Ouch!!

12 December 2007

~
Pada suatu hari, ada seorang lelaki ni kan, dia nak pegi beli robot transformers kat Berjaya Times Square(BTS). Hari tu ialah hari Ahad. Sudah tentu ramai yang pergi ke sana. Jadi lelaki ini tidak mahu berada lama di BTS kerana nanti parking fee akan meningkat. Kalau 1 jam bersamaan RM3.00

Lelaki ini pun pergi la membelek robot itu di kedai yg menjual. Bila sudah berpuas hati lelaki ini pun membayar dengan lekasnya(betui ke tatabahasa ni). Dengan cepat lelaki ini mengajak buah hati nya ke lif. Tiba-tiba si buah hati pula ingin membeli roti Aunt Annie's, kerana bau nya yg semerbak. Maka lelaki ini merungut-rungut suruh cepat, takut lebih dari sejam.

Si buah hati pun lekas-lekas la beratur dan membayar duit roti (kesian awek dia). Sesudah itu, lelaki ini pun bergegas mencari lif untuk turun ke basement. Tetapi malangnye, tidak ade satu lif pun yg berhenti di tingkat itu. Habis tu lelaki ini pun membara la. Jadi dia terus menarik tangan buah hati nya ke tangga kecemasan. Si buah hati pulak pakai high heel, jadi agak slow le berjalan nye. Lelaki ini semakin marah, lantas dia terus membuka pintu tangga kecemasan dengan rakus nya dan menonong turun ..tinggal la si buah hati di belakang sambil memfollow.
Tiba-tiba lelaki ini naik kembali..lalu bertembung dgn si buah hati yg sedang menuruni tangga.
"kenapa bang?"
"tangga ni sampai tingkat bawah ni je, peh tu pintu kunci!" sambil memoncong kan moncong nye.
"laaaa, tu laaa kan dah cakap td tunggu je lif!"

Lalu lelaki ini terus menderu semula ke lif, bersama si buah hati yang penyabar...tak lama lepas itu ting!!...lif tiba.
Terus lah mereka turun ke basement. Oopss, lupa pula nak bayar tiket autopay.

Disebab kan lelaki ini sedang hangin dan marah-marah, lalu dia terus melulu memberaturkan diri. Si buah hati pula setia menunggu di tepi barisan. Lalu lelaki ini memasukkan tiket ke dlm mesin, tertera RM3.00, si buah hati pun menawarkan sekeping note hijau RM5 kepada lelaki ini(dengan niat memujuk), namun demi ego dan macho, lelaki ini buat dono je kat si buah hati...tidak mahu menyambut RM5 itu lalu dengan angkuh nye mengeluarkan duit nya sendiri berwarna merah iaitu RM10. OK! si buah hati pun simpan le balik RM5 itu (owh tak nak yer?!, tak pe!)

Tiba-tiba....
Kprengggg...ting ting ting...bunyi duit syiling 50 sen terpelanting-pelanting keluar dari mesin, lalu menarik perhatian orang ramai yang sedang Q di mesin itu, juga mereka yg menuruni escalator! OWH malunye rasa si buah hati, tidak sanggup rasanye mengutip duit syiling yang bertaburan di lantai...bayangkan 14 keping syiling 50 sen bertaburan, tak ke banyak tu?!

Maka glamourlah si lelaki ini sambil mengutip duit syiling dengan "macho"!...walaupun si buah hati tidak membantu mengutip duit tersebut, namun si buah hati tetap setia menunggu di tepi. Selesai mengutip, lelaki ini terus berjalan laju menuju escalator ke basement bawah sambil merungut-rungut , langsung tidak di tunggu nye si buah hati yg sedang menahan gelak (kalau gelak lagi laa dia hangin kan?!)..tak pe...si buah hati pun cepat-cepat follow, namun lelaki ini cepat tiba di pintu kaca basement dan terus menolak pintu itu dengan sepenuh tenaganya (maklum la, takut si buah hati dpt kejar, lagi pun boleh la lelaki ini meniggal kan awek nya di BTS!- niat lelaki ini di dalam hati)

Sekali kannn...

Bubbb!...terhantuk pulaak... hik hik hik!!! kesian lelaki ini, pintu tu tendang balik ngeh ngeh ngeh!
Tu la, lain kali bace! Pintu tu bukan tulis "PUSH" tapi dia tulis "PULL" yang di tolak kenapa?? memang le tak boleh bukak! kan dan kene!

Malu lagi sekali...

moral: jangan lah anda sekali-kali berniat utk meninggal kan awek anda, dan jangan cepat angin ok! ;-)

8 Comments for this entry:

Chik chuMeLL said...

wakakakaaaa....biasala lelaki,ego tggi maa..wakakaa...cm tau je sape jejaka tu...ahahaaa

Dr Innovation said...

saper nyer citer nie... saya agak la kan kalau lelaki tue baca cerita nie siap la pempuan tue...
kalau x kena judo mesti kena flying kick, emmm.... sian lelaki tue... pempuan tue jalan cm siput sedut... dh la bagi jalan salah ... cit... xcerita plak.

kuehbangkit said...

ha?ye ke pompuan tu bagi jalan salah...masa bile ek?
tak ingat pun...

Chik chuMeLL said...

eh2 en. zul...cmne tau pompuan tu jln cm siput sedut..??cmne tau jln slh..??haaa...adakah anda jejaka itu..??wakakakaa...

Super Nia Hana said...

adooila..watashi mmg gelak cam nk gila kt opis ni..
ahaahahahhahaah

cian lelaki ini kan...

Unknown said...

err.. lelaki tu g sokoloh (school) ko dok..? 'Tebolah' (Kelantaneese term for Clumsy) benar kalu lagu tu gak..

Unknown said...

err..yg perempuan itu pun ape ke hei(hal)nya..kontrol peringkat maksimum kat semua keadaan. Kalu lagu ni gak.. naik bas tetingge bas, naik ketapi tetingge ketapi..anyway.. inilah kebesaran kejadian ciptaan Allah.. lelaki ini dan wanita itu..masing2 lain yet menarik each other. Allah is Maha Great!

kuehbangkit said...

kuki, lelaki ini gamaknye sekoloh pondok. itu le pasei nye!

Tapi gitu le yek, kalo soghang ghupe ini, soghang lagi ghope itu pulok...

Enjoy