Raja Zulhilmi Shah Ibni Sultan Abdul Rahim Shah

11 August 2008

~Bakal Raja Sehari : Daulat Tuanku!

Ahad 10 Ogos 2008, Bota Kiri.
Raja Zulhilmi Shah Ibni Sultan Abdul Rahim Shah mencemar duli ke Butik Zawani demi menunaikan janji baginda mencuba pakaian barunya untuk dipakai ketika Majlis Perkahwinan baginda pada Sabtu 16 Ogos 2008 ini (insyaAllah) di mahligai bakal Raja Permaisuri nya iaitu Raja Zurruhasaini binti Almarhum Mohd Zuber di Bota Kiri, Perak.

Semoga Majlis Perkahwinan ini berlangsung dengan sempurna, cuaca yang baik, hidangan yang enak serta mencukupi untuk para tetamu. Untuk kedua-dua pasangan pengantin ini, semoga Allah mengurniakan mereka kebahagiaan serta keindahan di alam rumahtangga setiap detik setiap masa sampai hujung nyawa.

Kepada keluarga kedua-dua pengantin, semoga dirahmati oleh Allah atas setiap sumbangan tenaga, masa, buah fikiran serta wang ringgit dan diberi ganjaran yang baik olehNya.

Kepada yang membaca, dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan dilampirkan juga Kad Perkahwinan elektronik sebagai panduan arah untuk ke majlis ini nanti.

0 Comments for this entry:

Enjoy