekali dengan lendir di hidung. Tapi sekarang ni..saya amat risau sebab lendir hingus ni semakin menjadi-jadi teruknya, sampai berwarna oren kunyit dan ada yang berwarna coklat=(
Saya pun risau jugak sis. Tak pernah jadi cmni sebelum ni

Unknown said...

Ibu saya takda batuk tapi dia adalah keluar kahak coklat sikit kadang sederhana dan kadang kahak tu warna nye coklat kadang warna jernih saya risau btul

Enjoy