Seminggu di Kampong Part 1

14 July 2008

~
Sabtu 5/7/08

Kalau mengikut perancangan asal, kami mungkin dah tiba di kampong semalam (Jumaat 4/7/08), tapi abg kata mak dia nak pergi shopping dulu maklom le skrg tgh sale, lagi lagi kat Sogo tu..hehe,, tak pelah. So plan B abg ialah memancing. Pagi tu kami bangun awal siap bekfast, kami bertolak ke Tekala. Dlm kul 9.30 gitu kami dah pun kat situ. Abg ape lagi, merasmikan lah rapala baru nye. Tp since abg tak belikan pancing utk aku, jadi aku pun membusykan diri dgn menangkap gambar hutan ciptaan Allah SWT ni.

Kesimpulannya, hasil pancingan abang tidak begitu memberansangkan kerana rapala baru abg telah disentap hingga putus oleh Toman di tasik itu. Tak pe bang, kita cuba lagi kay!

Jadi dalam pukul 3 ptg tu baru lah kami bertiga bertolak pulang ke kampong. Dan tiba dgn selamatnya pada pukul 6.45 ptg. Mak seronok bebeno bila tgk kami dah sampai, memandangkan mak skrg sedang menjadi pengusaha asam keeping di kampong, jadi mak pun menghadiahkan le asam gelugor keping kepada besan nye.


Ahad 6/7/08

Petang ahad tu selepas settle melipat kain baju yg dah kering, aku pun mengeluarkanlah kotak bunga stoking yg aku tak siap lagi membuatnya. Jadi mak pun join sekali menyiapkannya, sedang kami membungakan diri, opah pun dtg, kata nya atok dah 2-3 hari tak de selera makan, jadi opah ajak le kami ni bawa atuk ke Hospital Changkat Melintang(HCM) esok, aku no hal.


Isnin 7/7/08

Lepas minum teh tarik mak, kitaorg pun ke rumah atok, membawa atok ke hospital utk rawatan, kata opah biar dia yg teman kan atok di hospital sbb nak tunggu giliran confirm lama. Tapi , dressa hospital tu kata tak payah amik no giliran, bawak aje atok ke tempat rawatan kecemasan sbb atok nampak tak larat bebeno, jadi aku soronglah atok masuk ke situ menggunakan wheel chair, cek itu ini lama juga, tapi at least atuk tak le duduk tunggu lama di luar, kat dalam tu atuk dah siap baring atas katil jadi tak le risau atuk sakit badan atau letih. Memandangkan aku pun ade hal di Pejabat Daerah (nak semak pendaftaran perkahwinan), jadi aku dan mak tinggalkan atok & opah sat di hospital sbb urusan aku tak lama, cuma nak semak nama je.

Dalam pukul 11.30 pagi gitu kami dah pun berada balik di hospital, niat nak mengepos kad kahwin aku tundakan dulu. Risau pulak opah sorang sorang temankan atok. Elok je tiba aku trus masuk ke wad kecemasan, Doc pun tanya aku macam macam, aku menjawab ape yg aku tahu, terus atuk di bawa ke bilik sinar X (X-Ray), tak lama di situ, atuk di bawa kembali ke katil wad kecemasan, Doc(Chinese) kata suspect ade lung tumor sbb ade something blocked kat right chest dia. Tp peralatan di HCM tak le secanggih Hospital Ipoh (HI), jadi Doc kata atok perlu di tahan di wad sementara dpt result dr pakar HI. Kebetulan masa tu Dilah & Tikah (anak Mak Cho) ada di HCM, rupenye derang tumpang Cik No & Yeop Asin ke Hospital Manjung(HM) nak melawat menantu Mak Cho (Nyah Ona) bersalin, tapi di tengah tengah perjalanan, cikgu anak Cik No call, katanye anak perempuan dia sakit tak boleh buang air kecil. Jadi Cik No pun patah le balik dan terus ke HCM bawak anak dia buat rawatan. Kesempatan tu aku dan mak ambil utk bagitau Cik No, Dilah & Tikah yg atuk akan di tahan di wad, hari ni, tapi belum dpt pengesahan, ape ape pun, kami minta tolong derang sampai kan pesan pada Mak Cho, sebab handphone tak de coverage dan public phone pulak rosak di HCM. Cik No kata usah le risau, nanti boleh le dia kabo kan pada Mak Cho.

Ding dong ding dong check itu ini, blod pressure, heart beat la bagai dah kul 1.30, doc kata kul 2 baru leh masuk wad. Bila doc dah bagi tau gitu, aku cadangkan mak dan opah balik dulu ambil alif, ambil baju atuk dan apa apa yg perlu. Sementara tu biar aku tunggu di HCM, manalah tau kot kot doc nak tanye ape ape at least ade org di situ. Jadi sementara menunggu atuk utk di wadkan, dan mak serta opah tiba kembali aku pun cuba cuba mencari line nak bagi tau ibu&andak, call memang sahle tak dpt, sbb tang longkang kat air pancut tu dpt le 1 bar, kalau sms lepas la. Jadi aku pun try sms andak inform yg atuk sah kene tahan wad. Sent! Katanye, fuh alhamdulillah, at least andak dah tau, aku harap andak akan inform yg lain lain. Tak lama peh tu andak call aku, tapi aku tak dgr ape andak cakap dan begitu jugak andak.

