8.3.2008 Election!

11 March 2008

~
Tahun ni buat pertama kalinya keme mengundi. Rasa teruja sangat nak membuang undi.
Jadi atas saranan kerajaan, keme ambik cuti hari jumaat 7.3.08 utk balik kg.
Alhamdulillah jln tak jem.

Sabtu 8.3.2008
Keme pegi berdua dgn mak naik kete g sekolah.
Kul 9.00 pg pun dah ramai orang kat keliling sekolah. Yang dah buang undi pun ramai...dasat!

Mula-mula kena cek nama. Disebabkan khemah dacing ramai org, jadi keme pi le kat khemah PKR&PAS,
situ tak crowded sgt.

Lepas tu terus Q (tak ramai yg Q kat pintu 2), jadi lepas je mak masuk, keme pun masuk le lalu mengorak
pencil menandakan pangkah X kat kotak tu.

Best nye!
Harap harap menang.

Malam tu keme berjaga sampai kul 3 pg...result tempat keme tak keluar-keluar lagi.
Tp Perak telah pun beralih tgn ke BA. Satu perubahan yg besar dalam sejarah M'sia.
Pada keme dah tentu rakyat ada mesej utk BN, dimana pada keme, rakyat amat sensitif berkenaan dgn soal minyak, tol, harga barang naik, kos sara hidup, peluang pekerjaan, dan juga birokrasi.

Keme harap harga minyak dpt dikawal tak naik naik sampai bila bila begitu juga tol. Adalah lagi diharapkan kalau dapat dikurangkan harganya, tapi cam mustahil jerk!
Sebab, rakyat marheinis ni M'sia ni tidak lah kaya, termasuk lah keme.
Bila gaji bawah RM2000 sebulan nak tampung bebanan tol & minyak , makan pakai, sewa rumah, PTPTN, ansuran kereta, duit Tabung Haji, duit mak&adik², telefon bimbit memanglah semput, dengan nak kawin lagi ni!itu lom masuk cukai pendapatan lagi...
Lainlah Dato' Menteri yg kaya gaban. Bukan ape, they all talk about billion ringgit
bukannye ribu-ribu ratus-ratus. Thats why derang tak dpt merasai beban yg di pikul oleh
majoriti rakyat yg makan gaji seperti di kilang, buruh, peniaga kueh-muih, tukang jahit baju di kampung,
tukang sapu sampah, tukang cuci,kerani dan sebagainya.

Kalau keme free-free keme akan letakkan purata kos perbelanjaan sebulan rakyat (keme la tu) kat sini.

0 Comments for this entry:

Enjoy