34 weeks di temani oleh mertua

24 June 2009

Appointment kat An-Nur hari ni kul 10.45, tp lewat sampai, jadi lambat la sampai turn aku.
Berat ummi semakin bertambah (66kg) walaupun dah control makan, tak makan manis, tak mkn nasi malam2, tp memang totap naik. Berat baby pun alhamdulillah dah 2.3kg.
Doktor Khamsiah bagi ummi ATT (suntikan kancing gigi ke 2) kat ummi. Tak rasa sakit pun, ayah pulak seronok tengok baby di screen, dari jauh lebih clear rupa baby, berbanding ummi yg dok sebelah screen, lagi dekat jarak, lagi pecah dan kabur gambar baby.

Mak dan ayah mertua tiba malam tadi ikut Icam yg ade kursus kat Putrajaya. Jadi pagi ni kami ajak la deme berdua ke Bangi, duk rumah pun boring. Kejap je mak mertua temankan aku dlm ruang menunggu di An-Nur, lepas tu dia duduk luar teman ayah pulak.

Lepas habis checkup, abang bawak kami lunch di Medan Selera Dato' Abu Bakar Baginda, kedai brother's, situ mmg pergh, makan dengan seronok nye sbb lauk dia sedap sedap dan murah, mak mertua yg tak lalu makan nasi pun aku tengok bersemangat makan nye. Ayah mertua lagi la. Huish, seronok betul rasanye lunch kali ni. Aku order air kelapa muda nak hilang kan saki baki demam aku ni. Perghh, ish, ini lah lunch yg paling berjaya sekali seumur hidup ku.

Lepas makan, kami ke Warta sbb mak mertua nak cari brooch, ayah pulak beli kemeja batik 2 helai, suka betul dia, kami cari kurma untuk belah mulut baby, harga nye RM15 utk 100gm, ade la 8 bijik je dpt. Aku tak tanye plak nape dia mahal, nama kurma ni kurma Madinah.

Sempat la capai Drypers new born, tak belek pun, terus g kaunter dan bayar. Yang lain lain tak beli lagi, nanti la tunggu gaji abang plak hehe.

Malam tu kami dinner di Yunkies Hut Bangi, suasana kampung arwah abah amat la terasa nye, rasa cam makan kat dapur rumah nenek je.







0 Comments for this entry:

Enjoy