Sharp pukul 2 ptg, attendant hospital tu tolak atuk guna wheel chair ke wad lelaki. Aku pun follow, sampai di wad rupenye ade lagi procedure lain, nurse yg bertugas utk menempatkan katil perlu check dulu samada pesakit ada sakit yg boleh berjangkit atau tak, ade HIV ke, ade Tibi ke, kena timbang dulu. Huh, leceh juge. Tapi sementara nurse tu menanya aku macam macam, attendant tu dah pun tolak atuk ke katil hujung. Had tu je tugas attendant, giliran aku pulak tolong atuk bangun dr wheel chair dan baring di katil. Atuk tak larat nak berdiri tegak dan juga baring di katil, perlukan pertolongan org untuk naik ke katil (mungkin sebab dah ambil darah tadi kot), aku ni dah ke kurus, papah juga atuk ke atas katil tu(tapi idok le kuat mana), dan atuk baring di tepi katil je, bukan di tengah tengah, sbb kata nye tak lalu angkat badan. Kebetulan Amir anak andak sampai. Jadi aku dan Amir berdua mengangkat atok ke tengah sikit. Kalau tak tepi bebeno, jatuh kang susah pulak.

Aku suh atuk tidur. Dia pun tidur, sambil aku duduk tunggu di atas kerusi tepi katil atuk. Lama peh tu ngantuk pulak mata aku ni, segan pun ade sbb situ wad lelaki, belah wad atuk tu mana ade keluarga pesakit lain tunggu derang, jadi aku sorang je le pompuan kat situ. Well, aku tersengguk jugak la…nak cover malu aku pun sembang dgn pesakit depan katil atuk (aku tau dia asyik tgk aku dari tadi). Dia cina rupenye, aku ingatkan melayu.

Dia plak patah kaki dan tangan sbb jatuh motor di Ipoh. Aku tanye dia..

Aku: kenapa duk HCM ni, kan jauh?

Dia : org kata HCM servis bagus!

Aku: Owh! Cane leh jatuh motor?

Rupenye dia kalah judi kuda, tonggang arak, peh tu mabuk, bawak motor, kene kejar dek anjing pulak. Terus terbang!

Aku: Habis tu u punya family tau tak?

Dia : Derang tak tau, saya duduk sorang-sorang ma, kakak saya doctor di Australia, abang saya lawyer kat Singapore, mak saya pun duduk Australia. Derang tak suka sama saya, sbb saya jahat.

Aku: Owh!, kesian u. U punya anak isteri ada datang?

Dia : saya bujang ma, umo sudah 52 tahun…

Aku: ye ke? Tapi u tak macam 52 pun, Nampak muda sikit.

Dia : ya ka? Tara la, sudah tua ma…anak mini (bini le tu) pun tak de, kelije pun tak de…

Aku: habis tu macam mana mau bayar ye?

Dia : tak pe, saya sulah (sudah) minta welfare bayar, nanti lepas sulah boleh jalan, saya duduk itu rumah org tua. Saya sudah cakap mau duduk situ.

Hmm…tulah. Dalam ramai ramai cina yg berjaya dalam business, pandai rolling itu ini, ada juga yg cina yg tak berkemampuan. Nsib baik ada welfare yg bagus tu. Kira terbela juga nasib dia.

Well, ngantuk aku still tak hilang, sekadar tertunda kejap je bila aku melayan cina tu. Jam dah kul 3.30, mak still tak sampai lagi. Ade misi datang bwk roti berjem strawberry.

Aku: (aku bisik di telinga atuk) Atuk nak roti? Ni nurse bagi roti…

Atuk: Karang la…

Atuk tak nak makan. Perut dah la kosong. Kalau tak silap dari pagi atuk tak lalu makan.

Dia : Miss…Miss

Aku: ye?

Dia : u punya datuk tak mau loti ka?

Aku: Haah, dia tak de selera…

Dia : U kasi sama saya la…saya mau

Aku minta izin atuk dulu…atuk angguk…jadi roti tu berpindah tangan.

Kul 4 baru mak & opah sampai. Opah bawak nasi bagai. Sibuk dia menyuruh aku makan

Opah: Eni, makan…ni he nasi dgn ikan goreng…makan…makan!

Aku : tak pe lah opah, opah bagi la atuk…eni tak lapo…ngantuk je..

Opah: ish kamu ni…makan…makan ni he…(sambil menyua Tupperware nye kat aku)

Aku bukan tak lapo…lapo. Tapi aku jadi tak lalu makan bila aku tengok atuk tak lalu makan. Tambahan lagi situ kan wad. Orang keliling semua nye sakit. Jadi, aku tak sampai hati nak mkn kat situ. Karangle di rumah aku makan. Tapi opah tetap push aku suh makan. Tapi aku tolak le bebaik. Kata aku, tak sampai hati nak makan kat dlm wad, kesian kat org yg tengok. Derang kan berpantang belaka. Opah akhirnya tidak lagi memaksa aku. Mak pulak diam aje, tak campur, sambil memotong kuku atuk.

To be cont’….. (kerja banyak!)

0 Comments for this entry:

Enjoy