Aper kes?!

15 June 2007

ape kes??!!
aku ada rasa ala ala panas gitu dlm hati nih.
ape kes nak kompelin kompelin aku?
ape kes nak sibuk hal aku?
apa kes semua bende yang terserlah totally P&C pun sebok nak tau?
lantak kau la nak tarik muka masam...aku pedulik hape!!
_________________

okeh ...bab best plak!
mlm td main badminton dgn orang itu dan adik dia
letih betul..dah lama tak main badminton...
tangan nih masih sakit lagi sebab main bowling ahad lepas
dah sebok plak nak main badminton
yang penting keluar peluh...rasa releaf!best best!
walopun letih tapi tidur ku tetap lena yuhuu!
________________________________

Tajuk buku yang aku bace minggu ni ialah
"Semangat Hutan" by Ramlee Awang Murshid
dia sambungan kisah Tombiruo. Masa mula-mula bace Tombiruo nih agak slow sikit pada aku sbb aku tak le into thriller novel,tp bila dah masuk bab Amiruddin,aku rasa start tertarik...sebab...aku suka caractor dia seorang lelaki yang
-baik
-cool
-suami yang penyayang
-suami yang setia
-menjaga solatnya
-bijak bertindak
dan ade lg yg lain lain...kalau nak tau kene bace sendiri
Bila dah habis bace aku dpt rase kisah Tombiruo nih akan ada sambungan nya. Sebab ending dia cam hanging.So aku start bace Semangat Hutan.La ni aku tgh bace tang serigala yg dtg menyerang Ejim.
nanti aku update lg....
_____________________________

Apa yang penting matlamat aku sekarang...
aku nak cari kerja goverment. Bila la agaknya rezeki aku nak dpt kerja goverment yang permanent.
Aku dah start rasa letih kerja dgn swasta yang offer contract dgn aku.
Sampai bila aku nak jadi 'contractor' ni?.
Aku pun ada impian nak ada familyanak anak,takkan selamanya keje gini...
Dan tak dinafikan juga amatlah sukar nak dpt kerjapermanent dgn goverment skrg..
memandangkan yang apply SPA pun berjuta
dengan degree holder pun dah berlambak lambak
tetapi kekosongan tak berapa nak ada
Aku minat jadi guru...
tapi nak dpt pun susah
apa yg pasti aku terlepas ujian MTeST aritu sbb terlalu
sibuk sehingga terlupa nak check online
akhirnya aku dapati nama aku ada dlm senarai ujian tu
selepas seminggu dari tarikh ujian...apa nak buat
tak de rezeki aku utk tahun nih...
kalau ada lagi insyaAllah tahun depan aku apply lg.

4 Comments for this entry:

Ceera said...

uit, zue main badminton kat mana??? ira ngan ciput bercadang2 nak main badminton plak lepas nie, hehehe

kuehbangkit said...

eera,
main badminton kat court tasik height aprtment.
kat umah orang tu...
tak pun boleh gak kat sebelah court futsal aritu...

Ceera said...

jauh sangat ler kalau kat cyberjaya itu...

Nak main kat pudu lah...

kuehbangkit said...

Pudu?
ish...
awat jauh nun?
ke dekat dgn umah hang?

Enjoy